Wah kekenyangannya. Beratnya mata, macam ada guni baja atas bulu mata. Kalori dah tak kira. Apa ada hal, mak abah datang. Bawak tulang, bawak rebung bagai. Tapi disebabkan betul bendul sangat, tulang je yg keluar utk dinyahbekukan. Segala udang ikan sotong luferrr. Haa yelah kalut nk p hantaq karamel kek katanya..ngeh ngeh.
Pastu p pasar. Lepas balik baru perasan ada daging n tulang jer. Dah tu nak tambah apa lg kan. Tanya mak goreng teloq aci x? Dalam hati xkanla mak dtg bawak macam2 nk goreng telur dadar je kan. Kalau nk masak yg lain lambat jd telur je smpt haaa. Tgk isi ayam ok xkeras macam batu, maka tinggggg!!! Mentol nyala sudah TELUR BISTIK.
Resipi ringkas lagi mudah. Sesuai kalau ada orang tetiba terjah..haa. Yela mana nak tau kalau mak mertua tetiba sampai, jenis pulak yg suka terjah. Kita pulak masa tu xde apa dh nk masak, jd sila cuba resipi ini ok.
Bahan-bahan
4biji telur
Isi ayam hiris
Bawang holland
Garam
Daun sup untuk hiasan
Minyak masak
Bahan kuah
Sos cili
Bawang putih
Sos tiram
Garam
Minyak
Mix vegetable(klu ada)
Cara-cara
Ambil sebiji telur, letak hirisan ayam n garam. Pukul hingga berbuih
Panaskan minyak dan goreng
![]() | |
goreng dalam minyak yang banyak |
![]() |
Bila garing terbalikkan |
![]() | |
Haa gini la rupanya bila dh masak. Kalau malas masak kuah bolehla mkn crispyntelur dadar |
Masukkan kan bawang holland yg dishiris dan sos cili secukupnya. Letak sedikit air. Masukkan sos tiram. Masak hingga masak.. Hehe. Rasakan ngan garam. Letak mix vegetables kalau suka. Sebab akak emergency aka ad hoc, akak xletak ok.
![]() | |
Gini la rupa kuahnya |
Haa kalau rasa malas nak masak tetapi nk rasa yg home made blh pm akak eh..ngeh ngeh
No comments:
Post a Comment