Friday 5 September 2014

Bas Nadi Putra- Dari Parcel E ke Presint 11

Assalamualaikum wbt..

Wah, i made it!! Menyahut saranan bumi hijau hari ini dengan menaiki Bas Nadi Putra dari pejabat ke rumah. Sebabnya, akak kena balik lewat menyiapkan maklumbalas pengauditan. Encik suami pulak dah balik dan ambik anak2. Bila selesai kerja, anak yg kecik dalam buaian. Karang mau amuk.

Jadi akak pun putuskan tindakan paling cool iaitu menaiki bus Nadi Putra
. satu-satunya perkhidmata pengangkutan bus di Putrajaya. Tapi yang bestnya macam mana nak tau bus mana yang perlu dinaiki. Sebab bus ni banyak laluan. Kalau salah naik mau satu Putrajaya dia pusing. Hurmmm, maka akak pun belek la papan kenyataan. Dek kerna time tu memang dah pukul 7 malam, maka dah lengang. Yang ada cuma seorang matron yg menunggu. Akak pun tanya dia, "matron naik bus ke". Dia jawab dia dijemput adiknya.





Akak terus baca laluan bus tapi xtak berapa paham. Sebabnya, dok takut bus lalu terlepas pulak..hehe. Haru betui kan. Then, matron tu kata " kalau tak tahu naik bus mana, nanti bus berhenti tanya jer, ramai yang buat macam tu. Thanks for the tips wahai matron. Maka berkobar akak nihnnak tanya. Nasib spesis ringan mulut.

Maka datanglah bus yang pertama. Akak pun terus meluru ke bus bila bus berhenti. Rupanya bus tu nak pergi Putrajaya Sentral. Driver tu kata tengok bus nombor 7. Tunggu kemudian dalam 5minit bus pun sampai. Mulanya ingat nak naik teksi dah. Bila  bus berikutnya datang, tengok no 7. Yeayyy. Bus berhenti akak pun tanya. Pastu naik. Perak wehhh. Driver tu macam perasan. Dia kata ye ni bus ke Presint 11. Bayar sini. Tambang dia murah je. RM0.50. Sediakan wang ye secukupnya.

 Dah naik bus cuak pulak kan nak tekan loceng kat mana. Bus hanya berhenti ketika loceng ditekan. Di bus stop sahaja tau. Ni laa part yang paling nebess. Nak tekan loceng kat mana kan. Hihi. Gitew

So kalau korang nak naik bus nadi putra ni ok la sebab aircond pun sejuk. Agaknya sebab pukul 7 kot.

Laluan bus Nadi Putra ni banyak sebenarnya. So kena semak laluan mana yang mudah dan terdekat. 
Ok la nanti kita sambung lagi ye. Nakmke KLIA2 ambik emak dari kampung.







No comments:

Post a Comment