Thursday 25 September 2014

Assalamualaikum wbt..

Pejam celik pejam celik, dah sampai hari Khamis. Betapa sungguh berharganya masa, tak pernah ke belakang, ke depan sahaja putrannya, kecuali lah korang putar jam itu ke belakang kan. Tapi jam mati lah.

Pagi ni sempat jalan kaki sikit ke pejabat. Sikit jelah. Sebabnya nak ambil duit, nak bayar dekat pegawai bank untuk perjanjian buat hutang. Maklumlah, nak buat asset beli cash tak mampu. Pastu ada hati nak tambah hutang baru. Yang bestnya bank ni kata pembiayaan Islamic. Tapi melalui kaedah islamik nih, perjanjian pun kena bayar. Kos agreement RM352. Perghhh. Stamping baru RM 10 kan. Takkan copy n paste dokumen pun mahal giler. Dah tu kalau konvensional macam mana? Interest lebih tinggi, tapi tak payah bayar kos agreement sebab dah absorb dalam loan. Tapi Islamic loan, tak absorb kos agreement. Wadehel betullah... Apakan daya, nak beli sebijik AXIA je pun.

Mula dulu berkira-kira jugak nak beli kereta baru, tambah hutang, padahal pakai Mr Ferrari dulu senang ajer kan. tapi sampai bila? Kereta pun dah 17 tahun. Hurmmm..ade je la alas an kalau nak melunaskan hajat tu. Ehh nasib AXIA kalau termbik JAZZ macam mana. hihihi.. Niat nak beli AXIA ni sebab nak memudahkan pergerakan. So, kenalah jual SHAKLEE laju2 lagi lepas nih..hihihi

So, apa pun, harusla kita kekal positif. Easier said than done. begitulah selalunya kan. Hurmmm lagi. Sebenarnya senang jer nak kekal positif. Ini cara akak untuk kekal positif:

  1. Sentiasa senyum
  2. Jangan menyulitkan keadaan
  3. Mudahkan apa yang susah
  4. Bertenang is a key to success
  5. Percaya kebolehan diri
  6. Sentiasa mengalah
  7. Sempurnakan kecacatan
  8. Sentiasa ingat kelemahan diri
  9. Sentiasa ingat bahawa masalah adalah cabaran
  10. Sekiranya kita dalam situasi susah, ada lagi yang lebih susah
  11. Amalkan bacaan ayat Qursi setiap kali lepas solat
  12. Kalau dilanda musibah, banyakkan bacaan mathurat
Ok, sekian sahaja coretan pagi ini. mau makan dulu yuk!! Maklumlah waktu kerja 8.30 pagi, so its my me time!!



No comments:

Post a Comment