Wednesday 17 September 2014

Kenapa tak kurus2- Part 1

Kenapa Berat Lambat Turun Atau Susah Nak turun??

Ayat di atas selalu kita dengan kan, bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan. Sape tak nak cantik kan, slim ala ala model. Tapi janganlah kurus sangat. Wanita terutamanya, antara yang prihatin isu ini. Kadang boleh jadi super sensitive tau, bila kita sebut bab kurus vs gemuk

Ramai yang menghadapi masalah dalam proses penurunan berat badan. Saya juga tidak terlepas melalui fasa ini. Bayangkan lepas mengandung anak pertama, seelok lepas pantang ramai yg puji dh kurus. Namun mengekalkannya bukan mudah. Banyak jugak produk yang saya cuba tapi tak berkesan dan xmenjadi.

Sebenarnya coretan ini buat customer saya yang tidak menunjukkan perubahan yg ketara. Jadi saya sediakan checklist di bawah ini ya. Oh sebelum itu, asalnya dengan produk shaklee ini bukanlah saya focus pada slimming set permulaannya tetapi pada breasfeeding set. Jom tengok dulu.



1.   Kekurangan pengambilan Air Kosong



Ramai di kalangan kita kurang untuk minum air kosong. Air di sini bukan air  manis ye. Kopi, teh, berkarbonat.. No No No.. Bukan minuman bergula. Tetapi air kosong.. Lagi besar badan kita, lagi tinggi BMI kita lagi banyak air kosong yang perlu diminum. As simple as that.
Jika BMI anda dalam kategori OBES, anda perlu minum 6 Liter air dalam sehari. Apabila kita banyak minum air kosong maka banyaklah body fat akan hilang. Seronok kan.
Ayat yang selalu kita dengar: " Malaslah nak minum air banyak, nanti asyik ke tandas je"
Memang itulah point nya banyak ke tandas. Bila kita selalu membuang air kecil, dari situlah bermulanya proses penurunan berat badan / penurunan lemak bawah badan kita. Mudah je. Minum air, body fat turun, berat pun turun. Tapi, janganlah pulak kita minum air 6 Liter sehari dalam masa sejam, sebab nak cepat. Pengambilan air dalam sehari biarlah seimbang. Sebagai contoh:
6-10 am : 2L
10 - 2 pm: 2L
2 - 7pm : 2L
7- 9 pm : 2L

Ini hanya contoh. Anda boleh menyusun waktu pengambilan air mengikut kesesuaian masing-masing. Saya teringat seorang bff saya yang memang kuat minum air. Memang kagum la dengan dia. Naik jeles pun ada. tetapi masa kami pergi berurut refleksologi, tukang urut Tanya u minum air banyak ke? Tapi cara u minum ni salah. tengok perut buncit badan kecik. U kena minum banyak tapi sikit-sikit bukan sekali gus. Kesian sama itu oundi kencing jugak.. haa jadi memang betul tau. Sila minum air banyak. 10 gelas mungkin banyak, tapi macam kat atas tu kalau obes 6liter ok? kalau malas gi toilet pakai pampers. hahahaha. Saya secara xsedar juga mengamalkan minum air 3liter sehari semasa selepas melahirkan anak. Pelik? Memang nenek marah,. Tapi sy bgtau dia, ini utk tujuan penyusuan dan dari situ saya nak keluarkan lemak. Tanpa sedar juga sy konsisten amalkan minum air demi penyusuan.


2.   Pengambilan Makanan Ringan / Junk Food


Pada akak, junk food ni atau makanan ringan ini merupakan silent killer untuk mereka yang dalam proses menurunkan berat badan. Kenapa??? Sebab ia berlaku tanpa kita sedar. Memanglah kekadang tu kita ni nak mengunyah. Terutama waktu menonton tv, bersembang. Sekali- sekala tidak mengapa but not everyday, just in a small quantity. Tapi bagi mereka yang sedang berdiet dan masih belum mencapat target berat ideal, just say NO to junk food and unhealthy snacking.
Macam mana nak menyelesaikannya??
Tukar kepada healthy snack. Contohnya, buah-buahan, yogurt dan lain-lain makanan berkhasiat..



Memanglah mula-mula tu rasa tak biasa, rasanya tak sesedap junk food kan, tapi lama-lama bila dah banyak kali makan dan jadikan rutin, mesti sedap.. InsyaAllah..

3.   Konsisten



Ini adalah kunci segalanya.. Konsisten. Bukan sahaja dalam penurunan berat badan , malah apa sahaja yang kita lakukan perlulah konsisten dan istiqamah, barulah Nampak hasilnya.. Nak kurus bukanlah mudah, Bukan cakap hari ini esok dah kurus. Bukan sehari, dua hari, seminggu. Tidak.. Perlu serius. Ulang, ulang, ulang dan ulang. Benda yang sama jika kita buat berulang kali, hasilnya akan kita capai satu hari nanti. Sebagai contoh pengambilan air. Kalau kita perlu mengambil air 6 L sehari maka lakukan setiap hari. Jangan hari pertama 6L (sebab bersemangat), hari kedua 5 L (sebab sibuk) hari ketiga 3L (sebab travel, susah nak minum air) hari keempat back on track 6 L. Jadi kalau tak turun jugak berat, jangan salahkan sesiapa. Sebab kita sendiri tak konsisten. Badan pun boleh confius dengan kita.

4.   Senaman

Honestly, saya pun bukan yang rajin bersenam. Tapi memandangkan ada banyak kebaikan bila bersenam, so saya dah mulakan. "Sibuk, tak de masa lah..." Luangkan lebih kurang 20 minit dalam sehari untuk beriadah. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan, antaranya:
  • Berenang
  • Jogging
  • Aerobik
  • Berbasikal


Mungkin ada banyak senaman ringkas lain yang boleh dibuat dalam proses menurunkan berat badan, Apa yang penting, KONSISTEN ye.. Jangan hari ni buat, esok tak buat. Supaya kita dapat lihat hasilnya nanti. Saya sendiri berjalan kaki hampir setiap hari ke pejabat. Tak percaya? Tanya suami saya di fb beliau afea long. Hampir tiga bulan setiap hari bekerja tau. Memang cepat hasil nya begitu ketara.

5.   Jangan Berlapar

Ramai antara kita yang dalam proses ber diet, terus skip makan setiap hari. Anda perlu makan seperti biasa, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Pilih makanan yang lebih banyak protein, vitamin dan fibre berbanding lemak dan karbohidrat. Ini kerana badan masih memerlukan tenaga untuk membakar kalori dan lemak.  Hindari minuman manis. Protien juga boleh memberi sumber tenaga selain karbohidrat. Jadi jangan tahan lapar. Menurut pakar kesihatan, Kevin Zahri kalau nak turun berat badan 70% ialah diet yang kita makan 30% senaman. Maka lihatlah nisbah ini. Diet dalam pemakanan penyumbang utama dalam menentukan berjaya atau tidak kita dalam menurunkan berat badan.

 

6.   Makan Lewat Malam

Makan selepas 8 malam menyebabkan kita mendapat banyak kalori dan indeks masa tubuh yang tinggi. Jika kita nak makan juga, pilih makanan yang kurang gula dan rendah lemak.yang ni memang saya jaga betul selepas pantamg.'tapi sekarang dah ke lait. Hahaha

7. Kurang Tidur


Tidur yang kurang dari 5 jam sehari menyebabkan berat sukar untuk turun. Semakin kurang tidur semakin tinggi nafsu untuk makan. Oleh itu, dapatkan tidur secukupnya untuk memperbaiki organisme badan.

8. Makan Dalam Pinggan Kecil



Memanglah nampak remeh je. Hanya pinggan. Tapi ini juga antara faktor menyebabkab kita akan berpotensi mengambil makanan yang banyak. Gunakan pinggan yang kecil. Pinggan kecil akan memberikan ilusi bahawa makanan yang di ambil sudah cukup. Mulai hari ini, tukar style makan kita ye, kalau nak dapat berat ideal. 


Haaa itu dululah buat kali ini. Nak p cod barang kastemer. Nak tau lebih lanjut pm 012 6642332



No comments:

Post a Comment