Wednesday 17 September 2014

KATA SENDI NAMA

Assalamualaikum..

Korang pernah tak rasa bila buat surat dah sedap giler bagi bos, bos ubah. Pastu korang dengan konpidennya tahu yg bos tu salah. Eh mana boleh kan. Boss is always right. hahaha

Kadang2 kita guna perkataan pada bos kata kepada. Dan yang paling konpius nak guna bagi ke untuk? Haa meh nak share. Sila tengok ye

       KATA SENDI NAMA

 

KATA SENDI NAMA
PENGGUNAAN
CONTOH AYAT
pada
Digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dalam ungkapan ada pada (manusia dan haiwan), benda konkrit, unsur mujarad (abstrak).
a.    Saya tidak berada di rumah pada ketika itu.
b.    Potret itu tergantung pada dinding.
c.    Buku itu ada pada Muhammad.
d.    Keupayaan melindungi diri ada pada semua binatang.
e.    Pada pendapat saya, alasan itu tidak boleh diterima.
untuk/bagi
Kata sendi nama ‘untuk’ bervariasi dengan ‘bagi’ dan berfungsi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Untuk menyatakan maksud bahagian yang diperuntukkan, hanya kata sendi nama ‘untuk’ digunakan.
a.    Jadual waktu untuk/bagi Tingkatan Satu sedang disediakan.
 
b.    Wang itu untuk ayah.
     (Salah: wang itu bagi ayah).

 
 
Sumber:
Peka Bahasa Bil. 16_2014
Postmaster Kementerian Pendidikan Malaysia

 

No comments:

Post a Comment