Tuesday 2 September 2014

SHAKLEE COLLAGEN POWDER- PROMO SEPTEMBER 2014



Kolagen




  • Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan..
  • Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
  • Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
  • Kesihatan rambut dan folikel rambut adalah berkait rapat dengan kolagen. Kekurangan kolagen akan melemahkan rambut dan folikel rambut dan mengakibatkan keguguran rambut.  
  • Kolagen membentuk 70% daripada kulit dan menyokong strukturnya. Selepas umur 25 tahun, badan mula kehilangan kolagen dan menunjukkan tanda-tanda penuaan dengan kedutan halus, liang-liang kulit yang membesar dan kulit kendur.
  • Kolagen adalah komponen utama kornea. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kemerosotan penglihatan.
  • Kolagen adalah unsur penting untuk mengekalkan keanjalan salur darah. Kekurangan kolagen akan memberikan kesan langsung terhadap penyakit kardio vaskular
  • Kolagen menggabungkan sel-sel otot, menjadikan payudara dan punggung lebih ketat dan tegang. Kekurangan kolagen akan mengakibatkan kehilangan keanjalan dan daya sokongan dan membuatkan otot melabuh.
  • Kolagen adalah unsur utama dalam sendi dan struktur tulang untuk mengekalkan aktiviti biasa tulang, sendi, ligamen dan urat. Kekurangan kolagen akan mengakibatkan penyakit sendi, arthritis & osteoporosis.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III, IV dan V.


  1. Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  2. Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  3. Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  4. Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  5. Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


 

FUNGSI KOLAGEN


  • menghasilkan asid amino  penting seperti lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

Bersesuaian dengan Bulan Promo Shaklee Collagen. dengan harga promo, apa kata kalau korang order ngan akak. meh lerr oder satu ye. pm jer 012 6642332.

No comments:

Post a Comment