Thursday 28 August 2014

BOIKOT SHAKLEE- Baca dan Pertimbangkan

Assalamualaikum wbt
 
Seriously akak sedih ngan isu ni. Mood ke laut, down giler uols. Sales pun merudum..huhuhu. Nak tulis pasal isu ni akak xpandai. akak baca dari satu blog ke blog yang lain. Yelah takut salah dan xpandai akak nak berkata2.huhu. Tapi ni akak amek dari blog FREEVITAMIN. Dia pun juai SHAKLEE. korang baca ye..

Kisah 1 - Cerita Sebenar Shaklee dan Keneseth Israel

Ketika isu Keneseth menjadi viral, ia tidak mendapat perhatian saya kerana tiada rakan FB saya yang berkongsi kes tersebut. Saya tahu melalui support group dan carian internet sebelum pihak Shaklee secara rasmi mengeluarkan notis rasmi mengenai perkara tersebut. Apa kes tersebut? ini print screen dari entri Dr Nik - Kenapa saya boikot Shaklee.




Sumber blog Dr Nik Rahim
Untuk penjelasan lengkap isu ini, saya share kupasan kes ini dari blog salwasaleh. Bagaimanapun jika anda masuk laman Keneseth Israel, tiada lagi logo Shaklee akan dijumpai. Kenapa? teruskan membaca. Saya harap anda semua clear mengenai hal ini.

WEBSITE KENESETH ISRAEL

Maka berbondong-bondonglah screenshots dan gambar yang diedarkan di laman sesawang tentang website ini yang terang-terangan menyokong Israel. Betul la tu. Mmg la organisasi tu sokong pun. Yang jadi masalah adalah sebab ada logo Shaklee kat situ. Jadi Shaklee sokong Israel la ni? Cuba belek balik  website tu dan baca betul- betul. Selain logo Shaklee yang di tepek kat situ, ade tak lagi kaitan yang boleh di link kan dengan Shaklee? Tkde?  Then jom kita faham kenapa la logo Shaklee tu ade tertepek kat situ

 LOGO SHAKLEE SEBAGAI 'AFFLIATE'




Bila klik logo tu akan pergi ke laman web peribadi pengedar tersebut. Bukan laman web milik Shaklee. Ikhsan vitaminsaya.com
Kat website itu ade letak logo Shaklee. Bukan logo Shaklee aje, logo Amazon pun ade letak kt situ. Kt US, kita letak logo camtuh, orang tekan pastu orang beli ikut logo tu, kita dapat la commission. Macam ni panggil Internet Marketing lah. Bese pegi blog yang glemer pastu bersepah button dan logo macam Nuffnag dan sebagainya? Macam tu la konsepnya.

Jadi ape pulak masalah website ni nak letak kt situ button Shaklee. Dah kalau jual Shaklee dan boleh dapat commission kalau ade orang beli dgn Shaklee dengan tekan button tu, dah tentu la diorang nak letak. Shaklee Malaysia pun baru je implement sistem ala-ala macam ni panggil e-Sell. Hangpa nak beli Shaklee Online sendiri pun dah boleh. Kt blog saya ni pun dh ade mende tu.

DIA HANYALAH INDIVIDU

Dalam Keneseth punya organisasi ni dah tentu la ade ramai orang. Ditakdirkan, salah sorang Board of Director dia yang masih kekal hingga la tahun 2015 sok, nama David Miller atau kat website tu nama glemer dia dok bubuh adalah Dave Miller.

Beliau ni Shaklee Independent Distributor. Maknanya die individu yang mendaftar dan jadi ahli dan jual Shaklee. Komisen dan bonus yang diterima adalah 100% hak mutlak dia. Jadi dia nak pakai kot mana pun dia punya suka la. Cuma dalam kes ni dia mmg nk bagi  bonus dia kat Israel, macam mana pula nk larang die?

Mcm kita, duit kita tu syarikat bagi sebagai gaji ke bonus ke dah jadi duit kita la. Takkan syarikat kita cakap hang tk boleh derma ke organisasi sekian sekian kalau tak gaji hang kene sekat. Boleh ke mcm tu? Kita nak derma Gaza ke, Syria ke, nk berzakat ke, nak belanja mak abah ke itu ikut suka kita la.

MANAGEMENT SHAKLEE MALAYSIA DAH AWARE

Macam dikatakan sebelum ni, isu ni dekat 3 tahun dah kot. Master master dah bawak pi meeting dengan management Shaklee Malaysia. Tapi macam point 3 kat atas, depa tak boleh nk buat apa. Itu hak die nk iklankan button tu kt website die, dan hak die utk sumbangkan kat badan mana pun die nak. Tkde undang-undang pun boleh stopkan.

Tapi sebab Shaklee US memang tak support Israel dan Roger Barnet sendiri tak support keganasan Israel (bukti sidang media..cewah..ada dihujung entry), Shaklee US telah arahkan pemilik laman web tersebut untuk tidak menggunakan logo Shaklee dan menggantikannya dengan ikon yang tak melambangkan pendirian syarikat. Kalau Shaklee support Israel pasti logo tu masih ada hingga kini. Ini kerana KI menggunakan logo tersebut atas kapasiti pengedar sama seperti saya




Logo Shaklee dah diturunkan pengedar tersebut


sumber: SHAKLEE website





Kisah 2 - Ustaz Zaharuddin - Boikot Shaklee kerana Terlibat dengan Israel?

Boikot Shaklee! Boikot Shaklee! Boikot Shaklee! Itulah yang terjadi apabila ramai yang tersalah faham mengenai status Ustaz Dr. Zaharuddin di Facebook beliau pada 8 Ogos 2014 yang lalu. Maka wujudlah komen-komen negatif mengenai shaklee antaranya berbunyi ” Shaklee israel”, “pemilik shaklee orang israel”, “Shaklee israel punya”, ” Boikot barangan USA” dan macam-macam lagi..Akibat emosi ingin menghentam Shaklee yang kuat tanpa kajian yang menyeluruh, maka “PERSOALAN” yang diajukan oleh Ustaz di salah anggap sebagai “ARAHAN” atau “SURUHAN” tanpa usul periksa oleh orang ramai. Disini saya kongsikan kronologi salah faham yang berlaku.

Kronologi Persoalan Boikot ShakleePada awal pagi, hari Jumaat 8 Ogos 2014. Ustaz Dr. Zaharuddin meletakkan status di Facebook Fanpage beliau mengenai “PERTANYAAN” boikot shaklee iaitu:
“Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee ?”
Ia berkaitan kenyataan Elie Wiesel yang mendakwa Hamas menggunakan kanak-kanak sebagai perisai. Boleh rujuk Observer di sini.

- Posting tersebut lebih kepada perbincangan ilmiah, tetapi ramai yang tersalah tafsir. Ramai orang telah SHARE dan berbalas komen untuk menghentam Shaklee dan galakkan untuk boikot Shaklee

2) Sebagai mengelakkan kekeliruan ramai, adik saya iaitu Hafizan Lutfi Abdul Hamid telah menghantar mesej secara peribadi kepada Ustaz Dr Zaharuddin seperti berikut:

- Ustaz menjawab dan jelas sekali daripada jawapan ustaz, kenyataan yang dikeluarkan adalah berbentuk pertanyaan. 

3) Ustaz kemudian mengubah statement asalnya untuk kali pertama bagi mengelakkan kekeliruan
- Tetapi, di bahagian komen perbalahan dan ajakan untuk boikot semakin menjadi-jadi. Ramai yang anti-Shaklee telah bertepuk gembira pada ketika ini. Peniaga-peniaga Shaklee berada dalam keadaan yang membimbangkan. Jika benar Shaklee terlibat dengan Israel tak mengapa, kami akan keluar dari Shaklee. Tetapi, tidak ada menunjukkan Shaklee terlibat dengan Israel zionis, tindakan untuk boikot Shaklee semakin menjadi-jadi.

4) Ustaz kemudian mengubah sekali lagi status di FB beliau untuk kali kedua. 

- Walaupun ustaz dah edit, tetapi masih lagi perbalahan berlaku diantara orang ramai. Setelah ia menjadi tidak menentu, akhirnya Ustaz memadam status FB nya mengenai persoalan boikot Shaklee. [Boleh jadi Ustaz sudah menerima pencerahan dari seseorang mengenai status yang dipersoalkan dan menarik semula post tersebut adalah yang terbaik kerana ramai manusia melakukan dosa menuduh, mencaci disebabkan post tersebut]



Sumber - Blog Dr Nik Rahim
- Jelas sekali persoalan yang diajukan oleh ustaz telah di salah ertikan oleh orang ramai. Kurangnya penyelidikan dan pembacaan menjadikan ramai orang salah faham dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dan memboikot Shaklee.

-Usaha boikot Shaklee yang disarankan orang ramai(akibat salah faham) bertentangan dengan penulisan ustaz mengenai hukum penglibatan dengan syarikat yahudi .

-Di antara quote yang menentang pemboikotan dipetik dari website Ustaz adalah:

Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai. Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu. Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.

Jelas sekali , tiada pengesahan rasmi penglibatan Shaklee dengan Israel dan syarikat Shaklee Malaysia menafikan sekeras-kerasnya.

5) Shaklee Malaysia membuat kenyataan balas seperti berikut:

- Jelas sekali, President Shaklee Malaysia iaitu Roger Barnett tidak terlibat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Elie Wiesel. Kenyataan tersebut adalah bersifat individu.
Mungkin ada yang tak faham kerumitan situasi ni. Roger berada dalam BOD tu tak bermaksud dia menyumbang dan menyokong keganasan regim Zionis. Normal la businesman seperti beliau dijemput untuk menjadi BOD. Kalau macam kat Malaysia yang selalu dijemput jadi DOB Tun Dr Mahathir misalnya. Foundation tu sama macam Yayasan Bukhari kat Malaysia, bertujuan untuk manfaat bangsa masing-masing dari sudut bantuan dan derma dengan mengumpul dana untuk disalurkan bagi tujuan pendidikan, pemuliharaan dan kebajikan secara umum. Pendirian Elie Wiesel dalam isu Israel bertentangan dengan pendirian Mr Roger walaupun mereka dalam yayasan yang sama. Malah dividen diperolehi dari foundation turut dilaburkan semula dalam Shaklee.



Jawapan yang diterima apabila ditanya direct dengan empunya badan melalui pertemuan 4 mata depan depan.
Kisah 3 - Kenapa Saya Boikot Shaklee - Dr Nik Rahim

Terbaru kes viral Dr Nik Rahim pula. Ia menjadi viral mungkin disebabkan Dr Nik sendiri ahli Shaklee yang menjual. Persoalan-persoalan yang dikemukan Dr Nik sudah pun ada jawapannya seperti diperjelaskan di atas. Mungkin pada ketika Dr Nik menulis entri tersebut, maklumat sahih belum beliau perolehi dan penulisan tersebut berdasarkan maklumat yang ada beliau sahaja. 

Apabila kita menyokong sesuatu, lihatlah pada faktanya bukan pada siapa yang memberi fakta. Jika fakta itu benar, terimalah walaupun pahit. Sama seperti kita menerima nasihat, lihat pada nasihat itu dan bukan siapa yang memberi nasihat. Jika nasihat itu benar, terimalah walaupun ia pahit. Bukan sayang duit, tapi kita menghukum biarlah berdasarkan bukti kukuh. Bukan sangkaan-sangkaan semata-mata dan mengikut emosi.



Bukankah lebih besar sumbangan bila didermakan ratusan ribu ringgit itu untuk umat Palestin dengan pembangunan, makanan, perubatan. Mana tahu sumbangan kita tersebut turut menjadi modal pembinaan senjata tetapi dirahsiakan? Saya hanya bersangka baik sahaja.



Secara langsung mahupun tidak langsung terbukti Shaklee sudah menafikannya
Haramkah pendapatan bonus Shaklee? untuk menghukum biarlah berdasarkan fakta, bukti dan dilakukan secara berhikmah kerana kini sudah terbukti Shaklee tidak menyumbang ke arah itu. Apakah fakta yang menyokong pendapat memboikot Shaklee adalah sia-sia dan menyumbang membantu Palestin dari segi kewangan adalah lebih utama? Ingin saya kongsikan pendapat dan hujah Kaklong Nuzula dalam post Facebook beliau bagi memberi pencerahan.

KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE?SANDARAN YANG PERTAMA
Saya berasandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.



Contoh Garnier menyokong secara terus terang di FB mereka. Maka boleh dikatakan haram terus membeli Garnier



Bukti rasmi seperti email diterima Dr Nik Rahim sendiri dari Tesco. Pelik apabila Dr Nik tidak publish notis rasmi Shaklee mahupun e-mail sendiri secara direct Roger Barnet bertanya sepertimana dilakukan kepada Tesco




Contoh rasmi syarikat yang membantu Israel. Syarikat anda berkerja ada? sebab Shaklee takde dalam ni.




Contoh pengagihan sumbangan oleh JUF
 
 


Malahan sumbangan secara tak langsung Shaklee kepada ekonomi Israel juga dinafikan.

 Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

SANDARAN YANG KEDUA
Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi, tapi produk Israel atau yg menyumbang pd Israel.

"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."
http://www.sinarharian.com.my/semasa/boikot-produk-israel-bukan-produk-yahudi-1.299245

Boleh juga baca:
http://drmaza.com/home/?p=1818

SANDARAN YANG KETIGA
AQSA SYARIF sendiri mengatakan kita tidak memboikot company/ produk US tapi kita boikot mereka yg jelas menyumbang pd Israel. Umpamanya McD kita boikot sbb JELAS menyumbang pd negara haram Israel.

FB Aqsa Syarif:
https://www.facebook.com/aqsa.syarif

SANDARAN YANG KEEMPAT
Shaklee tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.
http://www.inminds.com/
http://www.inminds.co.uk/



Jika kita terpaksa boikot Tesco, maka seluruh kedai runcit dalam Malaysia pun kita terpaksa boikot. Lebih tepat jika kita sekadar boikot produk di dalam senarai.
 SANDARAN YANG KELIMA
Pengakuan Roger Barnett sendiri & company statement sebelum ini mengatakan Shaklee tidak menyokong keganasan, tidak terlibat dgn politik dan TIDAK MENYUMBANG PADA ISRAEL ZIONIS.

Video pengakuan Roger Barnett yang diperolehi ketika Konvensyen yang diadakan di US baru-baru ini: 
video
Roger dalam pengakuannya pada saat ke 28 "Shaklee does not support nor we involve directly or indirectly in any conflict and we are not aligned with any political party, any country or in religious cause.." He just simply a businessman.
 

SANDARAN YANG KEENAM
Petunjuk drp Allah melalui solat hajat, istikharah, doa & keberserahan yg TOTAL kpd Allah SWT & hanya kepada Allah SWT. Allah jua sebaik2 penunjuk jalan.

Semoga Allah tuntun kita di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Amin. InsyaAllah. 

Dalam usaha membantu Palestin membebaskan Al-Aqsa, bantuan kewangan sangat penting. Membina ekonomi ummah sangat penting. Anda sangka pengedar Shaklee hanya punya sumber pendapatan dari Shaklee semata? Shaklee ni ibarat tunas bagi ramai pengedar Shaklee. Dengan hanya modal RM65 anda boleh mengumpul modal untuk perniagaan-perniagaan lain. 

Menjadi hartawan dan dermawan seterusnya memberi sumbangan BESAR pada Palestin dan bukan sumbangan KECIL sekadar memboikot. Jikapun bukan secara direct tetapi kita boleh membantu secara indirect dengan memastikan kewangan Palestin ditumpukan untuk Al-Qassam sementara kita menumpukan sumbangan makanan, perubatan dan pembangunan Palestin.

Lihat bagaimana Yahudi berdiri pada hari ini. Mereka menguasai ekonomi dunia. Sedangkan kita walaupun telah dibantu sekian lama oleh pelbagai inisiatif kerajaan masih ditakuk sama. Mengapa kita selalu memilih memberikan nilai kecil? Jika ada RM100, RM50, RM20, RM10, RM5, RM1 dalam poket, yang manakah kita akan beri untuk sedekah? Berbahagialah orang yang memberikan RM100.

Pada saya isu ini kecil tapi diperbesarkan kerana sentimen dan kurang diviralkan bukti menyanggah tuduhan sedia ada. Contoh baik diberi oleh Ustaz Zaharuddin apabila menarik balik 'persoalan' yang dilontarkan apabila sedar fakta tersebut samar-samar. Jika benar ingin boikot yang memberi kesan kepada ekonomi US dan Israel, maka boikotlah penyumbang cukai yang lebih besar dan tak beri apa-apa manfaat seperti ROKOK misalnya. 

Dalam isu ini kita kena kenal pasti siapa musuh kita berbanding melabel semua Nasrani dan Yahudi sebagai musuh. Kita bukan mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, tetapi sekadar berniaga untuk menguatkan ekonomi sendiri. Maksud mengangkat mereka menjadi pemimpin adalah mengikuti cara hidup mereka seperti berhibur, fesyen, akhlak dan lain-lain. Sebagai pengedar Shaklee jatidiri Islam masih kami pegang kuat malah saya belajar menjadi muslim yang lebih baik sejak dipimpin oleh leader-leader Shaklee yang hebat. Kami belajar untuk menjadi kaya seperti dermawan terkenal Syed Bukhari.



Tidak semua yahudi dan Nasrani menyokong tindakan Israel

Akhir kata, sebelum anda tekan butang share di Facebook anda, sebelum anda copy maklumat ke blog anda. Fikirkan adakah ia akan memberi manfaat atau sekadar menambah dosa. Kerana apabila saya melihat orang memperkatakan isu ini di facebook, ada individu yang terus melabel business ni support Israel. Nampak tak kesan negative sesuatu penulisan tu? Sebab tu Ustaz Zaharuddin menarik semula post beliau.

Saya menghormati pendangan setiap orang, elakkan berbalah dan teruskan bina ekonomi ummah. Itu paling utama. Janganlah perkara kecil kita besarkan, perkara besar kita kecilkan. Tanya diri anda, faedah boikot Shaklee...adakah ia melemahkan ekonomi Israel atau melemahkan ekonomi umat Islam pengedar Shaklee di Malaysia? Kini anda sudah tahu jawapan kepada soalan "betul ke Shaklee sokong Israel?". Tentulah tidak!


Read more: http://www.freevitamin.my/2014/08/cerita-shaklee-sokong-israel-betul-ke.html#ixzz3BeBRapTS
SUMBER: www.freevitamin.my

No comments:

Post a Comment