Friday 28 March 2014

Pengalaman di Hospital Putrajaya

Entri ni dimasukkan sebab dua sahabat kat opis lama dulu suh cerita. kalau ikut memang malas je nak cerita kesah yang menyakitkan hati ni uols. Haih... Tapi depa kata ni sebagai pengajaran kat orang lain. Supaya perkara yang sama tak berlaku. Dan mungkin ada perkara yang lebih serius lagi berlaku tetapi takdak orang berani ambil tindakan yang sewajarnya. Kepada Nurul dan Nafisah yang beria suruh masukkan cerita ni kat blog ambe ni lepas antaq Arin balik opis, sila senyum panjang-panjang hokay. Ni la kesahnya.

Alkesahnya bermula apabila adik CYM iaitu Cik Ayes (Arif) nak melangsungkan pertunangan tanggal 31 Januari lalu. Maka berbondonglah kami adik beradik ni balik ke kampong. Lima hari jugak kami cuti sebab sambung Hari Wilayah bersamaan 1 Februari pastu hari yang sama Raya Cina pulak kan..hmm.

Nak ditambah pulak panas sungguh la cuca di sana. Jenuh CYM minum ayaq air banyak-banyak. Almaklumlah karang kering lak susu. Sbb baby aneesa ni dia xmo la kalau xkena susu segar dari ladang memilih hokay. Dalam kerancakan nak pergi bertunang tu, suasana panas, tanpa disedari badan si aneesa ni dah dedor2, org kampong cheq kata suam2 gitu. Nak demam la tu. Selepas selamat pertunamgam pada hari Sabtu, baby Aneesa ni pun demam. Selsema, n bawah dagu naik merah2. Manakala yang abang lak cakap sakit kaki tak boleh jalan. Hoihhh susahnya hati la kan dah si Daniel cakap tak boleh jalan. Lepas tu, dek kerana susah hati anak-anak demam, kami pun bawak la anak-anak kami ni ke klinik. Klinik Adnan Jejawi.

Selepas pemeriksaan, baby Aneesa confirm demam, bawah dagu eczema sebab panas. Doktor bagi ubat selsema sekali demam, krim and antibiotic. Owh tak suka antibiotic. Mak memang anti tau. Yang abangnya ni doctor cakap kaki dia tu sebab growing pain. Hmmm...ala kalau org kampong I cakap lenguh la tu,. Ye tak main lari sana sini..balik kampong la kata. Hmmm...

Selepas balik ke Putrajaya baby ni terus demam dan bila hari Selasa xbaik lagi, kami pun bawak la ke Klinik Kesihatan Presint 9. Sampai sana jam 6.00 petang lebih kurang. Standard prosedur bila demam lebih tiga hari kenalah buat ujian darah. Dua tiga kali cucuk tak dapat. Bila dapat darah tu clot  sebab baby meronta-ronta. Panggil MA mai pun tak dapat. So doctor suruh bawak ke Emergency Hospital Putrajaya (HPJ) sebab dekat sana ada Pakar Kanak-Kanak.

Kira-kira jam 7 ke 8 mlm lebih kurang, sampailah kami ke HPJ. Masa tu kat triage, suhu badan baby neesa dh 40.3'c. tekejut CYM tau, dan tentulah diberi tag kuning ke Yellow Zone. Lepas tu nurse pun escort la kami ke Zone Kuning, dan diberikan satu katil. Nak tau x apa kata doctor yang sambut kami.. "bla bla bla...lah bosannya" LAH BOSANNYA, amboih kau ingat kalau orang tu dah nak mati baru seronok ka..adehh..sampai hati kau wahai doctor yang bijaksana bijaksini.

Tahap didih CYM masa tu dh mula naik kan. Pastu diarahnya pulak CYM sponging badan anak. Dibasahkan tuala dengan air sejuk. CYM dah naik marah, hoihh mana boleh pakai sejuk ngok. Lagi panas badan tu karang. Patut bagi air suam dh dalam aircond. Musti korang Tanya napa dgn air suam kan. nanti la CYM jelaskan entri lain eh. Tapi takpa la sebab lepastu came a nurse dgn air suam sebesen. CYM Tanya, nurse air apa ni. AIR SUAM jawab nurse.. Tgk nurse tu memang pandai kan, paham dan boleh baca apa CYM nk kot, ahaks.

CYM pun sponging la baby neesa, senang cerita siap lumur air satu badan la celah ketiak celah pelipat semua. Pastu datangla doctor tu Tanya, eh dah lap ke, Nurse amek suhu. Terpinga-pinga CYM bila dia kata okey dah tak demam ni suhu 37.3'c..Oh mannnn...amboih lepas lap suh turun la chek oii. CYM pun whatsapp la kat hubby kata doc kata tak demam dia kata boleh balik. Asben CYM Tanya eh result darah? oh ye baru CYM ingat aahla mana keluaq lagi.

Pastu CYM Tanya doctor tu balik, pastu dia kata tunggu jap. Pastu CYM pun mtk nak breastfeed baby. Lama gak tunggu samapi dia mai dia kata result darah ok. Haram la nak habaq platlet berapa, white cell counts berapa. Tak cerita pun berapa Full Blood Count (FBC). Sambil dok bf anak sambil la dok whatsapp hubby. Yang hbby ni dok suruh mintak FBC, just in case kalau nak bawak p KPJ tengah malam no need lah buat blood test lagi. Pastu CYM teringat nak suruh nurse cek suhu anak, terkejut tak CYM suhu baby neesa naik 38.7'c. Padahal tadi kata dah boleh balik sebab dah tak demam.
Adesss...

CYM pun counter la balik doctor tu....dia kata baby ok sebab boleh bf semua so xde apela, CYM kata dah sponging then bagi ubat bontot kenapa masih panas and tak perlu monitor ke dh blh balik..oh man....fenin betoi. Pastu bila mtk FBC, ada ka patut dia men conteng saja..(tulisan mmgla dh sedia tak cantik kan). Ni tak ketahuan apa. Pastu CYM sound la dia, doc tak boleh ka cop sign ka hapa sikit. Ini Nampak mcm budak sekolah ja. Tu dia, mak dah hangin la tu...hihi

Pastu bila CYM keluaq dr emergency, hubby CYM pun lagi hangin tengok report la sangat tu..haha. Dia terus p mintak masuk n jumpa doctor tu. Pastu tengok ada la security yang masuk lepas tu, hmm CYM kata sudah dah dia ni... Dipendekkan cerita sudahnya doctor tu boleh kata MACAM NI PUNYA ORANG pun ada..Oii lagi marah weolls, pastu weols tulih komplen kepada YBHG KSN. Nak tau kenapa? Sebab semua ubat yang dia bagi tu salah, kerana esoknya bila kami ke KPJ Kajang, ubat selsema yang diberikan tu untuk sesak nafas, yang antibiotic pun tak betoi sebab tak merawat apa sepatutnya, dan yang paling best anak kami demam sbb infection pada gigitan serangga kat perut tu. oh mannn..bahayanya dah bagi ubat salah tak merawat punca...




No comments:

Post a Comment