Friday 12 September 2014

Senaman untuk bèrat berlebihan

Jika anda mengalami berat badan berlebihan, pasti anda akan tertanya-tanya apakah bentuk senaman yang perlu dilakukan untuk membantu mengurangkan berta badan anda. Pada kali ini, kita akan membincangkan berkenaan tentang aktiviti atau senaman yang membantu mengurangkan berat badan anda. Sekiranya anda melakukan dengan kerap dan juga konsisten, anda pasti dapat mengurangkan berat badan anda yang berlebihan.


Seperti yang kita ketahui, selain menjalankan kehidupan yang sihat, anda juga perlu melakukan kalori defisit dan mengawal jumlah pemakanan harian anda. Oleh itu, proses mengurangkan berat badan anda pasti akan dapat dicapai jika ianya dilakukan dengan konsep yang betul. Pada kali ini, kita akan membincangkan jenis senaman yang dapat membantu mengurangkan berat badan. Oleh itu, mari kita lihat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan berat badan.


Senaman Kardio

Jika anda sedang cuba mengurangkan berat badan, senaman kardio adalah salah satu daripada perkara-perkara yang anda perlukan dalam senaman untuk mengurangkan berat badan anda. Apakah senaman kardio? Ia adalah senaman yang meningkatkan kadar denyutan jantung anda. Kajian membuktikan bahawa latihan kardio melibatkan pergerakan stabil dan berulang. Ianya membantu menaikkan dan meningkatkan peredaran dan aliran darah di seluruh badan. Senaman dan latihan kardio adalah seperti berjoging, berenang, bermain tennis dan sebagainya.
Sekarang anda tahu kardio adalah senaman penting untuk mengurangkan berat badan, tetapi apakah latihan senaman kardio yang terbaik mengurangkan berat badan?

Sebenarnya, tidak ada senaman kardio terbaik yang perlu dipilih. Senaman kardio dan aktiviti TERBAIK adalah senaman kardio yang anda akan lakukan secara tetap, berterusan dan konsisten. Jadi, mencari sesuatu yang anda suka adalah penting untuk mencapai matlamat pengurangan berat badan anda. Mari kita lihat beberapa contoh senaman kardio yang boleh dilakukan untuk individu yang berlebihan berat badan dapat mengurangkan berat badan dengan aktiviti senaman berikut.


1. Berjalan, Berjoging atau Berlari

Berjalan, berjoging atau berlari adalah latihan terbaik untuk membantu anda kehilangan berat badan anda. Sebenarnya, dengan berjalan ia dapat membantu meningkatkan kecergasan didalam badan seseorang kerana ia dalah aktiviti yang memberi impak terhadap jantung anda dengan meningkatkan kadar denyutan jantung anda. Manakala aktiviti yang berimpak tinggi seperti berjoging atau berlari akan membakar lebih banyak kalori.


2. Latihan Kekuatan

Satu lagi latihan yang boleh membantu anda kehilangan dan mengurangkan berat badan anda adalah squats. Squats adalah sejenis latihan kekuatan diri, Ia adalah satu jenis senaman yang meningkatkan jisim otot anda. Hal ini boleh dilihat apabila lebih besar jisim otot anda, lebih cepat peningkatan metabolisme akan berlaku, oleh itu, lebih cepat untuk anda akan membakar kalori. Squats adalah sesuai jika anda cuba untuk menurunkan berat badan kerana mereka menghasilkan peningkatan dalam jisim otot dalam hampir semua otot-otot terutamanya dibahagian bawah badan. Dalam usaha untuk mencapai hasil yang optimum, pastikan untuk melakukan sekurang-kurangnya 15 ulangan dalam setiap 3 set daripada squats setiap hari.


3. Latihan Litar/ Circuit Training

Akhir sekali, cuba latihan litar sebagai satu cara untuk membantu mengurangkan berat badan anda. Latihan Litar adalah gabungan latihan yang dinyatakan di atas. Aktiviti ini melibatkan keseluruhan badan anda. Apabila anda melibatkan kedua-dua badan atas dan bawah, ia adalah lebih mudah untuk mendapatkan kadar denyutan jantung dan membakar lebih banyak kalori.

No comments:

Post a Comment