Tuesday 30 September 2014

BELASUNGKAWA: Adik Nur Imna Khalisa...lagi peristiwa kemalangan bayi di taska Putrajaya

Assalamualaikum wbt...

Ya Allah, bagaimana untuk aku mulakan. Sesungguhnya, akak masih terkejut..masih menggigil dengan pemergian anak sahabat adik Nur Imna Khalisa. Rasanya baru empat bulan dah dipanggil mengadap penciptaNya. Anak sahabat kami puan Nafisah dan Encik Zamri ini meninggal semasa ibunya menjemput dari taska. Hanya Allah sahaja yang mengetahu perasaan ibu hebat ini. bagaimana beliau berjuang dengan perasaan itu hanya Allah yang tahu.

Kami sebagai sahabat hanya mampu minta Fisah dan keluarga bersabar. Tetapi untuk melupakan peristiwa itu semestinya tidak mudah. Boleh baying tak anak yang sihat dan semasa dihantar masih senyum kepada ibu hebat ini tetapi masi dijemput dah biru, dah keras dan dah tak bernyawa. Allah..Allah...Allah.

Kepada Nafisah dan suami, kalian insan yang hebat. Allah pilih kalian untuk ujian berat ini. Kami doakan semoga kalian dapat melalui hari ini dan mendatang dengan penuh iman dan takwa. Sesungguhnya ada saham besar buat kalian. Imna menanti kalian di sana.

Relatifnya, bagaimana dengan servis taska? Terutamanya di Putrajaya. Saban hari banyak kes seperti ini berlaku. Dengan tidak menafikan bahawa ajal itu di mana-mana, apakah salah jika menyatakan bahawa perkara sebegini sebenarnya boleh dielakkan. Bukan mengelak ajal, kiranya sudah tertulis ianya tetap berlaku tanpa kelewatan atau dipercepatkan.

Kerisauan kami ibu yang bekerja ini sangat tinggi terutamanya bila melahirkan anak. Dilema nak hantar anak ke mana tu toksah cakaplah. Apa pun biarlah keputusan post mortem yang memberi hujah nanti. Pagi ini jam 9.00 barulah ujian forensic dijalankan. Kami doakan agar jawapan yang ditemui di sebalik semua ini.

Semoga ada tindakan setimpal diambil. Semoga penguatkuasaan juga dibuat. rata-rata kami membayar RM300-400 sebulan bagi bayaran taska di Putrajaya. Tidak termasuk lagi bayaran deposit permulaan. ada yang mencecah RM1000.00. kami tidak dambakan servis emas dan intan, cukuplah menghargai nyawa anak kami. Proses mengandungbukanlah mudah bagi semua orang. begitu juga Fisah yang menjadi penghuni wad hampir dua bulan sebelum kelahiran.

Ya Allah, semoga ada ganti yang lebiha baik buat keluarga ini.
Damaikanlah adik Imna di sana.
Kami juga akan menyusul tetapi hanya Engkau yang tahu bila
Mudahkanlah urusan Fisah dan keluarga

regards,
cahayayangmaher

No comments:

Post a Comment