Monday 22 September 2014

NEL JOIN STUDENT EXCHANGE PROGRAM- BAHAGIAN SATU

Assalamulaikum... haa berdebu dah blog ni. Dah dua tiga hari tak membuat catatan. Hari ni nak bercerita kesah Daniel Harith, anak bujang iols ni join Student Exchange Program. Wahh tajuk nak gempak ajerr..

Kesahnya bermula apabila dia ikut tok wan n tok dia balik masa cuti sekolah seminggu. Mak ngan abah dating ke rumah. Si nenel ni bukan boleh kalau tak balik cop passport kat Perlis. Kalau dah cukup time memang kompem ajak balik. Sejarahnya panjang, nanti akak cerita lain entri ehh.. hihi 






Bila dah dia ikut balik, patutnya, akak kenala balik ambik dia semula. tetapi tugasan tak mengizinkan. Nak pulak papa dia kerja on Saturday. Abah akak memangla offer nak hantar separuh sampai Ipoh. Then kami amek kt Ipoh mali. Tetapi tak sampai hati pulak. lagipun tahu sangat mesti hari Ahad jalan jem. Lastnya, mohon izin papa dia supaya cuti diteruskan hingga raya haji. Tetapi dengan satu syarat, nel kena sekolah. jeng jeng jeng. Sekolah mana pulak yang nak dua minggu kan?? Masa dalam pantang dulu, pernah tumpangkan dia di tadika yang sama dengan tadika dia di sini. Oh ye, Nel ni Tadika Perpaduan cap gomen ajer. hehehe. Baru enam tahun. Memang dulu skeptikal terhadap tadika gomen. Sebab ingat sure pandai nyanyi lagu Negaraku ajer...Tapi yg dah antar je tau kualiti dia. Memang takla hebat, tetapi Nel menguasai beberapa kemahiran membaca, menulis, mengira. Asas semua dah ok. Takla bagus sangat, tetapi menguasai kira ok.

Jadi, ada dua pilihan, nak hantar ke Tadika Perpaduan yang ada di negeri Perlis atau hantar dia ke Pra Sekolah. Pra Sekolah kat sekolah abah akak lah. So nak memudahkan cerita, abah pun mohon kebenaran Guru Besar dan Penolong kanan dan pihak pentadbiran Sekolah. Dan diberi kebenaran. maka petang tu jugakla mak dan abah pergi cari keperluan sekolah dekat si Nel ni. haa semangat uols.

Berdebar gak kitorang cemana kan dia nak bawak diri nanti. One thing for sure, objektif Student Exchange program untuk nel ini selain dia cuti free, dia tumpang sekolah. Dan yang best dia akan belajar menyesuaikan diri di tempat baru. For sure glemer la cucu Cikgu Puzi nih. Untung Nel, mama dan adik2 mama pun xdapat title anak cikgu satu sekolah ngan Cikgu Puzi tu tau..hehehe






Haa yang ini gambo sebelum p sekolah. Mak kata ngadap tv dulu. Harusla memang begitu. aiyaaaa. Dah besar mama nengoknya. Dah macam budah darjah satu.
Tapi badan kerempeng jugak tak macam mama.

 
Haa, Nampak x, tulaa nel yang buat peace sambil duduk barisan belakang sekali. Nampak happy dan boleh menyesuaikan diri.

 
Nak kata gaya kompiden ker haa ntahla, Suka wat tangan ala peluk tubuh tu, ehh bukakn gaya cam tu tak kompiden ker...

 
Ni cikgu diorang. Haa lupa nak Tanya abah nama apa, hehehe Well, jap lagi tunggu la report dia pas balik sekolah. Tetapi yang boleh agak musti panas, makanan, kengkawan dan lain-lain. Ada je yang kata ala, baru 6 tahun yang beria nak tumpangkan buat apa kan. tetapi apa yang akak dan papa dia nak tekankan, u cannot easily ponteng sekolah nel. Dan yang penting Nel belajar to develop social skill. Walaupun dua minggu ni xmenjadikan Nel seorang yang pandai.
 
Lupo lak nak pesan kot Nel nak juai Shaklee kat cikgu n kengkawan baru..ahakkkkksss. So tunggu update seterusnya ye.
 


No comments:

Post a Comment