Wednesday 24 September 2014

BLOCKED DUCTS

Assalamualaikum...

Sebagai ibu yang menyusu ni, mestilah banyak cabarannya ye dak. Dan cabaran inilah yang mendewasakan. Pernah satu hari tu saya rasa sakit je bila balik lepas kerja bila anak menyusu. huii ngilu jer. bila cek xde berdarah ke apa. Cuma ada macam satu benda yg ade air. ishh xtau nk describe..hihi. So saya pun google. Ni yang nak share nih.

Pernah tu kat ofis ada kawan saya yang cik B dia dah keras macam batu sebelah kiri. Perghh tertahan-tahan muka dia nengoknya. Sebabnya anak dia tanak menyusu yang kiri. nak yang kanan sahaja. Pandai lak kan memilih. Hurmm mungkin jugak tak selesa kot kedudukan bila di kiri tu.. huhu. So dia dok la tuam dengan air suam. Lepas tu dah banyak hari sangat baru nak pam. Kesian nengoknya. Haa baca la yang bawah ni, saya amek dr blog Pumponthejob.

“Blocked ducts” atau dalam bahasa dipanggil “duktus (saliran) tersumbat ” selalunya disebabkan oleh payudara yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi anda semasa dia menyusu. Jika payudara tidak dikosongkan dengan sempurna, susu terus “terkumpul” kerana ia dihasilkan lebih cepat daripada ia disalirkan keluar. Susu itu akhirnya dipaksa keluar ke dalam tisu sekeliling, di mana ia menyebabkan keradangan, lalu menjadikan ia merah, panas dan sakit. Di kawasan susu terkumpul inilah anda akan merasa ketulan-ketulan keras dan memang terasa sakit sehingga boleh membuatkan anda merasa seperti mahu demam jika tidak dirawat dengan cepat. Berita baiknya adalah duktus tersumbat boleh dirawat sendiri. 
baby bfing
Bagaimana duktus tersumbat boleh terjadi? Ada pelbagai punca tetapi daripada pengalaman dan pemerhatian saya, berikut adalah 3 punca utama yang seringkali membuatkan duktus tersumbat:
  1. Tidak menyusui bayi / mengepam susu dengan kerap dan tidak teratur terutamanya jika usia bayi anda masih di bawah 6 bulan. Jarak di antara sesi menyusu / mengepam susu terlalu jauh (lebih daripada 6 jam)
  2. Memakai coli yang ketat atau kurang sesuai yang menghalang pengaliran susu.
  3. Mempunyai bekalan susu yang terlalu banyak dan payudara berikut tidak dikosongkan dengan kerap dan konsisten.
image_blocked_milk_duct
Apa yang anda boleh lakukan jika duktus tersumbat? Tanpa rawatan, duktus tersumbat boleh membawa kepada jangkitan payudara, maka ambillah langkah-langkah berikut untuk memulihkan pengaliran susu yang tersekat:
  • Kosongkan payudara. Beri bayi anda menyusu melalui payudara yang tersumbat dahulu (jika itu terlalu menyakitkan, anda boleh mula dengan yang lain) dan pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya pada setiap sesi menyusu. Jika bayi anda tidak dapat mengosongkan payudara anda dengan sempurna, anda boleh  mengepam sehingga susu tiada lagi keluar.
  • Longgarkan coli sedikit. Kadang-kadang saliran tersumbat disebabkan oleh tekanan dari luaran. Pastikan coli anda adalah selesa tetapi tidak mengikat (seeloknya elakkan “underwired bra” pada masa masih menyusu badan. Jika mahu dipakai juga atau coli terlalu ketat, pastikan cangkuk coli dibuka semasa menyusu / mengepam bagi memudahkan pengaliran susu tanpa halangan).
  • Mempelbagaikan kedudukan penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. Menukar kedudukan penyusuan (dari “cradle hold” ke “football hold” atau sebaliknya, lihat contoh di bawah) dapat merangsang semua saliran susu dan sangat berkesan untuk memulihkan saliran yang tersumbat.
http://pumponthejob.com
  • Letakkan kain yang hangat pada payudara yang terjejas sebelum setiap penyusuan / sesi mengepam kerana ia dapat membantu memulihkan pengaliran susu dengan baik.
  • Urut payudara. Mengurut sambil memberikan tekanan yang lembut ke atas ketulan di mana duktus tersumbat terjadi sebelum dan semasa menyusu / mengepam boleh membantu “melonggarkan” saliran yang tersumbat.
Perlukan anda berhenti menyusu dari payudara yang salirannya tersumbat? Sudah pasti tidak! Mengelakkan atau menghadkan penyusuan di payudara yang tersumbat sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan, di mana ia menyebabkan lebih banyak susu terkumpul di saliran yang tersumbat. Ingat, rawatan yang terbaik untuk duktus tersumbat adalah dengan mendapatkan susu yang mengalir lagi tanpa halangan. Jika tidak dirawat dengan cepat, bekalan susu juga akan terjejas serta membawa ke peringkat “mastitis” yang akan ambil lebih masa untuk dirawat. Jadi, rawatilah “blocked ducts” dengan segera.
Maklumat lanjut serta rujukan boleh didapati di www.kellymom.com dan www.babycenter.com

 Sumber:
Intan
PumpOnTheJob.com

No comments:

Post a Comment