Tuesday 23 September 2014

IKAN SWEET SOUR TOMYAM

Assalamualaikum wbt...

Haa uols pernah makan tomyam ikan, pernah makan sweet sour tak? Sure pernah kan. Ok, cerita petang tadi, kawan akak mintak tolong dia masak. Sebab dia disahkan kena demam denggi. Asalnya nk buat sup ketam sahaja, tapi hubby dia beli ikan kembung besar sekali. Hurmm apalah kan nak masak buat sahabat nan seorang ni. Nak bagi selera sikit. Dahla mulut pun pahit kan. Jadi terfikir nak buat sweet sour tomyam. Mudah dan senang. Yang penting menyelerakan.

Bahan-bahan
Ikan kembung lima ekor
Garam
Kunyit
 Asam jawa
Cili boh 2 sudu besar
Satu tangkai daun ketumbar

Bawang putih dua ulas
Tomato sebiji
 Bawang hollad satu labu
Daun limau purut
Gula
Minyak masak

Cara-cara
Ikan dilumur garam dan kunyit
Goreng hingga masak, jgn terlampau garing
 Guna minyak yg sama, buang sikit kalau banyak

Tumis bawang putih
 Masukkan cili boh, masak sampai garing, kemudian masukkan daun limau purut 5tangkai

Kemudian,masukkan buah tomato, tomato dh masak masukkan air asam jawa, masukkan bawang holland

Perasakan dengan gula dan garam hinnga jadi sweet dan sour. Air asam jawa membangkitkan rasa. potong daun ketumbar dalam 2cm dan campak..huii aroma tomyam berkumandang, ehh salah tatabahasa daa


Kalau suka boleh tambah cili sos..siap dan hidangkan

No comments:

Post a Comment