Tuesday 11 March 2014

Rutin

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari keempat misteri kehilangan MH370. Yang pasti kehilangan pesawat ini memberi impak dari pelbagai sudut politik, ekonomi mahupun social...
Tetapi bukan yang itu CYM nak highlight hari ni.

Hari ni nak cerita pasal rutin. Pukul 5 bangun pagi, basuh botol susu anak, iron baju suami, baju kerja sendiri, baju sekolah anak. Masukkan barang dalam beg sekolah anak, fikir ada lagi yang tertinggal, bersiap pergi kerja. Hantar pergi rumah pengasuh, sampai anak tantrum. Dan banyak lagi la perbuatan lain tu. Dan yang best sambil buat sambil tengok jam..Aduhaiiiiiiii...

Setiap hari kalau boleh nak duduk rumah, jaga anak. Dalam kepala ni fikir kan ke bagus anak sendiri jaga. Dalam zaman dunia tanpa sempadan ni sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan dari rumah. Tapai sayang pulak kan nak tinggalkan kerjaya.. Selalu berada di hujung persimpangan, kerjaya atau keluarga...Huwaaa

Cerita bab rutin ni, hari-hari mengadap rutin yang sama tentu bosan kan.. Bagi yang berkerjaya hatta suri rumah pun sama, cuma isunya bagaimana kita nak menjadikan rutin kita supaya lebih menarik...Macam CYM, hari2 datang kerja, mengadap projek-projek di tempat CYM kerja. Hari-hari kena cerdas fikir dan tindakan yang pantas.. Huu mana boleh nak peram-peram dah la ni. Kalau meletup je mau tukar doplohpatjam. Orang kat luar sana pandai poiting fingers je..huhu

Cer tengok rutin tetap CYM jap...

5.30-8.30 pagi Uruskan rumah sebelum he pejabat. Bersihkan dapur, sidai kain. Simapn beg anak.  hantar anak ke pengasuh. Hantar anak ke sekolah

6.00-8.00 ptg balik kerja, ambil anak2, masak (huhu), basuh baju, menyusu anak

8.00-10.00 mlm dinner, lipat kain, menyusu, mengajar anak sulung

10.00- 5.30 pagi lena, menyusu, kejut anak bangun gi toilet

Tetapi kalau nak rutin korang best, janganla buat semua kerja tu setiap hari kecuali yang rutin tetap tu lah tak boleh elak kan. Sekali sekala pun bolehla makan kat luar ke kan..hihi, ada je nak cari alasan.

Rutin ni sebenarnya membantu kita tetapi membosankan.
So pandai2 la ye mewarnai rutin korang ehh,.
Di sebalik rutin tu CYM sempat jual dan promote Shaklee. Boleh tahan jugak la walaupun tak serius mana. Asalkan rajin ada je order masuk.. nanti CYM nak cerita pasal promo bulan ni iaitu ESP. jadi tunggu ye lunch time nanti..eheksss



Selamat berkerja uolss




No comments:

Post a Comment