Assalamualaikum wbt...
Ya Allah, bagaimana untuk aku mulakan. Sesungguhnya, akak masih terkejut..masih menggigil dengan pemergian anak sahabat adik Nur Imna Khalisa. Rasanya baru empat bulan dah dipanggil mengadap penciptaNya. Anak sahabat kami puan Nafisah dan Encik Zamri ini meninggal semasa ibunya menjemput dari taska. Hanya Allah sahaja yang mengetahu perasaan ibu hebat ini. bagaimana beliau berjuang dengan perasaan itu hanya Allah yang tahu.
Kami sebagai sahabat hanya mampu minta Fisah dan keluarga bersabar. Tetapi untuk melupakan peristiwa itu semestinya tidak mudah. Boleh baying tak anak yang sihat dan semasa dihantar masih senyum kepada ibu hebat ini tetapi masi dijemput dah biru, dah keras dan dah tak bernyawa. Allah..Allah...Allah.
Kepada Nafisah dan suami, kalian insan yang hebat. Allah pilih kalian untuk ujian berat ini. Kami doakan semoga kalian dapat melalui hari ini dan mendatang dengan penuh iman dan takwa. Sesungguhnya ada saham besar buat kalian. Imna menanti kalian di sana.
Relatifnya, bagaimana dengan servis taska? Terutamanya di Putrajaya. Saban hari banyak kes seperti ini berlaku. Dengan tidak menafikan bahawa ajal itu di mana-mana, apakah salah jika menyatakan bahawa perkara sebegini sebenarnya boleh dielakkan. Bukan mengelak ajal, kiranya sudah tertulis ianya tetap berlaku tanpa kelewatan atau dipercepatkan.
Kerisauan kami ibu yang bekerja ini sangat tinggi terutamanya bila melahirkan anak. Dilema nak hantar anak ke mana tu toksah cakaplah. Apa pun biarlah keputusan post mortem yang memberi hujah nanti. Pagi ini jam 9.00 barulah ujian forensic dijalankan. Kami doakan agar jawapan yang ditemui di sebalik semua ini.
Semoga ada tindakan setimpal diambil. Semoga penguatkuasaan juga dibuat. rata-rata kami membayar RM300-400 sebulan bagi bayaran taska di Putrajaya. Tidak termasuk lagi bayaran deposit permulaan. ada yang mencecah RM1000.00. kami tidak dambakan servis emas dan intan, cukuplah menghargai nyawa anak kami. Proses mengandungbukanlah mudah bagi semua orang. begitu juga Fisah yang menjadi penghuni wad hampir dua bulan sebelum kelahiran.
Ya Allah, semoga ada ganti yang lebiha baik buat keluarga ini.
Damaikanlah adik Imna di sana.
Kami juga akan menyusul tetapi hanya Engkau yang tahu bila
Mudahkanlah urusan Fisah dan keluarga
regards,
cahayayangmaher
Assalamualaikum... Terima kasih kerana sudi melawat blog CYM...Shaklee Independent Distributor...Konsultasi atas pengalaman penggunaan dan rujukan...Setiap masalah ada jalan...Setiap penyelesaian ada kegembiraan
Tuesday, 30 September 2014
Thursday, 25 September 2014
DEMAM DENGGI: BAHAGIAN SATU
![]() |
| KECIK TAPI BISA MEMBUNUH |
Assalamualaikum wbt
Sebelum mula bekerja, akak sempat google pasal wabak denggi. Klik sini untuk baca. Kalau tanak baca link tu, tengok ajer bawah ni.
Minggu ni dua orang kawan disahkan denggi. Dua-dua satu batch lantikan. Huhuhu. Fobia sangat. Sebab awal tahun ni en somi dah kena, diikuti dengan adik nombor tiga, kemudian abah dan adik bongsu. Empat ok ahli keluarga akak yang kena. Ok, pagi ni tanak cerita dulu pasal cara mencegah. kita kenali apa itu denggi.
Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
- Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
- Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
- Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
- Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
- Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
- Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
- Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
- Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
- Mandi jerlum.
- Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:- Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
- Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
- Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.Elakkan gigitan nyamuk dengan:
- Gunakan ubat nyamuk.
- Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
- Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
- Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
- Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
- Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
- Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
- Muntah berlarutan/berpanjangan.
- Sakit perut.
- Kurang bermaya/sawan.
- Sesak nafas.
- Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
- Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
![]() |
| sumber: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia |
Assalamualaikum wbt..
Pejam celik pejam celik, dah sampai hari Khamis. Betapa sungguh berharganya masa, tak pernah ke belakang, ke depan sahaja putrannya, kecuali lah korang putar jam itu ke belakang kan. Tapi jam mati lah.
Pagi ni sempat jalan kaki sikit ke pejabat. Sikit jelah. Sebabnya nak ambil duit, nak bayar dekat pegawai bank untuk perjanjian buat hutang. Maklumlah, nak buat asset beli cash tak mampu. Pastu ada hati nak tambah hutang baru. Yang bestnya bank ni kata pembiayaan Islamic. Tapi melalui kaedah islamik nih, perjanjian pun kena bayar. Kos agreement RM352. Perghhh. Stamping baru RM 10 kan. Takkan copy n paste dokumen pun mahal giler. Dah tu kalau konvensional macam mana? Interest lebih tinggi, tapi tak payah bayar kos agreement sebab dah absorb dalam loan. Tapi Islamic loan, tak absorb kos agreement. Wadehel betullah... Apakan daya, nak beli sebijik AXIA je pun.
Mula dulu berkira-kira jugak nak beli kereta baru, tambah hutang, padahal pakai Mr Ferrari dulu senang ajer kan. tapi sampai bila? Kereta pun dah 17 tahun. Hurmmm..ade je la alas an kalau nak melunaskan hajat tu. Ehh nasib AXIA kalau termbik JAZZ macam mana. hihihi.. Niat nak beli AXIA ni sebab nak memudahkan pergerakan. So, kenalah jual SHAKLEE laju2 lagi lepas nih..hihihi
So, apa pun, harusla kita kekal positif. Easier said than done. begitulah selalunya kan. Hurmmm lagi. Sebenarnya senang jer nak kekal positif. Ini cara akak untuk kekal positif:

- Sentiasa senyum
- Jangan menyulitkan keadaan
- Mudahkan apa yang susah
- Bertenang is a key to success
- Percaya kebolehan diri
- Sentiasa mengalah
- Sempurnakan kecacatan
- Sentiasa ingat kelemahan diri
- Sentiasa ingat bahawa masalah adalah cabaran
- Sekiranya kita dalam situasi susah, ada lagi yang lebih susah
- Amalkan bacaan ayat Qursi setiap kali lepas solat
- Kalau dilanda musibah, banyakkan bacaan mathurat
Wednesday, 24 September 2014
Putrajaya- Musim yang Tak Berkesudahan
Hurmmm...kalau kat kampung ada musim buah, musim menuai padi, musim tanam padi. Seronok dengar bunyi burung berkicau makan pisang masak ranum yang abah tak sempat tebang.kadang2 nampak memerang mencari ikan. Ataupun musim orang mengail ikan di sawah. Macam pesta memancing. Itu hidup di kampung. Penuh rasa aman, tenang, damai, nyaman.
HIdup di bandar? Seronol. Sila jangan tak bersyukur. Glemer, mewah, bergaya, dan lain-lain. Tapi kalau macam tinggal kat Putrajaya ni. Kes denggi terlalu denggi amat. Haa ada ke statistik nak prove? Xde pun kan. So ni apa dakwaan palsu. Ok la nanti i googling statistik ehh. Tapi for sure di kawasan kejiranan kami ni rumah mana yang xkena demam denggi. Boleh kata satu rumah ada jer kena denggi. Dah boleh buat alumni.
Kat putrajaya ni ada mssim denggi, musim penyakit kaki tangan dan mulut.'ada musim demam campak. Risau kan nak hantar anak ke taska. Anak saya yang ke rumah pengasuh pun pernah kena influenza type A. Itulah harga sebuah kehidupan di Putrajaya. Sekali ambil ubat di klinik swasta tak mungkin la kurang dari RM50. So tak hairan la kalau klinik kesihatan sentiasa penuh. Sentiasa padat. Nal daftar jer pun boleh jadi sejam. Tertekan paramedik dang doktor. Mereka pun ada perasaan kan.
Atas kesedaran itu, saya yakin mencegah lebih baik dari merawat. Dah parah terlambat sudah. Saya mula amalkan vitamin dari Shaklee. Alhamdulillah nampak kesan. Kalau anak selalu selsema cepat hilang. Kalau dulu anak org selsema anak saya demam. Dan saya xperlu bergantung kepada ubat kalau anak demam dan selsema. Untu daniel saya bagi nutriferon kalau demam. Calit je kat mulut. Ataupun saya masukkan dalam air masak. Selain itu saya bagi dia Omega Guard dan chewable vitamin C. Dan jangan xpercaya mealshakes juga membantu mempercepatkan kelegaan selsema. Yela ada 24 vitamin dalamnya.
Untuk Aneesa lagi senang, sebab dia menyusu, jadi sayalah yang telan Vitamin C sustained released dan nutriferon. Tambahan pula aneesa menyusu, jadi mudahlah nak boost imune dia.
Selain itu, pernah dengar x Vitamin B Complex dapat melegakan sakit kepala. Kalau tak percaya, sila cuba. Hurmmm, saya pun ingat mitos. Rupanya tidak. Babai panadol.
Jadia, apa yang anda dah lakukan demi kesihatan anak anda? Untuk kesihatan anda dan keluarga anda. Pada saya, wanita adalah kunci kebahagiaan sesebuah keluarga. Jadi, marilah kita mengangkat taraf kesihatan kita dan ahli keluarga kita. Ayuh telefon saya untuk konsultasi ye!!

Resipi ringkas daging salai
Assalamualaikum
Haa balik jer tadi en somi bagitau adik dia nak datang rumah. Lepas maghrib macam tu. Ok kalau ada tetamu datang malam haruslah sediakan dinner. Eh wajib. Bukan harus dah..hihi. Adik dia ni akak tak sure dalam pantang ke tidak. Sebab dia bersalin bulan ogos ritu.
Jadinya bila tetamu datang kenala sediakan apa yg patut. Jadi tgk dlm peti ais apa ada. Haa ada daging salai. Jadi akak pun nak buat menu daging salai. Itu je ada pun. Hihi. Nasib la ye labu.
Jadi resipi pertama yang akak masak ialah masak lomak cili api. Pastu diikuti daging salai masak ketumbar dan yang ketiga sayur kobis adapun. Sangat senang. Sangat mudah. Boleh kata sejam jela siap. Termasuk masak nasi n kemas dapur. Ni tengah tunggu diorg sampai kita update blog dulu ye x. Bukan takat jemput orang datang umah, trafik ke blog pun kena jaga. Gitew..hihihi. Korang nak ke resipi nya? Ala mudah sangat. Nanti akak share ehhh. Si neesa nak nenen. Paatu ada lagi customer nak ngoder nih..hihi
Haa ado la ehh ghupo masak lomak cili padi esei masak nih. Kalau xdo rasa ghupo monang dah. Iye dak..hihi. Bawah ni sayur kobis. Haa akal klu kobis suka masak kering macm ni jer..baru rasa kemanisan kobisnya tu. Jap lagi rasa nak share dekat facebook resipi ringkas..hihi.

| Amacam, mengancam x |

NEL STUDENT EXCHANGE PROGRAM-BHGN 4
Assalamualaikum wbt...
Haa dah masuk bahagian keempat pun cerita daniel ni. Nampak tak dah ada tshirt baru. Tak pakai baju putih lagi. Ni la keje wan. Mak dah kata awal lagi, tengok la nanti meati wan beli tshirt baru punya. Tak kan punya dia biar cucu pakai tshirt putih tu. Kaaannn, mak aje yg kenai abah.dia belikan jugak tshirt senaman sekolah. Baru puas hati tgk cucu tu sama ngan orang lain kan wan.
Wah sang cucu pun super duper excited la kan dapat baju tu. Hamboih hamboih posing sakan. Nampak berlagaknya tuh. Tadi dah call cakap, soal dan tanya seronok tak sekolah. Pergghh tak putus2, puji sekolah tu best, seronok dan macam2 lagi.
Nak pulak lepas kelas pra sekolah tamat abah bagi dia join tayangan pasal susu ke apa ntah. Join budak darjah satu. Lagi super duper best la. Kawan akak yang mengajar situ cikgu Noor Azwani Mansor bagitau sekolah tu memang banyak program sekarang. Nak dapatkan title sekolah kluster. Ni memang akak setuju la kalau sekolah ni dicalonkan. Memang 360degree pembaharuan dia. Semoga usaha cikgu-cikgu semua mendapat kejayaan setimpal. Tahniah para pendidik Sekolah Kebangsaan Oran!!!

| Pura-pura titon la tu |
![]() |
| My boybtengah concentrate |
![]() |
| Semangat akak ni bagi ceramah |
BLOCKED DUCTS
Assalamualaikum...
Sebagai ibu yang menyusu ni, mestilah banyak cabarannya ye dak. Dan cabaran inilah yang mendewasakan. Pernah satu hari tu saya rasa sakit je bila balik lepas kerja bila anak menyusu. huii ngilu jer. bila cek xde berdarah ke apa. Cuma ada macam satu benda yg ade air. ishh xtau nk describe..hihi. So saya pun google. Ni yang nak share nih.
Pernah tu kat ofis ada kawan saya yang cik B dia dah keras macam batu sebelah kiri. Perghh tertahan-tahan muka dia nengoknya. Sebabnya anak dia tanak menyusu yang kiri. nak yang kanan sahaja. Pandai lak kan memilih. Hurmm mungkin jugak tak selesa kot kedudukan bila di kiri tu.. huhu. So dia dok la tuam dengan air suam. Lepas tu dah banyak hari sangat baru nak pam. Kesian nengoknya. Haa baca la yang bawah ni, saya amek dr blog Pumponthejob.
“Blocked ducts” atau dalam bahasa dipanggil “duktus (saliran) tersumbat ” selalunya disebabkan oleh payudara yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi anda semasa dia menyusu. Jika payudara tidak dikosongkan dengan sempurna, susu terus “terkumpul” kerana ia dihasilkan lebih cepat daripada ia disalirkan keluar. Susu itu akhirnya dipaksa keluar ke dalam tisu sekeliling, di mana ia menyebabkan keradangan, lalu menjadikan ia merah, panas dan sakit. Di kawasan susu terkumpul inilah anda akan merasa ketulan-ketulan keras dan memang terasa sakit sehingga boleh membuatkan anda merasa seperti mahu demam jika tidak dirawat dengan cepat. Berita baiknya adalah duktus tersumbat boleh dirawat sendiri.

Bagaimana duktus tersumbat boleh terjadi? Ada pelbagai punca tetapi daripada pengalaman dan pemerhatian saya, berikut adalah 3 punca utama yang seringkali membuatkan duktus tersumbat:

Apa yang anda boleh lakukan jika duktus tersumbat? Tanpa rawatan, duktus tersumbat boleh membawa kepada jangkitan payudara, maka ambillah langkah-langkah berikut untuk memulihkan pengaliran susu yang tersekat:

Maklumat lanjut serta rujukan boleh didapati di www.kellymom.com dan www.babycenter.com
Sumber:
Intan
PumpOnTheJob.com

- Tidak menyusui bayi / mengepam susu dengan kerap dan tidak teratur terutamanya jika usia bayi anda masih di bawah 6 bulan. Jarak di antara sesi menyusu / mengepam susu terlalu jauh (lebih daripada 6 jam)
- Memakai coli yang ketat atau kurang sesuai yang menghalang pengaliran susu.
- Mempunyai bekalan susu yang terlalu banyak dan payudara berikut tidak dikosongkan dengan kerap dan konsisten.
Apa yang anda boleh lakukan jika duktus tersumbat? Tanpa rawatan, duktus tersumbat boleh membawa kepada jangkitan payudara, maka ambillah langkah-langkah berikut untuk memulihkan pengaliran susu yang tersekat:
- Kosongkan payudara. Beri bayi anda menyusu melalui payudara yang tersumbat dahulu (jika itu terlalu menyakitkan, anda boleh mula dengan yang lain) dan pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya pada setiap sesi menyusu. Jika bayi anda tidak dapat mengosongkan payudara anda dengan sempurna, anda boleh mengepam sehingga susu tiada lagi keluar.
- Longgarkan coli sedikit. Kadang-kadang saliran tersumbat disebabkan oleh tekanan dari luaran. Pastikan coli anda adalah selesa tetapi tidak mengikat (seeloknya elakkan “underwired bra” pada masa masih menyusu badan. Jika mahu dipakai juga atau coli terlalu ketat, pastikan cangkuk coli dibuka semasa menyusu / mengepam bagi memudahkan pengaliran susu tanpa halangan).
- Mempelbagaikan kedudukan penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. Menukar kedudukan penyusuan (dari “cradle hold” ke “football hold” atau sebaliknya, lihat contoh di bawah) dapat merangsang semua saliran susu dan sangat berkesan untuk memulihkan saliran yang tersumbat.
- Letakkan kain yang hangat pada payudara yang terjejas sebelum setiap penyusuan / sesi mengepam kerana ia dapat membantu memulihkan pengaliran susu dengan baik.
- Urut payudara. Mengurut sambil memberikan tekanan yang lembut ke atas ketulan di mana duktus tersumbat terjadi sebelum dan semasa menyusu / mengepam boleh membantu “melonggarkan” saliran yang tersumbat.
Maklumat lanjut serta rujukan boleh didapati di www.kellymom.com dan www.babycenter.com
Sumber:
Intan
PumpOnTheJob.com
Subscribe to:
Posts (Atom)