Wednesday, 24 September 2014

NEL STUDENT EXCHANGE PROGRAM-BHGN 4

 Assalamualaikum wbt...

Haa dah masuk bahagian keempat pun cerita daniel ni. Nampak tak dah ada tshirt baru. Tak pakai baju putih lagi. Ni la keje wan. Mak dah kata awal lagi, tengok la nanti meati wan beli tshirt baru punya. Tak kan punya dia biar cucu pakai tshirt putih tu. Kaaannn, mak aje yg kenai abah.dia belikan jugak tshirt senaman sekolah. Baru puas hati tgk cucu tu sama ngan orang lain kan wan.

Wah sang cucu pun super duper excited la kan dapat baju tu. Hamboih hamboih posing sakan. Nampak berlagaknya tuh. Tadi dah call cakap, soal dan tanya seronok tak sekolah. Pergghh tak putus2, puji sekolah tu best, seronok dan macam2 lagi.

Nak pulak lepas kelas pra sekolah tamat abah bagi dia join tayangan pasal susu ke apa ntah. Join budak darjah satu. Lagi super duper best la. Kawan akak yang mengajar situ cikgu Noor Azwani Mansor bagitau sekolah tu memang banyak program sekarang. Nak dapatkan title sekolah kluster. Ni memang akak setuju la kalau sekolah ni dicalonkan. Memang 360degree pembaharuan dia. Semoga usaha cikgu-cikgu semua mendapat kejayaan setimpal. Tahniah para pendidik Sekolah Kebangsaan Oran!!!








Pura-pura titon la tu


My boybtengah concentrate

Semangat akak ni bagi ceramah

BLOCKED DUCTS

Assalamualaikum...

Sebagai ibu yang menyusu ni, mestilah banyak cabarannya ye dak. Dan cabaran inilah yang mendewasakan. Pernah satu hari tu saya rasa sakit je bila balik lepas kerja bila anak menyusu. huii ngilu jer. bila cek xde berdarah ke apa. Cuma ada macam satu benda yg ade air. ishh xtau nk describe..hihi. So saya pun google. Ni yang nak share nih.

Pernah tu kat ofis ada kawan saya yang cik B dia dah keras macam batu sebelah kiri. Perghh tertahan-tahan muka dia nengoknya. Sebabnya anak dia tanak menyusu yang kiri. nak yang kanan sahaja. Pandai lak kan memilih. Hurmm mungkin jugak tak selesa kot kedudukan bila di kiri tu.. huhu. So dia dok la tuam dengan air suam. Lepas tu dah banyak hari sangat baru nak pam. Kesian nengoknya. Haa baca la yang bawah ni, saya amek dr blog Pumponthejob.

“Blocked ducts” atau dalam bahasa dipanggil “duktus (saliran) tersumbat ” selalunya disebabkan oleh payudara yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi anda semasa dia menyusu. Jika payudara tidak dikosongkan dengan sempurna, susu terus “terkumpul” kerana ia dihasilkan lebih cepat daripada ia disalirkan keluar. Susu itu akhirnya dipaksa keluar ke dalam tisu sekeliling, di mana ia menyebabkan keradangan, lalu menjadikan ia merah, panas dan sakit. Di kawasan susu terkumpul inilah anda akan merasa ketulan-ketulan keras dan memang terasa sakit sehingga boleh membuatkan anda merasa seperti mahu demam jika tidak dirawat dengan cepat. Berita baiknya adalah duktus tersumbat boleh dirawat sendiri. 
baby bfing
Bagaimana duktus tersumbat boleh terjadi? Ada pelbagai punca tetapi daripada pengalaman dan pemerhatian saya, berikut adalah 3 punca utama yang seringkali membuatkan duktus tersumbat:
  1. Tidak menyusui bayi / mengepam susu dengan kerap dan tidak teratur terutamanya jika usia bayi anda masih di bawah 6 bulan. Jarak di antara sesi menyusu / mengepam susu terlalu jauh (lebih daripada 6 jam)
  2. Memakai coli yang ketat atau kurang sesuai yang menghalang pengaliran susu.
  3. Mempunyai bekalan susu yang terlalu banyak dan payudara berikut tidak dikosongkan dengan kerap dan konsisten.
image_blocked_milk_duct
Apa yang anda boleh lakukan jika duktus tersumbat? Tanpa rawatan, duktus tersumbat boleh membawa kepada jangkitan payudara, maka ambillah langkah-langkah berikut untuk memulihkan pengaliran susu yang tersekat:
  • Kosongkan payudara. Beri bayi anda menyusu melalui payudara yang tersumbat dahulu (jika itu terlalu menyakitkan, anda boleh mula dengan yang lain) dan pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya pada setiap sesi menyusu. Jika bayi anda tidak dapat mengosongkan payudara anda dengan sempurna, anda boleh  mengepam sehingga susu tiada lagi keluar.
  • Longgarkan coli sedikit. Kadang-kadang saliran tersumbat disebabkan oleh tekanan dari luaran. Pastikan coli anda adalah selesa tetapi tidak mengikat (seeloknya elakkan “underwired bra” pada masa masih menyusu badan. Jika mahu dipakai juga atau coli terlalu ketat, pastikan cangkuk coli dibuka semasa menyusu / mengepam bagi memudahkan pengaliran susu tanpa halangan).
  • Mempelbagaikan kedudukan penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. Menukar kedudukan penyusuan (dari “cradle hold” ke “football hold” atau sebaliknya, lihat contoh di bawah) dapat merangsang semua saliran susu dan sangat berkesan untuk memulihkan saliran yang tersumbat.
http://pumponthejob.com
  • Letakkan kain yang hangat pada payudara yang terjejas sebelum setiap penyusuan / sesi mengepam kerana ia dapat membantu memulihkan pengaliran susu dengan baik.
  • Urut payudara. Mengurut sambil memberikan tekanan yang lembut ke atas ketulan di mana duktus tersumbat terjadi sebelum dan semasa menyusu / mengepam boleh membantu “melonggarkan” saliran yang tersumbat.
Perlukan anda berhenti menyusu dari payudara yang salirannya tersumbat? Sudah pasti tidak! Mengelakkan atau menghadkan penyusuan di payudara yang tersumbat sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan, di mana ia menyebabkan lebih banyak susu terkumpul di saliran yang tersumbat. Ingat, rawatan yang terbaik untuk duktus tersumbat adalah dengan mendapatkan susu yang mengalir lagi tanpa halangan. Jika tidak dirawat dengan cepat, bekalan susu juga akan terjejas serta membawa ke peringkat “mastitis” yang akan ambil lebih masa untuk dirawat. Jadi, rawatilah “blocked ducts” dengan segera.
Maklumat lanjut serta rujukan boleh didapati di www.kellymom.com dan www.babycenter.com

 Sumber:
Intan
PumpOnTheJob.com

SHAKLEE- CADANGAN PENGURUSAN BERAT BADAN

CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK PENGURUSAN BERAT BADAN

 
Sape yg tak nak kurus kan??
Dalam shaklee, utk kurus perlu fokus pada 3 elemen + 1 elemen:

Detox - alfafa / herblax

Pecahkan lemak - lechitin / omega

Bina otot - protein - cinch /ESP / Mealshake

Tingkatkan metabolisma - Cinch tea



  • Bila nak turunkan berat,
  • ukur dada-pinggang,punggung.
  • rekod ukuran dlm 1 buku
  • ulang ukur setiap 4hari
  • positif- sebab bila berat x turun, tak semestinya x kurus, sebab mungkin otot terbentuk utk shape up / kuantiti air bertambah
  • Berat air sementara + bila shape up, otot mmg lebih berat dari lemak
  • fokus pada shape dan ukuran

GET THE SHAPE FIRST, THEN LOST THE WEIGHT!

Digalakkan add on GLA utk individu yg naik berat badan sbb hormon x stabil selalunya kita boleh nmpak bila,period x teratur, bahagian bawah (punggung ke bawah) yg lebih besar dan x seimbang dgn bahagian atas tubuh

Selain itu, semasa proses penurunan berat jugak, tolong jangan timbang berat setiap hari. Tak mungkin setiap hari boleh turun sekilo. hehe. Lagipun, penurunan berat secara selamat tak mungkin hilang 10 kilo dalam masa sebulan. Fuhhh.

Saya dah cuba, anda bagaimana? Hubungi saya untuk konsultasi ya.. 0126642332


Tuesday, 23 September 2014

IKAN SWEET SOUR TOMYAM

Assalamualaikum wbt...

Haa uols pernah makan tomyam ikan, pernah makan sweet sour tak? Sure pernah kan. Ok, cerita petang tadi, kawan akak mintak tolong dia masak. Sebab dia disahkan kena demam denggi. Asalnya nk buat sup ketam sahaja, tapi hubby dia beli ikan kembung besar sekali. Hurmm apalah kan nak masak buat sahabat nan seorang ni. Nak bagi selera sikit. Dahla mulut pun pahit kan. Jadi terfikir nak buat sweet sour tomyam. Mudah dan senang. Yang penting menyelerakan.

Bahan-bahan
Ikan kembung lima ekor
Garam
Kunyit
 Asam jawa
Cili boh 2 sudu besar
Satu tangkai daun ketumbar

Bawang putih dua ulas
Tomato sebiji
 Bawang hollad satu labu
Daun limau purut
Gula
Minyak masak

Cara-cara
Ikan dilumur garam dan kunyit
Goreng hingga masak, jgn terlampau garing
 Guna minyak yg sama, buang sikit kalau banyak

Tumis bawang putih
 Masukkan cili boh, masak sampai garing, kemudian masukkan daun limau purut 5tangkai

Kemudian,masukkan buah tomato, tomato dh masak masukkan air asam jawa, masukkan bawang holland

Perasakan dengan gula dan garam hinnga jadi sweet dan sour. Air asam jawa membangkitkan rasa. potong daun ketumbar dalam 2cm dan campak..huii aroma tomyam berkumandang, ehh salah tatabahasa daa


Kalau suka boleh tambah cili sos..siap dan hidangkan

DANIEL HILANG!! NEL STUDENT EXCHANGE PROGRAM-BHGN TIGA

Assalamualaikum wbt...

Dapat message dari abah pukul 3.30pm. Hampir jam 4.00 petang baru baca. Tengok jer panjangnya wassap abah ni. siap ada Perhatian!! Perghh ayat cikgu cikgi sungguh. Pastu baca dengan berdebar sebab abah kata GINI:

" Perhatian! Jangan main2 dengan nel, dia boleh buat wan sereyat darah. Kisahnya pukul 12 tgh pra sek keluaq. 12.05 nel xsampai bilik kh. Dalam hati mungkin nel ikut kelas intensif.  Hati was2, pergi tengok bilik pra kosong. Cikgu tak buat kelas intensif sebab ada urusan, rupanya dok makan aiskrim luaq pagaq dengan kawan sekolah pra, Allahuakbar, sereyat darah. Tindakan yang terfikir oleh kita. baru dua hari persahabatannya macam dua tahun!!"

Haa itula wassap dari abah. Mulanya ingat copy and paste ke apa. Semakin baca makin berdebaq. hoho. Abah kata jenuh mencari Nel sepelosok sekolah yang kecik. siap mintak tolong orang. Ish melebih plak ayat nih.. hihi..

Daniel ni memang friendly dan suka berkawan dengan budak sebaya. Kalau orang tua tak kenal memang dia tak hendak punya. Lepas kelas, kawan dia p beli aiskrim ajak dia makan sama dengan kawan2 lain. Huhu. Itu yang abah kata baru kenal dua hari dah rapat macam kenai dah lama.
Feedback abah hari ini, Nel sangat popular di kalangan baru. Yelah mana tidak, kan baru mai sekolah tu. Semua orang haruslah nak berkenalan kan. New boy la kata. Social skill nel memang xda masalah. Cikgu lain pun cakap Nel mudah menyesuaikan diri. Abah ada jugak Tanya Nel nak sekolah mana kat depan. Ok soalan ini bikin mama berdebaq ye. Tapi jawapan Nel Sekolah Putrajaya. mama harap mama dapat beri yang terbaik pada Nel macam abah n mak bagi pada mama.


Nel yang paling putih. Eh baju jer yang putih.
Lepak dulu dalam bilik Kemahiran Hidup sebelum balik. Nampak tak baju comot makan aiskrim orang belanja.
kalau main tak payah suruh jangan dilarang
 
 
 

SHAKLEE-PERNIAGAAN MLM: BAGAIMANA MEMILIH BISNES MLM TERBAIK

Faktor memilih MLM terbaik

 
Assalamualaikum
Haa dulu akak memang marah, memang tak suka dengan MLM. Bagi akak kan, MLM ni meniPu, orang atas goyang kaki, orang bawah pulun giler buat kerja. Yang bestnya masa mula-mula join Shaklee, akak langsung taktau Shaklee ni MLM. Nah hamek kau..dah kalau namanya recruit orang tu MLM la kan
 
Tapi cuba fikir balik, untuk dapatkan kerja. Apa-apa kerja pun, bukankah kita melalui fasa recruitment, dari tapisan awal sehinggalah berjaya ditemuduga. Faedah melalui recruitment MLM Shaklee membolehkan kita memilih siapa bos kita.

Kalau proses kerja biasa, kita boleh pilih organisasi sahaja. Contoh nak kerja dengan PETRONAS ke, Shell ke, Khazanah Nasional ke. Tapi lepas tu boleh korang pilih bos korang? haa dapat boss yang bossy acaner, nak resign, nak lari...haaa?
 
Dan yang paling penting, selain boleh pilih bos dalam Shaklee yang mungkin terdiri dari saudara mara, bff, kawan-kawan, kita juga boleh mengikuti cara mentor kita berbisnes. Oh ye, seronok la bila banyak downline tak payah kerja keras kan? haa yang itu tak betul. Sebab, kita tak boleh nak paksa orang bawah buat sales gile2. Karang kalau dia nyampah and boring, end up apa pun dia tak buat. Jadi dalam Shaklee ni konsepnya focus sales sendiri, guide downline kita. bagi tips, tunjuk dan ajar.

Skrang ni byk sgt MLM/Social Marketing/ Bisnes yang ada di Malaysia. Lepas tu kita tengok ada yang jenis "melompat" dari satu bisnes kepada bisnes yang lain. harini promote bisnes A, habis-habisan promote:
" inilah yang terbaik, saya tak pernah jumpa company mcm ni, bla bla bla"...
tup tup, lepas 3 bulan melompat ke bisnes B pula. lepas 2 bulan ke bisnes C pula. lepas 3 bulan ke bisnes D pula. ada kisahnya kemudia buruk2kan bisnes A, B, C pula.

Ramai antara kita join MLM for 1001 reasons. So kenali PUSH FACTOR anda terlebih dahulu. Daripada situ menentukan kejayaan kita. Dan bagaimana untuk memilih MLM yang baik. Dan di bawah ialah sebab PERLU MEILIH SHAKLEE

 

PEMILIHAN SHAKLEE SEBAGAI BISNES MLM

1- Company - strong foundation.

 
  • Make sure company with strong foundation, dah lama di pasaran. Shaklee,telah bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat
 

2- Product quality - repeat sales.

 
  • Mana mungkin product tidak berkualiti tahan lama? tahukah anda, Umur Vitalea? Tahun depan merupakan tahun ke-100 selepas vitalea (nama dulu vitalize mineral) ditemukan. ia merupakan vitamin pertama di dunia. 
  •  Shaklee menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
  • Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
  • Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
 

3- Marketing plan - proven, easy to make

 
  • Alhamdulillah, tiada unsur sembunyi, tiada sistem binary. terbukti bila mana ramai bukan ada anak (downline) yang potong rank upline, anak potong income upline.
  • dan ianya terbukti. di Malaysia, ada master yang dah 30 tahun dalam Shaklee dan smpai skrg beliau masih aktif dgn Bisnes Shaklee.
 

4- Mentor - provide guide n coach

 
  • kata pengarang buku Jutawan MLM Razzi Al Mansur, dalam MLM, DUPLICATE aje. TIRU aje. jika mentor berjaya, anda juga boleh berjaya mcm dia.
  • mentor sbg pemudah cara.
 

5- Success - u and effort.

 
  •  Selagi  bergantung dengan upline, selagi tu tak boleh success. point ke 4 tadi, mentor pemudah cara. mentor guide. mentor bagi 5% selebihnya diri sendiri. Bina organisasi sendiri, anda yg menulis di FB, anda yang tulis di blog, anda yang keep sharing dengan orang ramai, anda yang perlu buka buku, studi product, anda yang perlu tulis dan tampal target. mentor pemudah cara, penunjuk jalan, bagi peta.
 
Ya, apa lagi yang ditunggu-tunggu. Masih mencari? masih menanti? masih tak percaya? Masih ragu? Ya, silalah tingga di belakang ye. orang lain dah buat. Orang lain dah success. Kita asek dengki, menjuih bibir. Tanak macam tu ye.
 
BERSEDIA UNTUK BERUBAH!! HUBUNGI SAYA!! SAYA BANTU ANDA UNTUK BERJAYA BERSAMA-SAMA ORGANISASI KAMI!!
0126642332
fb: Cahaya Yangmaher

Monday, 22 September 2014

SHAKLEE TAK HALAL??

ISU SHAKLEE HALAL - benarkah ekstrak babi

ISU SHAKLEE HALAL - benarkah ekstrak babi

Persoalan ini selalu amat timbul. Especially produk Lecithin yang mana kapsulnya dari sumber bovine. So akak pun gigihla mencari maklumat nih. Baca dulu semua ehh. Saja buat tajuk gempak gitew..hihi
Sila rujuk link dibawah (penulis bukan pengedar shaklee tapi dia tulis utk menjawb persoalan berkaitan)http://www.halalscience.com/blog/benarkah-produk-shaklee-ada-ekstrak-babi/________________

  Soalan 1 :
Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu
Terima kasih
Ainul- Amar Dhiya 
Soalan 2:
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk “Shaklee” iaitu“Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.
Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?
Terima kasih
Cikgu Umi Kalsom.———————————————————————’
JAWAPAN:
Wa alaikum salam.
Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom.
Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentangstatus halal haram dan bahan-bahan yang meragukandi dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanyaProduk Soy Lecithin – Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.
Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:
“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithintidak dijamin bebas kandungan babi”.

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halaldaripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

  • Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
  • Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyaipersijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
  • Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
  • Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untukmengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
  • Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
  • Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklahProduk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
  • Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untukproduk Shaklee pasaran Malaysia.
  • ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkanoleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yangmengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layariwww.halalscience.com


Terima kasih.
Abd Rahman BacoPenulishalalscience.com

Kalau uols nak kepastian silalah rujuk link yg berkenaan ye

Kalau nak beli ngan akak tapi malu nak cakap haa, click ajer link ni hokay
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=247e7efbde76a5bdf2dadbbacce18e7f