Wednesday, 24 September 2014

Putrajaya- Musim yang Tak Berkesudahan

Hurmmm...kalau kat kampung ada musim buah, musim menuai padi, musim tanam padi. Seronok dengar bunyi burung berkicau makan pisang masak ranum yang abah tak sempat tebang.kadang2 nampak memerang mencari ikan. Ataupun musim orang mengail ikan di sawah. Macam pesta memancing. Itu hidup di kampung. Penuh rasa aman, tenang, damai, nyaman.

HIdup di bandar? Seronol. Sila jangan tak bersyukur. Glemer, mewah, bergaya, dan lain-lain. Tapi kalau macam tinggal kat Putrajaya ni. Kes denggi terlalu denggi amat. Haa ada ke statistik nak prove? Xde pun kan. So ni apa dakwaan palsu. Ok la nanti i googling statistik ehh. Tapi for sure di kawasan kejiranan kami ni rumah mana yang xkena demam denggi. Boleh kata satu rumah ada jer kena denggi. Dah boleh buat alumni.

Kat putrajaya ni ada mssim denggi, musim penyakit kaki tangan dan mulut.'ada musim demam campak. Risau kan nak hantar anak ke taska. Anak saya yang ke rumah pengasuh pun pernah kena influenza type A. Itulah harga sebuah kehidupan di Putrajaya. Sekali ambil ubat di klinik swasta tak mungkin la kurang dari RM50. So tak hairan la kalau klinik kesihatan sentiasa penuh. Sentiasa padat. Nal daftar jer pun boleh jadi sejam. Tertekan paramedik dang doktor. Mereka pun ada perasaan kan.

Atas kesedaran itu, saya yakin mencegah lebih baik dari merawat. Dah parah terlambat sudah. Saya mula amalkan vitamin dari Shaklee. Alhamdulillah nampak kesan. Kalau anak selalu selsema cepat hilang. Kalau dulu anak org selsema anak saya demam. Dan saya xperlu bergantung kepada ubat kalau anak demam dan selsema. Untu daniel saya bagi nutriferon kalau demam. Calit je kat mulut. Ataupun saya masukkan dalam air masak.  Selain itu saya bagi dia Omega Guard dan chewable vitamin C. Dan jangan xpercaya mealshakes juga membantu mempercepatkan kelegaan selsema. Yela ada 24 vitamin dalamnya.

Untuk Aneesa lagi senang, sebab dia menyusu, jadi sayalah yang telan Vitamin C sustained released dan nutriferon. Tambahan pula aneesa menyusu, jadi mudahlah nak boost imune dia.

Selain itu, pernah dengar x Vitamin B Complex dapat melegakan sakit kepala. Kalau tak percaya, sila cuba. Hurmmm, saya pun ingat mitos. Rupanya tidak. Babai panadol.

Jadia, apa yang anda dah lakukan demi kesihatan anak anda? Untuk kesihatan anda dan keluarga anda. Pada saya, wanita adalah kunci kebahagiaan sesebuah keluarga. Jadi, marilah kita mengangkat taraf kesihatan kita dan ahli keluarga kita. Ayuh telefon saya untuk konsultasi ye!!



Resipi ringkas daging salai

 Assalamualaikum

 Haa balik jer tadi en somi bagitau adik dia nak datang rumah. Lepas maghrib macam tu. Ok kalau ada tetamu datang malam haruslah sediakan dinner. Eh wajib. Bukan harus dah..hihi. Adik dia ni akak tak sure dalam pantang ke tidak. Sebab dia bersalin bulan ogos ritu.

Jadinya bila tetamu datang  kenala sediakan apa yg patut. Jadi tgk dlm peti ais apa ada. Haa ada daging salai. Jadi akak pun nak buat menu daging salai. Itu je ada pun. Hihi. Nasib la ye labu.

Jadi resipi pertama yang akak masak ialah masak lomak cili api. Pastu diikuti daging salai masak ketumbar dan yang ketiga sayur kobis adapun. Sangat senang. Sangat mudah. Boleh kata sejam jela siap. Termasuk masak nasi n kemas dapur. Ni tengah tunggu diorg sampai kita update blog dulu ye x. Bukan takat jemput orang datang umah, trafik ke blog pun kena jaga. Gitew..hihihi. Korang nak ke resipi nya? Ala mudah sangat. Nanti akak share ehhh. Si neesa nak nenen. Paatu ada lagi customer nak ngoder nih..hihi







Amacam, mengancam x

 Haa ado la ehh ghupo masak lomak cili padi esei masak nih. Kalau xdo rasa ghupo monang dah. Iye dak..hihi. Bawah ni sayur kobis. Haa akal klu kobis suka masak kering macm ni jer..baru rasa kemanisan kobisnya tu. Jap lagi rasa nak share dekat facebook resipi ringkas..hihi.

NEL STUDENT EXCHANGE PROGRAM-BHGN 4

 Assalamualaikum wbt...

Haa dah masuk bahagian keempat pun cerita daniel ni. Nampak tak dah ada tshirt baru. Tak pakai baju putih lagi. Ni la keje wan. Mak dah kata awal lagi, tengok la nanti meati wan beli tshirt baru punya. Tak kan punya dia biar cucu pakai tshirt putih tu. Kaaannn, mak aje yg kenai abah.dia belikan jugak tshirt senaman sekolah. Baru puas hati tgk cucu tu sama ngan orang lain kan wan.

Wah sang cucu pun super duper excited la kan dapat baju tu. Hamboih hamboih posing sakan. Nampak berlagaknya tuh. Tadi dah call cakap, soal dan tanya seronok tak sekolah. Pergghh tak putus2, puji sekolah tu best, seronok dan macam2 lagi.

Nak pulak lepas kelas pra sekolah tamat abah bagi dia join tayangan pasal susu ke apa ntah. Join budak darjah satu. Lagi super duper best la. Kawan akak yang mengajar situ cikgu Noor Azwani Mansor bagitau sekolah tu memang banyak program sekarang. Nak dapatkan title sekolah kluster. Ni memang akak setuju la kalau sekolah ni dicalonkan. Memang 360degree pembaharuan dia. Semoga usaha cikgu-cikgu semua mendapat kejayaan setimpal. Tahniah para pendidik Sekolah Kebangsaan Oran!!!








Pura-pura titon la tu


My boybtengah concentrate

Semangat akak ni bagi ceramah

BLOCKED DUCTS

Assalamualaikum...

Sebagai ibu yang menyusu ni, mestilah banyak cabarannya ye dak. Dan cabaran inilah yang mendewasakan. Pernah satu hari tu saya rasa sakit je bila balik lepas kerja bila anak menyusu. huii ngilu jer. bila cek xde berdarah ke apa. Cuma ada macam satu benda yg ade air. ishh xtau nk describe..hihi. So saya pun google. Ni yang nak share nih.

Pernah tu kat ofis ada kawan saya yang cik B dia dah keras macam batu sebelah kiri. Perghh tertahan-tahan muka dia nengoknya. Sebabnya anak dia tanak menyusu yang kiri. nak yang kanan sahaja. Pandai lak kan memilih. Hurmm mungkin jugak tak selesa kot kedudukan bila di kiri tu.. huhu. So dia dok la tuam dengan air suam. Lepas tu dah banyak hari sangat baru nak pam. Kesian nengoknya. Haa baca la yang bawah ni, saya amek dr blog Pumponthejob.

“Blocked ducts” atau dalam bahasa dipanggil “duktus (saliran) tersumbat ” selalunya disebabkan oleh payudara yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi anda semasa dia menyusu. Jika payudara tidak dikosongkan dengan sempurna, susu terus “terkumpul” kerana ia dihasilkan lebih cepat daripada ia disalirkan keluar. Susu itu akhirnya dipaksa keluar ke dalam tisu sekeliling, di mana ia menyebabkan keradangan, lalu menjadikan ia merah, panas dan sakit. Di kawasan susu terkumpul inilah anda akan merasa ketulan-ketulan keras dan memang terasa sakit sehingga boleh membuatkan anda merasa seperti mahu demam jika tidak dirawat dengan cepat. Berita baiknya adalah duktus tersumbat boleh dirawat sendiri. 
baby bfing
Bagaimana duktus tersumbat boleh terjadi? Ada pelbagai punca tetapi daripada pengalaman dan pemerhatian saya, berikut adalah 3 punca utama yang seringkali membuatkan duktus tersumbat:
  1. Tidak menyusui bayi / mengepam susu dengan kerap dan tidak teratur terutamanya jika usia bayi anda masih di bawah 6 bulan. Jarak di antara sesi menyusu / mengepam susu terlalu jauh (lebih daripada 6 jam)
  2. Memakai coli yang ketat atau kurang sesuai yang menghalang pengaliran susu.
  3. Mempunyai bekalan susu yang terlalu banyak dan payudara berikut tidak dikosongkan dengan kerap dan konsisten.
image_blocked_milk_duct
Apa yang anda boleh lakukan jika duktus tersumbat? Tanpa rawatan, duktus tersumbat boleh membawa kepada jangkitan payudara, maka ambillah langkah-langkah berikut untuk memulihkan pengaliran susu yang tersekat:
  • Kosongkan payudara. Beri bayi anda menyusu melalui payudara yang tersumbat dahulu (jika itu terlalu menyakitkan, anda boleh mula dengan yang lain) dan pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya pada setiap sesi menyusu. Jika bayi anda tidak dapat mengosongkan payudara anda dengan sempurna, anda boleh  mengepam sehingga susu tiada lagi keluar.
  • Longgarkan coli sedikit. Kadang-kadang saliran tersumbat disebabkan oleh tekanan dari luaran. Pastikan coli anda adalah selesa tetapi tidak mengikat (seeloknya elakkan “underwired bra” pada masa masih menyusu badan. Jika mahu dipakai juga atau coli terlalu ketat, pastikan cangkuk coli dibuka semasa menyusu / mengepam bagi memudahkan pengaliran susu tanpa halangan).
  • Mempelbagaikan kedudukan penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. Menukar kedudukan penyusuan (dari “cradle hold” ke “football hold” atau sebaliknya, lihat contoh di bawah) dapat merangsang semua saliran susu dan sangat berkesan untuk memulihkan saliran yang tersumbat.
http://pumponthejob.com
  • Letakkan kain yang hangat pada payudara yang terjejas sebelum setiap penyusuan / sesi mengepam kerana ia dapat membantu memulihkan pengaliran susu dengan baik.
  • Urut payudara. Mengurut sambil memberikan tekanan yang lembut ke atas ketulan di mana duktus tersumbat terjadi sebelum dan semasa menyusu / mengepam boleh membantu “melonggarkan” saliran yang tersumbat.
Perlukan anda berhenti menyusu dari payudara yang salirannya tersumbat? Sudah pasti tidak! Mengelakkan atau menghadkan penyusuan di payudara yang tersumbat sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan, di mana ia menyebabkan lebih banyak susu terkumpul di saliran yang tersumbat. Ingat, rawatan yang terbaik untuk duktus tersumbat adalah dengan mendapatkan susu yang mengalir lagi tanpa halangan. Jika tidak dirawat dengan cepat, bekalan susu juga akan terjejas serta membawa ke peringkat “mastitis” yang akan ambil lebih masa untuk dirawat. Jadi, rawatilah “blocked ducts” dengan segera.
Maklumat lanjut serta rujukan boleh didapati di www.kellymom.com dan www.babycenter.com

 Sumber:
Intan
PumpOnTheJob.com

SHAKLEE- CADANGAN PENGURUSAN BERAT BADAN

CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK PENGURUSAN BERAT BADAN

 
Sape yg tak nak kurus kan??
Dalam shaklee, utk kurus perlu fokus pada 3 elemen + 1 elemen:

Detox - alfafa / herblax

Pecahkan lemak - lechitin / omega

Bina otot - protein - cinch /ESP / Mealshake

Tingkatkan metabolisma - Cinch tea



  • Bila nak turunkan berat,
  • ukur dada-pinggang,punggung.
  • rekod ukuran dlm 1 buku
  • ulang ukur setiap 4hari
  • positif- sebab bila berat x turun, tak semestinya x kurus, sebab mungkin otot terbentuk utk shape up / kuantiti air bertambah
  • Berat air sementara + bila shape up, otot mmg lebih berat dari lemak
  • fokus pada shape dan ukuran

GET THE SHAPE FIRST, THEN LOST THE WEIGHT!

Digalakkan add on GLA utk individu yg naik berat badan sbb hormon x stabil selalunya kita boleh nmpak bila,period x teratur, bahagian bawah (punggung ke bawah) yg lebih besar dan x seimbang dgn bahagian atas tubuh

Selain itu, semasa proses penurunan berat jugak, tolong jangan timbang berat setiap hari. Tak mungkin setiap hari boleh turun sekilo. hehe. Lagipun, penurunan berat secara selamat tak mungkin hilang 10 kilo dalam masa sebulan. Fuhhh.

Saya dah cuba, anda bagaimana? Hubungi saya untuk konsultasi ya.. 0126642332


Tuesday, 23 September 2014

IKAN SWEET SOUR TOMYAM

Assalamualaikum wbt...

Haa uols pernah makan tomyam ikan, pernah makan sweet sour tak? Sure pernah kan. Ok, cerita petang tadi, kawan akak mintak tolong dia masak. Sebab dia disahkan kena demam denggi. Asalnya nk buat sup ketam sahaja, tapi hubby dia beli ikan kembung besar sekali. Hurmm apalah kan nak masak buat sahabat nan seorang ni. Nak bagi selera sikit. Dahla mulut pun pahit kan. Jadi terfikir nak buat sweet sour tomyam. Mudah dan senang. Yang penting menyelerakan.

Bahan-bahan
Ikan kembung lima ekor
Garam
Kunyit
 Asam jawa
Cili boh 2 sudu besar
Satu tangkai daun ketumbar

Bawang putih dua ulas
Tomato sebiji
 Bawang hollad satu labu
Daun limau purut
Gula
Minyak masak

Cara-cara
Ikan dilumur garam dan kunyit
Goreng hingga masak, jgn terlampau garing
 Guna minyak yg sama, buang sikit kalau banyak

Tumis bawang putih
 Masukkan cili boh, masak sampai garing, kemudian masukkan daun limau purut 5tangkai

Kemudian,masukkan buah tomato, tomato dh masak masukkan air asam jawa, masukkan bawang holland

Perasakan dengan gula dan garam hinnga jadi sweet dan sour. Air asam jawa membangkitkan rasa. potong daun ketumbar dalam 2cm dan campak..huii aroma tomyam berkumandang, ehh salah tatabahasa daa


Kalau suka boleh tambah cili sos..siap dan hidangkan

DANIEL HILANG!! NEL STUDENT EXCHANGE PROGRAM-BHGN TIGA

Assalamualaikum wbt...

Dapat message dari abah pukul 3.30pm. Hampir jam 4.00 petang baru baca. Tengok jer panjangnya wassap abah ni. siap ada Perhatian!! Perghh ayat cikgu cikgi sungguh. Pastu baca dengan berdebar sebab abah kata GINI:

" Perhatian! Jangan main2 dengan nel, dia boleh buat wan sereyat darah. Kisahnya pukul 12 tgh pra sek keluaq. 12.05 nel xsampai bilik kh. Dalam hati mungkin nel ikut kelas intensif.  Hati was2, pergi tengok bilik pra kosong. Cikgu tak buat kelas intensif sebab ada urusan, rupanya dok makan aiskrim luaq pagaq dengan kawan sekolah pra, Allahuakbar, sereyat darah. Tindakan yang terfikir oleh kita. baru dua hari persahabatannya macam dua tahun!!"

Haa itula wassap dari abah. Mulanya ingat copy and paste ke apa. Semakin baca makin berdebaq. hoho. Abah kata jenuh mencari Nel sepelosok sekolah yang kecik. siap mintak tolong orang. Ish melebih plak ayat nih.. hihi..

Daniel ni memang friendly dan suka berkawan dengan budak sebaya. Kalau orang tua tak kenal memang dia tak hendak punya. Lepas kelas, kawan dia p beli aiskrim ajak dia makan sama dengan kawan2 lain. Huhu. Itu yang abah kata baru kenal dua hari dah rapat macam kenai dah lama.
Feedback abah hari ini, Nel sangat popular di kalangan baru. Yelah mana tidak, kan baru mai sekolah tu. Semua orang haruslah nak berkenalan kan. New boy la kata. Social skill nel memang xda masalah. Cikgu lain pun cakap Nel mudah menyesuaikan diri. Abah ada jugak Tanya Nel nak sekolah mana kat depan. Ok soalan ini bikin mama berdebaq ye. Tapi jawapan Nel Sekolah Putrajaya. mama harap mama dapat beri yang terbaik pada Nel macam abah n mak bagi pada mama.


Nel yang paling putih. Eh baju jer yang putih.
Lepak dulu dalam bilik Kemahiran Hidup sebelum balik. Nampak tak baju comot makan aiskrim orang belanja.
kalau main tak payah suruh jangan dilarang