Sunday 31 August 2014

VITAMIN C dan NUTRIFERON SHAKLEE- Aneesa, selsema dan Influenza A

Si mata moolat
Assalamualaikum wbt...

Citer ni dah basi ekceli. Tapi apa salahnya kan nk kongsi dgn uols. Mana lah tahu kan kalau ade berdepan dgn situasi begini. Sendiri ke, kawan ke, saudara mara ke kan... Haa gini, tarikh tak ingat, kena bukak balik file rawatan n resit KPJ Kajang..ngeh ngeh..

Alkesahnya aneesa ni demam dah lebih tiga hari. Maka memandangkan kami tinggal di Putrajaya darul denggi dan kawasan tempat kami tinggal merupakan red spot dan hot spot denggi, maka kami pon bawak ler aneesa ke Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya. Maka setelah selesai sejam ambil darah, diumumkan pulak bahawa mesin ujian darah rosak. tapi kami tunggu dengan harapan, jap lg baik la tu. Musti la ade back up kan. Tunggu punya tunggu sampai dh xberlagu, sampai suhu badan neesa ni naik lagi, dan sampai takat didih mama pun naik..maka kami pun buat keputusan ke KPJ Kajang Specialist Centre. kononya nak jimatla p buat check up darah kt kpj, klu ok xpe, klu xok br nk menyusul ke kpj. Sebab prosedur ujian darah dah RM 200 mcm tu. Klu admit xpe sebab insurans cover.

Dah tu bila sampai KPJ, terus la doctor kt emergency suh jmpe specialist. Kami ke emergency dlu sbb tu lunch hour. Nampaknya kena jgk jmpe specialist. Paeditrician neesa n abg nel ni namanya DR ASMUNNI YAHYA. Kecik comel molek je orgnya. Lepas lunch hour smpi la turn kami. Setelah melihat condition si neesa plus cirit birit nyer tuh, doc kata kne tahan wad. 

Maka kami pun bermalam bagi doktor memantau keadaan neesa. Esoknya selsema neesa makin teruk. Free flow uols. Nk tido pn susah. Bila paeds dtg n tgk dia kate kne buat saringan influenza.. Pastu nk pitam akak bila dpt result mmg kompom influenza. Speechless.. N startla kami diasingkan. Maka bermulalah episod pemberian antiviral..hukhukhuk.

Doktor kata dlm 3-5/hr utk sembuh n complete antiviral. Dgn tawakal akak pun mulakan pengambilan vitamin C nnutrifreron secara overdose

Sakit tetap ceria
Alhamdulillah, pengambilan Vitamin C dan Nutriferon really help. Dr jangkaan doktor stay lima hari cuma tiga je. Sebab tu nutriferon nih sgt penting untuk dimiliki di rumah. Dr Asmunni pun cakap, cepat aneesa sembuh. Cepat selsema dia hilang ye. Biasanya susah nk control flu dia.
Macam mana cara pengambilan akak? Haa nak tau kena beli dlu dgn akak, sebab akak menjual dengan pengalaman... Ekslusif gitew..haa apa lagi call, wassap cepat 012 6642332

Lemme go puhleaseee


















VITAMIN C SHAKLEE- selsema cepat hilang kulit makin cantik

Assalamualaikum wbt...

Tengah tidokan budak kicik ini. Susah sket nk tido mlm ni cikk neesa kita. SElsema plak..srroot srettt srooot sretttt... Apa lagi mama pun tingkatkanla pengambilan SUSTAINED RELEASED VITAMIN C nih... Secara xlangsung kulit mama pun tersantek plak..hii sungguh, xbohong pnye uols... Sebenarnya mama memang xsuke untuk bg anak2 ubat. Itu semua kn dadah je. Lagipun, selsema nih disebabkan virus. Mane mungkin virus dapat diberi ubat. Ubat selsema tu bg budak tido je..

Tadi plak badan dia dah start panas. Mama mandikan neesa kerap. Basah kepala. Org kata klu selsema jgn basah kepala. Tapi klu dah badan nk panas, tu jelah kaedahnya. Air ni memang penawar segala. Ok la bab kalau baby neesa selsema, mama mmg akan amek  vitamin  C secara overdose..haa banyak mane overdose tu, haa rahsia la, jadi kastemer akak je akak habaq tau. Ekslusif gitew. Tapi kan, yg best kulit akak bertambah sehat..hihi..wink wink maluu..masuk bakul tak boleh angkat, berat.hahaha. tapi xpa, mkn je slimming set shaklee, gitew...

Mehla nk bgtau manfaat SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE ni ye

 √ Membentuk kolagen-merangsang pembentukan kolagen...haa nampak x kaitan kolagen ngn kesihatan kulit

 √ memperbaiki sistem pendarahan- kekurangan vitamin C dikaitkan dgn gusi berdarah, kulit lebam dan masalah kulit

√ meningkatkan sistem imun- membina sel darah merah yg byk untuk penyerapan zat besi di samping membentuk sel darah putih untuk berperang ngan kuman, haa perang kau, haha.

√ mengukuhkan sistem imun dengan mempertingkatkan alergi hidung, kulit dan asma. Menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema..haa sebab tu la akak amek overdose supaya neesa cepat baik. Akak telan, neesa nyusu kan

√ mencantikkan kulit- melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen juga adalah punca jeragat..huhu, inhate jeragat...

√memerangi kanser- bertindak sebagai anti oksidan yg meningkatkan nutriferon semulajadi tubuh dan merangsang sel melawan kanser

√ memperbaiki imsomnia- membantu mengatasi masalah imsomnia, stress dan penyakit berkaitqn mental

√ mengekalkan kolestrol sihat

Haa uols banyaknkan manfaatnya. Akak kongsi pengalaman sendiri tau. So uiols tanak cube kah. Bukan rugi pun beli. Dengan harga member shaklee RM74 dengan 180 biji, apelah sgt kan. Mencegah lebih baik dari merawat tau...meh la pm akak 012 6642332













































Puisi hari merdeka

Assalamualaikum wbt...

 Fefeeling nk bersajak pulak..



Merdeka...merdeka...merdeka....
Merdeka, apakah rasa
Merdeka, apakah makna
Merdeka, apakah peristiwa

 Merdeka satu suara, satu bicara, satu upacara
 Merdeka kebebasan buat generasi lama


 Merdeka satu sambutan buat belia
 Merdeka hari cuti buat pekerja

Nilai merdeka hari ini pertiwi bebas berdaulat
 Nilai merdeka hari ini hasil umpah darah perit keringat
 Nilai merdeka hari ini hasil penyatuan semangat


Merdeka sudah dicapai 57thn lamanya
 Merdekakah kita pada zahir sahaja atau seluruhnya
 Merdekakah minda, jiwa
 Merdekakah kita pada poket juga

Merdeka telah dicapai
 Namun jangan kita lalai
 Aman kita ramai yang intai
 Jangan nanti kita dirantai



.....cahayayangmaher
















CINCH SHAKLEE-20 Tip Kurus Mudah & Berkesan bersama penggunaan Cinch

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan
Oleh:Editorial Rapi
 Assalamualaikum wbt

Meh iols nk kongsi tips ni. Xla semua akak buat tau..tp ada yg mmg akak amalkan. Sebabnya nk bgtau korang mmg dgn senaman dan pemakanan yg sehat akan menyebabkan dan menjadikan pengambilan cinch lebih berkesan. Susah ke nk buat..haa klu susah terpulang. Sebabnya kegemukan dan obesiti boleh menyebabkan penyakit lain pulak.





1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. AKak akan amek cinch sebagai minuman. Pastu mmg xrasa nk makan sgt. Pastu mkn kurma atau biskut. Roti is no no tau..
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan. Biasanya akan amek setengah senduk nasi, tiga portion sayur
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Friday 29 August 2014

Jadual Diet dengan Cinch Shake

Jadual Diet dengan Cinch Shake

whoaaa, scary meh
Assalamualaikum wbt

Akak xjemu nak citer pasai slimming nih. Uols noe why kan..because akak dh cube dan rasa keberkesanan dia. Hakak xtipu, bior gambar berbicara.
gambor bersama lemak lemak kebanggaan




Untuk menurunkan berat badan, perkara pertama yang perlu kita tahu ialah keperluan kalori setiap hari. Perlu ingat bahawa jika makan lebih dari kalori yang diperlukan badan, berat akan meningkat, bukan menurun. Contohnya, keperluan kalori harian ialah 1800. Ibu menyusu perlu tambah lagi 500cal.. Jadi jumlahnya ialah 2300cal. Jika saya ingin menurunkan berat badan,akak perlu mengambil antara 2000cal atau kurang kalori setiap hari. Boleh kira kalori di sini:                       

 http://www.fitwatch.com/qkcalc/caloriedeficitcalculator.php

1kg bersamaan lebih kurang 7000cal.
Jadi kalau sehari akak kurangkan 500cal, 14  hari turun 1kg. Jika ambil bersama cinch shake insyaallah boleh turun lagi cepat.
Untuk lebih lanjut tentang jadual makan bersama kalori setiap meal, boleh rujuk www.cinchclub.com. Bahagian tools dan resources.



Breakfast : Sebiji pisang (bagus sbb nutritious dan ada enzim percernaan, boleh boost weight loss), cinch shake (kalau boleh minum kosong je, atau tambah ESP/susu low fat. B- Complex, Vita-C, Alfalfa (milk booster)

Snek pagi : Buah / Biskut / ESP dan Vitalea(tak boleh ambil bersama susu)

Tengahari : Cinch Shake. Untuk yang menyusu badan boleh la ambil light lunch. Kalau tak, minum cinch shake sahaja.

Snek petang : Sama macam snek pagi. Kalau lapar sangat campur Oat dalam ESP.

Malam : Makan seperti biasa tapi sebelum 8pm. Sebelum makan mlm amek alfaf


Kurangkan makanan berminyak, manis dan masin. Minum air banyak, nanti susu kurang.

Exercise 2 kali seminggu (paling kurang)
 Masa awal2 dlu, akak berjalan kaki dari rumah babysitter ke opis. Memang rasa kurus kakiku ini.. Serius, xtipu. Ade la kot 3km. Peluh tiak jugak wehh,hahaha

Boleh ubah kalau dah jemu dengan jadual. Basically sehari ambil 2 kali cinch shake sebagai meal replacement. Yang penting, eksperimen sendiri, cara mana yang terbaik untuk badan kita. You know your body best! Ok kalau nk tau cara lebih lanjut especially berkaitan dgn agen burn fat iaitu lecithin ngan omega guard wasaap or calling2 lah ye 0126642332..sengaja akak x citer nih, ekslusif utk customerssss akak jer tau.weehuuu


Akak la nih..xmain ye auper impose ke hape..hahaha

Nampak surut x..ngeh ngeh




OMEGA GUARD- BAKAR LEMAK

Bagaimana Omega 3 fatty acid membakar lemak


  • Wah..btol ke ni? Selama ni duk ingat fish oil untuk brain je..nampaknya Lecithin ade persaingan hehe Jangan risau ye, Lecithin mmg work so does Omega but the difference btwn them is the price and effectiveness ..well of course the one with extra cost work better but doesn't mean the cheaper one isn't gud. Terpulang pada kemampuan masing2 ye..
    Dalam fish oil ade OMEGA fatty acid which consist of DHA dan EPA


     
  • Ye ke omega ni buleh bakar lemak?


    ''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''
    http://www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/
  •  


    Macam mana fatty acid boleh bakar lemak ye?
     
    Omega-3 fats


    Omega-3 fats help you burn fat by helping your body respond better to a hormone called Leptin (Leptin is the Greek word for thin)


    Leptin tells your body (your brain) to suppress your appetite making you eat less so you can maintain or lose weight


    Leptin increases your metabolism by increasing your thyroid output (your thyroid regulates your metabolism)


    Leptin also causes your body to burn fat for energy so


    If your body isn't responding well to Leptin then the reverse happens - You'll be hungrier, and you'll store more fat so… You can take Omega-3 fats to help your body respond much better to Leptin so you can increase your fat-burning metabolism and


    Omega-3 fats are found in salmon, flaxseeds, nuts, Omega-3 supplements and these other 79 foods sources of Omega-3 fats and…


    3 more ways Omega-3 fats help you lose weight is…


    1. Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels 
    2. An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…
    3. Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning.
    http://www.nowloss.com/good-fats-that-burn-fat-help-you-lose-weight.htm


      ''A 2001 study published in the May 2002 edition of "Obesity Research" discovered that rats fed fish oil gained less weight than rats fed soybean oil. Furthermore, a 2004 study published in "Lipids" confirms the link between weight loss and fish oil as rats with an omega-3 rich diet exhibited reduced levels of fat and leptin. Leptin is a hormone which regulates the appetite and is generally lower in individuals with low body fat content. The 2004 study in "Lipids" concludes that DHA fat oil reduces the accumulation of body fat by restricting the hypertrophy and hyperplasia of fat cells. "Mosby's Medical Dictionary" explains that hypertrophy and hyperplasia refers to an enlargement of cells and an increase in cell production, respectively.'' 
  • http://www.livestrong.com/article/494397-dha-fish-oil-and-weight-loss/




Babai cikgu Radhiah

Babai cikgu radiah
Assalamualaikum wbt...





Huhuhu...sobsss..emosi pepetang nih
Ni cikgu aneesa, namamnya cikgu radiah. Cikgu ni sgt comel, baik n peramah. Masa amek neesa tadi cikgu ni ckp "meh cikgu cium awak, nnti cikgu takde dah". Akak tny la ngape, di bgtau yg dia dah dapat kerja tetap kat Damansara.

Pastu dia tambah, mesti cikgu xdapat tgk lg mata bulat neesa. Mesti cikgu xdapat ajar neesa jalan...mama speechless. Mama nk nanges. Tapi control cun weh. Mama xbls ape pun cikgu kate. Mama pn sedih naik kete terus nanges...huhuhu. Mama memang dalam hati ade taman..sobsss

MAma cuma cakap selamat keje tempat baru cikgu. Semoga berjaya di tempat baru dan mintak papa snap pic..huhu..sedey mama. Sebab cikgu radhiah ni baik, selalu bg report pasal neesa kt mama..ni mama dok nangis sambil type..huhu..besarnya taman dalam hati mama..sobbss

Semoga urusan cikgu radhiah dimudahkan dan dapat menjalankan keja yg lebih baik. Neesa n mama dokakan cikgu. Terima kasih jaga neesa dgn baik. Bkn sng kan nk jaga neesa.

 Rupanya cikgu radhiah ni graduate upm course accounting..alahai bagusnya kamu dik, xmemilih kojer. Bagus2..all  the best to you...
Mama xtulis nama kt towel neesa, masa lipat kain jumpa, keje cikgu radhiah kot
Selamat maju jaya di tempat baru





Thursday 28 August 2014

INFO: ENERGIZING SOY PROTEIN DAN CINCH

INFO PRODUK : ESP, CINCH



1) LEUCINE untuk penyusuan ibu

Kalau kita refer link dibawah
http://www.livestrong.com/article/474854-the-best-protein-supplements-while-breast-feeding/
ibu menyusukan anak perlukan sembilan sumber acid amino utama yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita, histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine.

2) Berkenaan protin supplement.
Article from University of michigan medical school - kalau nak ambil protein supplement, kena pastikan ia mengandungi kesemua 9 nutrient penting amino acid dan kesemua 9 komponen ni tidak dihasilkan oleh tubuh. Dan kesemua sembilan ni mmg ada listed kat ESP, termasuklah leucine.


3) 3 asid amino penting untuk protin susu dari website lain - (google book): protein susu dihasilkan oleh asid amino di dalam darah. 3 yg paling penting ialah - leucine, valine & threonine.


4) Kajian terhadap pengambilan LEUCINE daripada sciencedirect (abstract shj) : kajian menunjukkan tikus yang diberikan diet yang tinggi dengan leucine mengalami penurunan berat badan, penghasilan susu badan yang lebih tinggi dan pertambahan berat badan yang ketara kat ank2 tikus tu....
Beb, ko nk cube ESP x


5) Bagaimana LEUCINE membantu mengurangkan berat badan ?
Level Leucine dlm Cinch rgsang sintesis protein otot utk kekalkan otot mase kite kurgkn berat drpd lemak .LEUCINE leucine ni kalau diambil berasingan (mmg ada suplement leucine shj) ia digunakan untuk atlit bina badan.

6) Kandungan LEUCINE dalam CINCH
Sesetengah mengatakan Leucine dlm Cinch lebih tggi drpd ESP. Walaubagaimanapun, kandungan leucine dalam CINCH sebenarnya dirahsiakan oleh SHAKLEE. Ini salah satu sebab untuk menunjukkan CINCH ialah satu produk yang sangat istimewa berbanding produk lain
https://cinchclub.com/phpBB2/viewtopic.php?t=1660&view=next

7) Bolehkah ESP boleh gantikan CINCH untuk program penurunan berat badan ?
ESP xleh gantikan Cinch sebnrnye utk program penurunan berat sebab: Mengikut forum ni, https://cinchclub.com/phpBB2/viewtopic.php?t=1660&view=next
i) ESP ni produk yg bagus la utk sumber protein biologikal yg tggi dan sihat tapi xsesuai gantikan Cinch sebab ESP xdpt bg cukup fiber,vitamin & mineral pe serving yg sesuai utk pengurgan berat badan
ii)berbanding dengan CINCH, ESP ni xde ujian klinikal utk penurunan berat badan.
sumber: cinchclun.com-yg tulis ni Pamela Manning, Snr health Sc. mnger, Shaklee Corp

Dah tu korang mustinrasa nk beli kn, haa ape lg, meh lerr pm 0126642332..

BOIKOT SHAKLEE- Baca dan Pertimbangkan

Assalamualaikum wbt
 
Seriously akak sedih ngan isu ni. Mood ke laut, down giler uols. Sales pun merudum..huhuhu. Nak tulis pasal isu ni akak xpandai. akak baca dari satu blog ke blog yang lain. Yelah takut salah dan xpandai akak nak berkata2.huhu. Tapi ni akak amek dari blog FREEVITAMIN. Dia pun juai SHAKLEE. korang baca ye..

Kisah 1 - Cerita Sebenar Shaklee dan Keneseth Israel

Ketika isu Keneseth menjadi viral, ia tidak mendapat perhatian saya kerana tiada rakan FB saya yang berkongsi kes tersebut. Saya tahu melalui support group dan carian internet sebelum pihak Shaklee secara rasmi mengeluarkan notis rasmi mengenai perkara tersebut. Apa kes tersebut? ini print screen dari entri Dr Nik - Kenapa saya boikot Shaklee.




Sumber blog Dr Nik Rahim
Untuk penjelasan lengkap isu ini, saya share kupasan kes ini dari blog salwasaleh. Bagaimanapun jika anda masuk laman Keneseth Israel, tiada lagi logo Shaklee akan dijumpai. Kenapa? teruskan membaca. Saya harap anda semua clear mengenai hal ini.

WEBSITE KENESETH ISRAEL

Maka berbondong-bondonglah screenshots dan gambar yang diedarkan di laman sesawang tentang website ini yang terang-terangan menyokong Israel. Betul la tu. Mmg la organisasi tu sokong pun. Yang jadi masalah adalah sebab ada logo Shaklee kat situ. Jadi Shaklee sokong Israel la ni? Cuba belek balik  website tu dan baca betul- betul. Selain logo Shaklee yang di tepek kat situ, ade tak lagi kaitan yang boleh di link kan dengan Shaklee? Tkde?  Then jom kita faham kenapa la logo Shaklee tu ade tertepek kat situ

 LOGO SHAKLEE SEBAGAI 'AFFLIATE'




Bila klik logo tu akan pergi ke laman web peribadi pengedar tersebut. Bukan laman web milik Shaklee. Ikhsan vitaminsaya.com
Kat website itu ade letak logo Shaklee. Bukan logo Shaklee aje, logo Amazon pun ade letak kt situ. Kt US, kita letak logo camtuh, orang tekan pastu orang beli ikut logo tu, kita dapat la commission. Macam ni panggil Internet Marketing lah. Bese pegi blog yang glemer pastu bersepah button dan logo macam Nuffnag dan sebagainya? Macam tu la konsepnya.

Jadi ape pulak masalah website ni nak letak kt situ button Shaklee. Dah kalau jual Shaklee dan boleh dapat commission kalau ade orang beli dgn Shaklee dengan tekan button tu, dah tentu la diorang nak letak. Shaklee Malaysia pun baru je implement sistem ala-ala macam ni panggil e-Sell. Hangpa nak beli Shaklee Online sendiri pun dah boleh. Kt blog saya ni pun dh ade mende tu.

DIA HANYALAH INDIVIDU

Dalam Keneseth punya organisasi ni dah tentu la ade ramai orang. Ditakdirkan, salah sorang Board of Director dia yang masih kekal hingga la tahun 2015 sok, nama David Miller atau kat website tu nama glemer dia dok bubuh adalah Dave Miller.

Beliau ni Shaklee Independent Distributor. Maknanya die individu yang mendaftar dan jadi ahli dan jual Shaklee. Komisen dan bonus yang diterima adalah 100% hak mutlak dia. Jadi dia nak pakai kot mana pun dia punya suka la. Cuma dalam kes ni dia mmg nk bagi  bonus dia kat Israel, macam mana pula nk larang die?

Mcm kita, duit kita tu syarikat bagi sebagai gaji ke bonus ke dah jadi duit kita la. Takkan syarikat kita cakap hang tk boleh derma ke organisasi sekian sekian kalau tak gaji hang kene sekat. Boleh ke mcm tu? Kita nak derma Gaza ke, Syria ke, nk berzakat ke, nak belanja mak abah ke itu ikut suka kita la.

MANAGEMENT SHAKLEE MALAYSIA DAH AWARE

Macam dikatakan sebelum ni, isu ni dekat 3 tahun dah kot. Master master dah bawak pi meeting dengan management Shaklee Malaysia. Tapi macam point 3 kat atas, depa tak boleh nk buat apa. Itu hak die nk iklankan button tu kt website die, dan hak die utk sumbangkan kat badan mana pun die nak. Tkde undang-undang pun boleh stopkan.

Tapi sebab Shaklee US memang tak support Israel dan Roger Barnet sendiri tak support keganasan Israel (bukti sidang media..cewah..ada dihujung entry), Shaklee US telah arahkan pemilik laman web tersebut untuk tidak menggunakan logo Shaklee dan menggantikannya dengan ikon yang tak melambangkan pendirian syarikat. Kalau Shaklee support Israel pasti logo tu masih ada hingga kini. Ini kerana KI menggunakan logo tersebut atas kapasiti pengedar sama seperti saya




Logo Shaklee dah diturunkan pengedar tersebut


sumber: SHAKLEE website





Kisah 2 - Ustaz Zaharuddin - Boikot Shaklee kerana Terlibat dengan Israel?

Boikot Shaklee! Boikot Shaklee! Boikot Shaklee! Itulah yang terjadi apabila ramai yang tersalah faham mengenai status Ustaz Dr. Zaharuddin di Facebook beliau pada 8 Ogos 2014 yang lalu. Maka wujudlah komen-komen negatif mengenai shaklee antaranya berbunyi ” Shaklee israel”, “pemilik shaklee orang israel”, “Shaklee israel punya”, ” Boikot barangan USA” dan macam-macam lagi..Akibat emosi ingin menghentam Shaklee yang kuat tanpa kajian yang menyeluruh, maka “PERSOALAN” yang diajukan oleh Ustaz di salah anggap sebagai “ARAHAN” atau “SURUHAN” tanpa usul periksa oleh orang ramai. Disini saya kongsikan kronologi salah faham yang berlaku.

Kronologi Persoalan Boikot ShakleePada awal pagi, hari Jumaat 8 Ogos 2014. Ustaz Dr. Zaharuddin meletakkan status di Facebook Fanpage beliau mengenai “PERTANYAAN” boikot shaklee iaitu:
“Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee ?”
Ia berkaitan kenyataan Elie Wiesel yang mendakwa Hamas menggunakan kanak-kanak sebagai perisai. Boleh rujuk Observer di sini.

- Posting tersebut lebih kepada perbincangan ilmiah, tetapi ramai yang tersalah tafsir. Ramai orang telah SHARE dan berbalas komen untuk menghentam Shaklee dan galakkan untuk boikot Shaklee

2) Sebagai mengelakkan kekeliruan ramai, adik saya iaitu Hafizan Lutfi Abdul Hamid telah menghantar mesej secara peribadi kepada Ustaz Dr Zaharuddin seperti berikut:

- Ustaz menjawab dan jelas sekali daripada jawapan ustaz, kenyataan yang dikeluarkan adalah berbentuk pertanyaan. 

3) Ustaz kemudian mengubah statement asalnya untuk kali pertama bagi mengelakkan kekeliruan
- Tetapi, di bahagian komen perbalahan dan ajakan untuk boikot semakin menjadi-jadi. Ramai yang anti-Shaklee telah bertepuk gembira pada ketika ini. Peniaga-peniaga Shaklee berada dalam keadaan yang membimbangkan. Jika benar Shaklee terlibat dengan Israel tak mengapa, kami akan keluar dari Shaklee. Tetapi, tidak ada menunjukkan Shaklee terlibat dengan Israel zionis, tindakan untuk boikot Shaklee semakin menjadi-jadi.

4) Ustaz kemudian mengubah sekali lagi status di FB beliau untuk kali kedua. 

- Walaupun ustaz dah edit, tetapi masih lagi perbalahan berlaku diantara orang ramai. Setelah ia menjadi tidak menentu, akhirnya Ustaz memadam status FB nya mengenai persoalan boikot Shaklee. [Boleh jadi Ustaz sudah menerima pencerahan dari seseorang mengenai status yang dipersoalkan dan menarik semula post tersebut adalah yang terbaik kerana ramai manusia melakukan dosa menuduh, mencaci disebabkan post tersebut]



Sumber - Blog Dr Nik Rahim
- Jelas sekali persoalan yang diajukan oleh ustaz telah di salah ertikan oleh orang ramai. Kurangnya penyelidikan dan pembacaan menjadikan ramai orang salah faham dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dan memboikot Shaklee.

-Usaha boikot Shaklee yang disarankan orang ramai(akibat salah faham) bertentangan dengan penulisan ustaz mengenai hukum penglibatan dengan syarikat yahudi .

-Di antara quote yang menentang pemboikotan dipetik dari website Ustaz adalah:

Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai. Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu. Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.

Jelas sekali , tiada pengesahan rasmi penglibatan Shaklee dengan Israel dan syarikat Shaklee Malaysia menafikan sekeras-kerasnya.

5) Shaklee Malaysia membuat kenyataan balas seperti berikut:

- Jelas sekali, President Shaklee Malaysia iaitu Roger Barnett tidak terlibat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Elie Wiesel. Kenyataan tersebut adalah bersifat individu.
Mungkin ada yang tak faham kerumitan situasi ni. Roger berada dalam BOD tu tak bermaksud dia menyumbang dan menyokong keganasan regim Zionis. Normal la businesman seperti beliau dijemput untuk menjadi BOD. Kalau macam kat Malaysia yang selalu dijemput jadi DOB Tun Dr Mahathir misalnya. Foundation tu sama macam Yayasan Bukhari kat Malaysia, bertujuan untuk manfaat bangsa masing-masing dari sudut bantuan dan derma dengan mengumpul dana untuk disalurkan bagi tujuan pendidikan, pemuliharaan dan kebajikan secara umum. Pendirian Elie Wiesel dalam isu Israel bertentangan dengan pendirian Mr Roger walaupun mereka dalam yayasan yang sama. Malah dividen diperolehi dari foundation turut dilaburkan semula dalam Shaklee.



Jawapan yang diterima apabila ditanya direct dengan empunya badan melalui pertemuan 4 mata depan depan.
Kisah 3 - Kenapa Saya Boikot Shaklee - Dr Nik Rahim

Terbaru kes viral Dr Nik Rahim pula. Ia menjadi viral mungkin disebabkan Dr Nik sendiri ahli Shaklee yang menjual. Persoalan-persoalan yang dikemukan Dr Nik sudah pun ada jawapannya seperti diperjelaskan di atas. Mungkin pada ketika Dr Nik menulis entri tersebut, maklumat sahih belum beliau perolehi dan penulisan tersebut berdasarkan maklumat yang ada beliau sahaja. 

Apabila kita menyokong sesuatu, lihatlah pada faktanya bukan pada siapa yang memberi fakta. Jika fakta itu benar, terimalah walaupun pahit. Sama seperti kita menerima nasihat, lihat pada nasihat itu dan bukan siapa yang memberi nasihat. Jika nasihat itu benar, terimalah walaupun ia pahit. Bukan sayang duit, tapi kita menghukum biarlah berdasarkan bukti kukuh. Bukan sangkaan-sangkaan semata-mata dan mengikut emosi.



Bukankah lebih besar sumbangan bila didermakan ratusan ribu ringgit itu untuk umat Palestin dengan pembangunan, makanan, perubatan. Mana tahu sumbangan kita tersebut turut menjadi modal pembinaan senjata tetapi dirahsiakan? Saya hanya bersangka baik sahaja.



Secara langsung mahupun tidak langsung terbukti Shaklee sudah menafikannya
Haramkah pendapatan bonus Shaklee? untuk menghukum biarlah berdasarkan fakta, bukti dan dilakukan secara berhikmah kerana kini sudah terbukti Shaklee tidak menyumbang ke arah itu. Apakah fakta yang menyokong pendapat memboikot Shaklee adalah sia-sia dan menyumbang membantu Palestin dari segi kewangan adalah lebih utama? Ingin saya kongsikan pendapat dan hujah Kaklong Nuzula dalam post Facebook beliau bagi memberi pencerahan.

KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE?SANDARAN YANG PERTAMA
Saya berasandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.



Contoh Garnier menyokong secara terus terang di FB mereka. Maka boleh dikatakan haram terus membeli Garnier



Bukti rasmi seperti email diterima Dr Nik Rahim sendiri dari Tesco. Pelik apabila Dr Nik tidak publish notis rasmi Shaklee mahupun e-mail sendiri secara direct Roger Barnet bertanya sepertimana dilakukan kepada Tesco




Contoh rasmi syarikat yang membantu Israel. Syarikat anda berkerja ada? sebab Shaklee takde dalam ni.




Contoh pengagihan sumbangan oleh JUF
 
 


Malahan sumbangan secara tak langsung Shaklee kepada ekonomi Israel juga dinafikan.

 Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

SANDARAN YANG KEDUA
Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi, tapi produk Israel atau yg menyumbang pd Israel.

"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."
http://www.sinarharian.com.my/semasa/boikot-produk-israel-bukan-produk-yahudi-1.299245

Boleh juga baca:
http://drmaza.com/home/?p=1818

SANDARAN YANG KETIGA
AQSA SYARIF sendiri mengatakan kita tidak memboikot company/ produk US tapi kita boikot mereka yg jelas menyumbang pd Israel. Umpamanya McD kita boikot sbb JELAS menyumbang pd negara haram Israel.

FB Aqsa Syarif:
https://www.facebook.com/aqsa.syarif

SANDARAN YANG KEEMPAT
Shaklee tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.
http://www.inminds.com/
http://www.inminds.co.uk/



Jika kita terpaksa boikot Tesco, maka seluruh kedai runcit dalam Malaysia pun kita terpaksa boikot. Lebih tepat jika kita sekadar boikot produk di dalam senarai.
 SANDARAN YANG KELIMA
Pengakuan Roger Barnett sendiri & company statement sebelum ini mengatakan Shaklee tidak menyokong keganasan, tidak terlibat dgn politik dan TIDAK MENYUMBANG PADA ISRAEL ZIONIS.

Video pengakuan Roger Barnett yang diperolehi ketika Konvensyen yang diadakan di US baru-baru ini: 
video
Roger dalam pengakuannya pada saat ke 28 "Shaklee does not support nor we involve directly or indirectly in any conflict and we are not aligned with any political party, any country or in religious cause.." He just simply a businessman.
 

SANDARAN YANG KEENAM
Petunjuk drp Allah melalui solat hajat, istikharah, doa & keberserahan yg TOTAL kpd Allah SWT & hanya kepada Allah SWT. Allah jua sebaik2 penunjuk jalan.

Semoga Allah tuntun kita di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Amin. InsyaAllah. 

Dalam usaha membantu Palestin membebaskan Al-Aqsa, bantuan kewangan sangat penting. Membina ekonomi ummah sangat penting. Anda sangka pengedar Shaklee hanya punya sumber pendapatan dari Shaklee semata? Shaklee ni ibarat tunas bagi ramai pengedar Shaklee. Dengan hanya modal RM65 anda boleh mengumpul modal untuk perniagaan-perniagaan lain. 

Menjadi hartawan dan dermawan seterusnya memberi sumbangan BESAR pada Palestin dan bukan sumbangan KECIL sekadar memboikot. Jikapun bukan secara direct tetapi kita boleh membantu secara indirect dengan memastikan kewangan Palestin ditumpukan untuk Al-Qassam sementara kita menumpukan sumbangan makanan, perubatan dan pembangunan Palestin.

Lihat bagaimana Yahudi berdiri pada hari ini. Mereka menguasai ekonomi dunia. Sedangkan kita walaupun telah dibantu sekian lama oleh pelbagai inisiatif kerajaan masih ditakuk sama. Mengapa kita selalu memilih memberikan nilai kecil? Jika ada RM100, RM50, RM20, RM10, RM5, RM1 dalam poket, yang manakah kita akan beri untuk sedekah? Berbahagialah orang yang memberikan RM100.

Pada saya isu ini kecil tapi diperbesarkan kerana sentimen dan kurang diviralkan bukti menyanggah tuduhan sedia ada. Contoh baik diberi oleh Ustaz Zaharuddin apabila menarik balik 'persoalan' yang dilontarkan apabila sedar fakta tersebut samar-samar. Jika benar ingin boikot yang memberi kesan kepada ekonomi US dan Israel, maka boikotlah penyumbang cukai yang lebih besar dan tak beri apa-apa manfaat seperti ROKOK misalnya. 

Dalam isu ini kita kena kenal pasti siapa musuh kita berbanding melabel semua Nasrani dan Yahudi sebagai musuh. Kita bukan mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, tetapi sekadar berniaga untuk menguatkan ekonomi sendiri. Maksud mengangkat mereka menjadi pemimpin adalah mengikuti cara hidup mereka seperti berhibur, fesyen, akhlak dan lain-lain. Sebagai pengedar Shaklee jatidiri Islam masih kami pegang kuat malah saya belajar menjadi muslim yang lebih baik sejak dipimpin oleh leader-leader Shaklee yang hebat. Kami belajar untuk menjadi kaya seperti dermawan terkenal Syed Bukhari.



Tidak semua yahudi dan Nasrani menyokong tindakan Israel

Akhir kata, sebelum anda tekan butang share di Facebook anda, sebelum anda copy maklumat ke blog anda. Fikirkan adakah ia akan memberi manfaat atau sekadar menambah dosa. Kerana apabila saya melihat orang memperkatakan isu ini di facebook, ada individu yang terus melabel business ni support Israel. Nampak tak kesan negative sesuatu penulisan tu? Sebab tu Ustaz Zaharuddin menarik semula post beliau.

Saya menghormati pendangan setiap orang, elakkan berbalah dan teruskan bina ekonomi ummah. Itu paling utama. Janganlah perkara kecil kita besarkan, perkara besar kita kecilkan. Tanya diri anda, faedah boikot Shaklee...adakah ia melemahkan ekonomi Israel atau melemahkan ekonomi umat Islam pengedar Shaklee di Malaysia? Kini anda sudah tahu jawapan kepada soalan "betul ke Shaklee sokong Israel?". Tentulah tidak!


Read more: http://www.freevitamin.my/2014/08/cerita-shaklee-sokong-israel-betul-ke.html#ixzz3BeBRapTS
SUMBER: www.freevitamin.my