Wednesday, 3 December 2014

Persediaan Menghadapi Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik-Siri 2 : Panduan Menghadapi Temu Duga

Assalamualaikum wbt...

Acapkali Chegu ditanya bagaimana untuk Berjaya dalam temu duga Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Fuhh susah bangat soalan ni deqnon oihhh... Haa terlalu subjektif tau uols.

Ni je jer tips chegu nak bagi.

  1. Be Like PTD- Haa cara cakap, cara berkomunikasi, berjalan, pakai baju semua macam PTD lah. Setakat ini, insaja tips chegu kepada tiga orang kawan chegu yang mintak petua dari chegu dan depa ketiga-tiga berjaya temuduga. Siap yang sorang tu dah jadi diplomat kat Korea okay.
  2. Kekemasan- Ok sila la buat potongan rambut ala2 PTD. kemas bukan fancy2 gitu. kalu pakai tudung janganlah nak belit sana belit sini bubuh kerongsang goyang sana sini tuh. Pernah masa aku jadi interviewer bukan dengar jawapan dia asek tengok kerongsang goyang sana sini tu ajerr..haha
  3. Pakaian-Kemas, segak, bergaya. Yang perempuan pakai jer baju kurung tak pun pakai jer suit. Takmo ketat2 n seksi gitu. Pilih corak yang sesuai. Janganla serabut mengalahkan mak nenek. Yang lelaki pakai suit jer. kemeja cerah. Kasut kilat.
.........nanti chegu sambung lagi ehhh..

Persediaan Menghadapi Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik- Siri 2

BIDANG TUGAS PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK
Ok la memandangkan Chegu Teepah nih seorang PTD, maka kenala chegu habaq yang PTD ni ada 8 bidang utama. Tudiaaa, nama jer 8, dah tu perlu ke master dalam kesemua 8 bidang? Pastu pulak, ramai yang bila ditanya semua paling suka dan aim bidang tugas nombor 8. Semua nak jadi Diplomat la kata. Ala Chegu Teepah pun begitula dulu. kihkihkih
 
Selama 6 tahun bekerja ni, Chegu Teepah pernah bertugas dalam bidang Pengurusan Sumber Manusai dan Pembangunan Organisasi dan yang tekini merujuk bidang yang keenam iaitu Pentadbiran dan Pembangunan.

 1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
 
Ada masa nati Chegu elaborate kan bidang yang berkenaan dengan skop tugas dan kementerian berkaitan.
 
Tapi nak jadi PTD kalau nak p interview kenalah cun dan cantek sikit. So kalau nak bagi efek glowing kulit gebuss gedebuss silah cuba Set kecantikan Shaklee yang ada Vitamin E, Vitamin C dan Collagen Powder. Sure efek dia segera dan berkesan uols..kihkihkih
 
Telefon jer kalau nak bimbingan percuma menghadapi temuduga dengan setiap pembelian set berkenaan. hihihi

 

Persediaan Menghadapi Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik- Siri 1

Assalamualaikum w.b.t



Haa uolss tetibe tengah hari nih nak cerita pasal kerjaya sebenar Chegu Teepah. Iyelah Chegu Teepah nih bukanlah cikgu sebenar. Cikgu ni sebenarnya seorang PTD, haa apa PTD tu? Pegawai Tidur Duduk? Pegawai Tak Duduk? ata Pegawai Takde Duit. Yelah pegawai takde duit lah agaknya sebab juai Shaklee nak tambah pendapatan kan. Gitew..hahaha

Hurmm mulalah nak mengarut kan. Ok sebenarnya di dalam kesyahduan meeting yang terpaksa ganti kawan yang sepatutnya beliau ganti bos tetapi kete beliau buat hal dan ditambah xsempat bekpes, terkocoh-kocoh pergi meeting. Selepas meeting ada pegawai berstatus kontrak dating berjumpa chegu Teepah macam mana nak Berjaya temu duga interview.

Yang bestnya suspen jer beliau dating tadi. Mahera, cemana I nak hilangkan 11 kilo dalam masa 11 hari? OMG, sapa bagitau dia I ni pakar slimming set kurus Shaklee..hahaha. Oh rupa-rupanya beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk temuduga jawatan PTD. dan kali ini, disyaratkan pemeriksaan BMI. Haa korang tau tak BMI tu apa. BMI tu adalah Body Mass Index. Cara untuk mengira berat badan unggul. Haa nak test korang punya tengok jer sebelah ini, chegu dah tepek satu. So masukkan jelah berat ngan ketinggian korang yer. Kalau agak berat sangat sila hubungi Chegu untuk slimming set yer. akan chegu advise sekali macam mana nak amek dengan kesan optimum.

Eh jap, korang tau x apa itu PTD. Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini ialah salah satu skim perkhidmatan dalam perkhidmatan awam. Pegawai yang dikatakan terbaik antara yang terbaik. Katanya lah. Tetapi manusia itu tidak sempurna kan. Ada juga yang menjadi nila perosak susu sebelanga. Gitew.

SEJARAH PERKHIDMATAN tADBIR DAN DIPLOMATIK


Haa ini adalah serba sedikit latar belakang sejarah PTD


Dengar Artikel Ini
Latar Belakang
Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran. Sehubungan itu juga, keberkesanan perkhidmatan awam merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negara bagi membolehkan Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dan dihormati di persada dunia.
Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.
Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS.
Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan. Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.


 
Selain itu, korang juga perlu tahu berkenaan dengan maklumat asas skim perkhidmatan tadbir dan Diplomatik ini ye.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
 
 
 
 
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
 
 
 
 
 
Jadual Gaji:
 
 
 
 
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,253.00 RM8,731.00 RM225.00
 
 
 
 
 
Syarat Lantikan:
 
 
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
 
 
 
 
Deskripsi Tugas:
 
 
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Ok, setakat ini lah dulu untuk cerita nak menghadapi temudugatu. Baca dan hadamkan dulu ye.

Tuesday, 2 December 2014

Tip-tip mengelakkan dari pembentukan jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan adalah seperti:
  • Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
  • Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
  • Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
  • Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
  • Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
  • Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.
  • Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.
sumber: wikipedia

 

Wednesday, 26 November 2014

Hanya dua hengget ke Kota Kinabalu

It was a very long and tiring day. Fuhhh, bangun pukul 4.00 aneesa masih mahu menyusu. Tertidur dan suami kejut jam 4.30. Kelam kabut iron baju. Siap iron baju basuh pinggan then neesa bunyi lagi nak menyusu. Bagi neesa susu dan mandi jam 5.30 pagi, nasib azan subuh awal. Kendian gelut siap dan keluar rumah 5.57 pagi to catch 6.20 punye ERL. Hurmmmm....

Yang paling best mintak tolong kawan belikan tiket ERL sesiap sebab takut lambat. Pastu sempat naik ERL dan smpi KLIA kononnya nak withdraw duit. Almaklumlah gaji. Dah siap bayangkan lobster, ikan, udang frozen nak bawak balik ptg nanti. Punyala korek purse rupanya ada dua hengget. Kad ATM langsung tak dijumpai!!!!!! Mak aihh acaner nih, acaner nih!!! Panik? Nasibla ngan rakan sekerja. Kalau x, koreng boleh imagine x cmne nk beli tiket ERL td? Haaaa adakah nak patah balik amek kad ataupun nk drive terus ke KLIA kan.





Hai lah sel otak, gagal berhubung pulak di pagi hari. What a bad day, rite?
So haruslah telan Omega Guard Shaklee sampai bebila. Minyak ikan berkualiti tinggi. Melalui proses pemeringkatan tiga kali untuk menyah bendasing. Serius bagus untuk mengawal kolestrol. Kelebihan kolestrol ni xbagi faedah pun tau. Hanya boleh menyebabkan darah tinggi dan penyakit berkaitan dengannya.


Haa meh nak kongsi gambar yang menggunakan kamera mode KURUS hasil penggunaan Omega Guard Fish Oil Shaklee. Serius, omega guard ni mahal. Tapi ape ada hal kan, bulan ni aka bulan nove,ber rege promo utk member shaklee..haa sila tengok la kat atas tu.

Kesudahannya, dapat la jugak a,bo survive dengan dua hengget. Sampai KK tau dengan dua hengget. Nasib bos banjer makan. Haha. Dan nasib jugak nk bayaq parking kat park n ride tu dua hengget je. Kat airport member i banjer minum . Hehe

Sengal betul lah hari ni. Ok apa lagi jom borong omega guar bulan ini.

Sunday, 16 November 2014

Short Escape for Mama; akal baru untuk neesa

Assalamualaikum kepada tuan/puan yg sudi membaca coretan ini...

Hurmmm adah ke laut china selatan patah balik ke Laut Sulu merentasi Lautan Hindi nk update blog nih. Muahahaha. Sat hangat2 tahi ayam, pastu sejuk serupa tahi penguin di kutub..hahaha. Mulalah nak karut nih.

Baru2 ini sangat diuji dengan masa. Banyak perkara perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Jadinya program Neno Neno yang sambutan di luar jangka pun terpaksa dihentikan seketika. Maaf ya ibu2 semua.

Oh ya entri kali ini nak mencoret pengalaman meninggalkan baby neesa dengan papa dia selama dua hari satu malam. Selepas neesa lahir tak pernah tinggalkan dia semalaman. Maklumlah beliau kan menyusu badan. Tapi kali ini demi negara, mama kena berangkat ke Sabah sehari sebelum lawatan turun padang YBhg. Tan Sri KSU. Haaaa.... Apakan daya, mama rela menurut perintah. Lagipun papa neesa pun izinkan. Katanya setakat semalam tu tak kesahlah. In Sha Allah Neesa n Abg Nel ok.

Fuhh untuk hari pertama melalui malam pertama, mak cik kecik kecik nih menangis juga di malam hari, mencari nenen tetapi dapat puting tipu ajer. Mengamuk jugak namun terkawal. Tapi balik je dari taska keesokan hari merangkap hari kedua dah mula dapat akal baru. Perghhhh tak pernah dibuat2 sebelum ini.

Elok mama touch down kt KLIA, pakngah dah call mama bagitau cepat balik sebab neesa dh mengamuk sakan. Muahahahaha..Mama terus berjalan laju mengejar ERL la. Haa nak tau apa kesah dia? Jeng jeng jeng
 Agaknya dia nak tanya mana mama kot? Kata papa dari petang dh menangis tak mahu dipujuk. Disentuh dipegang  makin kuat ngongoinya. Apa perkataankah ini. Hahaha

Tak mahu dipujuk. Papa pun mati akal. Papa biar je dia atas katil. Barula perlahan sound dia. Pak ngah offer dukung lena atas pak ngah sampai la mama balik. Dengan kederasan cahaya lampu ERL mama pun sampaila. Mama terus basuh n siapkan diri kat toilet bawah baru mama naik atas. Agaknya la kan dh letih sangat, nampak mama je terus nak nenen. Senyum sket jer. Sobbssss, cari mama ke cari nenen dik neesa oiiii...

Pastu sejak kejadian tu kalau merajuk sikit, nangis sikit tak hendaknya dipujuk. Kalau nangis tak hendaknya dipegang, disentuh. Kalau didukung dihenjutnya badan ke belakang. Duhaaaaaiii anak, mama baru p sehari..huhuhu.

Gitula gayanya anak Omega Guard. Sempena bulan Nove,ber promosi Omega Guard nih biaq mama telan banyak2 tanpa keraguan munasabah ye.

Haa korang kalau nak omega meh le beli tiga empat botol. Omega Guard ni sangat bagus kerna kaya EPA dan DHa ta, so meh tepon chegu teepah ye 012.664.2332.































Wednesday, 12 November 2014

Cita-cita Mama

Assalamualaikum...

Perghhh menyesalnya rasa lama xjenguk blog ni.. Sedang elok menyemai benih, bercambah tetapi tidak dibaja. Ini semua penangan Laporan Ketua Audit Negara. Setahun menyiapkan kajian audit ini, chegu teepah kenal kekuatan dan kelemahan chegu teepah...

Sebenarnya dah simpan lama topic nih, tp tak keruan mengingatkan bangun besok banyak lagi benda nk buat. Kononnya tidur lebih baik la...miahahaha... Gitula kekdahnya kalau sel otak sengaja tidak dihubungkan...ahakssss

Ok let me go to thesis statement...hahaha...hadaa ka supo nk buat thesis. Nak cerita tentang soalan nel pada akak. 'Mama, apa cita2 mama?'

Ok terkedu dan ingatan berputar ke satu ketika di mana soalan yg sama ditanya pakcik chegu. Jawapan chegu memang konsisten, nak jadi PEGUAM!!!!!

Dari darjah tiga sampai final year buat degree in laws chegu teepah memang tekad dan nekad nak jadi PEGUAM. Tetapi akhirnya tidak, chegu teepah dilantik kerajaan menjadi seorang PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK. Skim perkhidmatan yang amat hebat kononnya, eehhh chewahhh.. Alhamdulilah,..

Nel pun tanya kenapa mama tak jadi peguam dah tu? Hurmmm paaanjaannggg. Tetapi mama bersyukur nel sebab mama gembira dengan kerja sekarang. Mama ikhlas, sebab kerja sekarang mama boleh jadi macam2. Hahaha

Dan nel tanya lagi, mama xmenyesal ke. Jawapan mama pada nel, mama menyesal kalau xjadi PTD..haha

Ok la nel, banyak sangat makan omega guard nih