Sunday 16 November 2014

Short Escape for Mama; akal baru untuk neesa

Assalamualaikum kepada tuan/puan yg sudi membaca coretan ini...

Hurmmm adah ke laut china selatan patah balik ke Laut Sulu merentasi Lautan Hindi nk update blog nih. Muahahaha. Sat hangat2 tahi ayam, pastu sejuk serupa tahi penguin di kutub..hahaha. Mulalah nak karut nih.

Baru2 ini sangat diuji dengan masa. Banyak perkara perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Jadinya program Neno Neno yang sambutan di luar jangka pun terpaksa dihentikan seketika. Maaf ya ibu2 semua.

Oh ya entri kali ini nak mencoret pengalaman meninggalkan baby neesa dengan papa dia selama dua hari satu malam. Selepas neesa lahir tak pernah tinggalkan dia semalaman. Maklumlah beliau kan menyusu badan. Tapi kali ini demi negara, mama kena berangkat ke Sabah sehari sebelum lawatan turun padang YBhg. Tan Sri KSU. Haaaa.... Apakan daya, mama rela menurut perintah. Lagipun papa neesa pun izinkan. Katanya setakat semalam tu tak kesahlah. In Sha Allah Neesa n Abg Nel ok.

Fuhh untuk hari pertama melalui malam pertama, mak cik kecik kecik nih menangis juga di malam hari, mencari nenen tetapi dapat puting tipu ajer. Mengamuk jugak namun terkawal. Tapi balik je dari taska keesokan hari merangkap hari kedua dah mula dapat akal baru. Perghhhh tak pernah dibuat2 sebelum ini.

Elok mama touch down kt KLIA, pakngah dah call mama bagitau cepat balik sebab neesa dh mengamuk sakan. Muahahahaha..Mama terus berjalan laju mengejar ERL la. Haa nak tau apa kesah dia? Jeng jeng jeng
 Agaknya dia nak tanya mana mama kot? Kata papa dari petang dh menangis tak mahu dipujuk. Disentuh dipegang  makin kuat ngongoinya. Apa perkataankah ini. Hahaha

Tak mahu dipujuk. Papa pun mati akal. Papa biar je dia atas katil. Barula perlahan sound dia. Pak ngah offer dukung lena atas pak ngah sampai la mama balik. Dengan kederasan cahaya lampu ERL mama pun sampaila. Mama terus basuh n siapkan diri kat toilet bawah baru mama naik atas. Agaknya la kan dh letih sangat, nampak mama je terus nak nenen. Senyum sket jer. Sobbssss, cari mama ke cari nenen dik neesa oiiii...

Pastu sejak kejadian tu kalau merajuk sikit, nangis sikit tak hendaknya dipujuk. Kalau nangis tak hendaknya dipegang, disentuh. Kalau didukung dihenjutnya badan ke belakang. Duhaaaaaiii anak, mama baru p sehari..huhuhu.

Gitula gayanya anak Omega Guard. Sempena bulan Nove,ber promosi Omega Guard nih biaq mama telan banyak2 tanpa keraguan munasabah ye.

Haa korang kalau nak omega meh le beli tiga empat botol. Omega Guard ni sangat bagus kerna kaya EPA dan DHa ta, so meh tepon chegu teepah ye 012.664.2332.































No comments:

Post a Comment