Wednesday 3 December 2014

Persediaan Menghadapi Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik- Siri 1

Assalamualaikum w.b.t



Haa uolss tetibe tengah hari nih nak cerita pasal kerjaya sebenar Chegu Teepah. Iyelah Chegu Teepah nih bukanlah cikgu sebenar. Cikgu ni sebenarnya seorang PTD, haa apa PTD tu? Pegawai Tidur Duduk? Pegawai Tak Duduk? ata Pegawai Takde Duit. Yelah pegawai takde duit lah agaknya sebab juai Shaklee nak tambah pendapatan kan. Gitew..hahaha

Hurmm mulalah nak mengarut kan. Ok sebenarnya di dalam kesyahduan meeting yang terpaksa ganti kawan yang sepatutnya beliau ganti bos tetapi kete beliau buat hal dan ditambah xsempat bekpes, terkocoh-kocoh pergi meeting. Selepas meeting ada pegawai berstatus kontrak dating berjumpa chegu Teepah macam mana nak Berjaya temu duga interview.

Yang bestnya suspen jer beliau dating tadi. Mahera, cemana I nak hilangkan 11 kilo dalam masa 11 hari? OMG, sapa bagitau dia I ni pakar slimming set kurus Shaklee..hahaha. Oh rupa-rupanya beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk temuduga jawatan PTD. dan kali ini, disyaratkan pemeriksaan BMI. Haa korang tau tak BMI tu apa. BMI tu adalah Body Mass Index. Cara untuk mengira berat badan unggul. Haa nak test korang punya tengok jer sebelah ini, chegu dah tepek satu. So masukkan jelah berat ngan ketinggian korang yer. Kalau agak berat sangat sila hubungi Chegu untuk slimming set yer. akan chegu advise sekali macam mana nak amek dengan kesan optimum.

Eh jap, korang tau x apa itu PTD. Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini ialah salah satu skim perkhidmatan dalam perkhidmatan awam. Pegawai yang dikatakan terbaik antara yang terbaik. Katanya lah. Tetapi manusia itu tidak sempurna kan. Ada juga yang menjadi nila perosak susu sebelanga. Gitew.

SEJARAH PERKHIDMATAN tADBIR DAN DIPLOMATIK


Haa ini adalah serba sedikit latar belakang sejarah PTD


Dengar Artikel Ini
Latar Belakang
Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran. Sehubungan itu juga, keberkesanan perkhidmatan awam merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negara bagi membolehkan Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dan dihormati di persada dunia.
Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.
Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS.
Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan. Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.


 
Selain itu, korang juga perlu tahu berkenaan dengan maklumat asas skim perkhidmatan tadbir dan Diplomatik ini ye.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
 
 
 
 
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
 
 
 
 
 
Jadual Gaji:
 
 
 
 
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,253.00 RM8,731.00 RM225.00
 
 
 
 
 
Syarat Lantikan:
 
 
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
 
 
 
 
Deskripsi Tugas:
 
 
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Ok, setakat ini lah dulu untuk cerita nak menghadapi temudugatu. Baca dan hadamkan dulu ye.

No comments:

Post a Comment