Thursday 25 June 2015

KAHWIN MUDA



Wah wah...nak sok sek sok sek bab menarik sket hari ni...haa jeng jeng isu KAHWIN MUDA... wah sapa tanak kawen sila angkat tangan? Eh jangan taktau ada jugak orang yang fobia nak kawen. Ada pon fobia nak kawen ini dikenalai sebagai GAMOFOBIA tau. Golongan ini biasanya mempunyai ketakutan atau rasa yang tidak rasional terhadap perkahwinan.

Ada pun entri kali ini tidaklah ingin menyentuh aspek gamofobia itu...ianya berkaitan isu Kahwin Muda...yeehaaa.. Sebenarnya pada usi berapa yang dikatakan sesuai untuk mendirikan rumahtangga seterusnya bergelar sebagai sang suami dan sang isteri dan kemudian naik pangkat menjadi seorang ibu atau bapa. Tudiaa sikit punya meriah ke kan kalau berkahwin. Namun ianya pula berkait rapat dengan jodoh. Ada jodoh maka dapatlah berkahwin. Takkan nak kawen sensorang bersanding sorang diri ye tak.

Pada saya tak kiralah umur berapa pun, aslkan sesorang itu mempunyai pasangan untuk dinikahi dan sanggup memikul tanggungjawab dari segi fizikal dan mental, zahir dan batin maka seseorang itulah bolehlah dianggap ready nak kahwin. Saya sendiri melihat beberapa pasangan rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga ketika di university lagi. Di university dik bukan lepas SPM. Nak kawen ni pon tak boleh semata-mata alas an nak jaga nafsu semata-mata, kalau tak tahan sangat tapi duit tak cukup jangan pulak nak bawak lari anak dara orang. Kehidupan selepas berkahwin tak sama dengan hidup bujang bercintan-cintun tuh dik.

Saya bertemu jodoh dan berkahwin pada lewat usia 23 tahun dan melahirkan anak pada usia 24 tahun. Ketika itu baru sahaja selesai peperiksaan tahun akhir jurusan undang-undang. Suami ketika itu pula telah bekerja dan mampu menyewa sebuah rumah serta menyara saya. Empat hari sebelum hari perkahwinan saya pula telah ditawarkan bekerja secara kontrak Pegawai Undang-Undang kerajaan dan memasuki bulan kedua mendapat tawaran tetap pekerjaan sekarang ini sebagai seorang PTD. Saya bersyukur kerana semuanya dimudahkan kerana pada saat itu saya melihat rakan-rakan yang sama-sama menamatkan pengajian sedang sibuk membuat chambering, mencari pekerjaan dan menyewa rumah dengan kawan-kawan. tetapi saya pula ada orang menjaga.. wahh kerlasss ko cheguteepah.  syukurrrr

Oleh yang demikian melewati usia saya 31 tahun, anak saya telah pun memasuki Tahun 1. Alhamdulillah. manakala ramai rakan saya baru sibuk upate nak bersalin anak pertama. rezeki masing-masing berbeza. Tak sama. Jangan risau kalau anda belum bertemu jodoh sebab ada hikmahnya.

Ramai orang menganggap saya berkahwin di usia yang muda dan kemudian mempunyai anak juga di usia yang muda. Alhamdulillah itu adlah sebahagian dari rancangan saya. Sebab saya taknak pencen nanti anak sulung tak lepas university lagi.

Namun, kahwin  muda ni banyak pengorbannya. Sebabnya ketika mula membina rumah tangga, saya juga dalam masa yang sama sedang membina kerjaya. Pada ketika itu ada juga merasa peritnya kerana dibeza-bezakan kemampuan pegawai yang berumahtangga dengan yang bujang. Banyak juga saya bekecil hati dahulu bila peluang yang saya dapat tak sama dengan kawan saya yang bujang. pada suami tempat saya merengek mengadu setiap hari. Hahaha, nasib punya suami ye dak??

Di saat orang nak berkursus sana-sini kita pula nak fikir anak nak tinggal mana. Namun, rahmat Allah itu sangatlah besar dan saya kira saya amat beruntung kerana dikurniakan suami yang sentiasa menyokong setiap aktiviti saya dan keluarga yang selalu ringan tangan membantu.


Hari ini apabila menoleh ke belakang saya yakin keputusan saya berkahwin awal tidak salah. Selain saya membina keluarga saya juga lebih kreatif dalam menyeimbangkan tuntutan keluarga dan kerjaya. jika ditanya apakah formula untuk Berjaya dalam kerjaya dan keluarga pada saya bila keluarga anda memerlukan anda, berikanlah sepenuh perhatian pada mereka. Bila kerjaya anda memerlukan anda, bersedialah untuk mencurahkan bakti dan tanggungjawab anda.

Ingatlah perkahwinan bukanlah suatu permainan yang mana bila kita rasa give up kita boleh mengalah dan menarik diri. Sebab tu motivasi kena sentiasa dipupuk dan dibaja dalam sesebuah perkahwinan.


Sekian...dr luv anda buat coretan kali ini.

No comments:

Post a Comment