Tuesday 23 June 2015

BENGKAK SUSU

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua...
Banyak betul dugaan nak mencuci sawang blog I nih. Ingat last entri betapa berkobarnya saya? Siap nak cerita pengalaman bawak anak pergi menonton Jurassic World iaitu first movie untuk si kecik aneesa yang bakal turns 2 this 28th june? ahaaa

Pengalaman tengok wayang nanti saya cerita entri lain. Masa menonton wayang tu, badan saya dah bagi warning seperti ada satu ketidakselesaan. Nak kata period haruslah tidak. Kenapa pulak tidak?? ahaa... Duduk macam rasa kena tak kena jer. Tapi masih boleh layan  segala trex bagai tu sambil meratah ayam goreng kepciii yang diseludup masuk...haaaa

Keluar dr movie tu berangin satu badan. hurmm mungkin salah makan sbb ptg makan mee cendawan dengan perut kosong. Perut saya memang pantang kalau kosong makan mee. hurmmm. balik rumah rasa nak marah2..ingat sebab pembawakan...hehe..tp bkn sbb rasa mcm body ache satu badan. tp layankan jer mata dan mula sedar badan makin panas. encik hubby yang pantang badan panas telah mengesahkan suhu badan panas.

Esok pagi bila bangun, mak aihhh uols, xboleh celik mata, tangan dah tak boleh angkat sebelah. Apa lagi, kelam kabut suami siapkan anak2. Selepas dia uruskan anak dan ke tempat kerja, saya terus terbaring xboleh bangun langsung, rasa badan melekap kat katil. haa melampau kau...hahaha. Semua wassap dan call aku tak endah. punya la sakit. Sambil dok pikiaq xkan teerkejut tgk Trex mlm tadi tersampuk ke apa. Aircond kat GSC IOI pon bukanlah sejuk sampai nak demam.

Tepat jam 1 petang Encik Hubby bawak nasi kukus paling sedap di Bangi. Siap bawak naik tingkat atas. Tapi Ya allah xlalunya nak bangun. Sakit giler badan dan tangan kanan xboleh angkat menangkap ke belikat belakang. Dalam hati teruknya demam urat kali nih. Ok fine, nk makan plak xboleh, suami tolong suapkan siap. Dalam hati buruk2 suami aku nih, bila aku sakit dia jaga, dia siap amek half day. Pastu mkn dua tiga suap nk siap2 p klinik.

First thing nak kena mandi kan? Mak aihh kena jer air kat badan menjerit terpekik. Suami panaskan air dan tolong mandikan. Sekali lagi bersyukur. Kendian kami pon ke klinik yang mana secara kebetulan nak cucuk montot Aneesa setelah tangguh dari umur beliau 18 bulan. Kami ke klinik kesihatan putrajaya jer. Hubby pon tinggalkan saya di klinik A, manakala dia ke Klinik C untuk Ibu dan Anak. Masa dia tinggalkan saya tu, xtaulah mcm mana rupa akak nih, petugas klinik empat lima kali Tanya akak ok ke...akak ke? hai baiknyela haihh...Pastu sampai giliran dapat doctor lelaki, sakit punya pasai tak ingat nk request dic pompuan. Yela, nak cakap pon gigil.

Selepas tu, doc pindahkan kepada doc perempuan, hurmmm. Setelah beliau periksa katanya ini MASTITIS

Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.





terus doc cakap awak tak boleh puasa besok, on antibitik 10 days...waaa meraung dalam hati. Sebab apa baru nk score puasa full ini tahun. nampaknya berjumpa tak bertemu Ramadhan.  Korang nak tau azab giler rupanya bengkak susu ni. Breast yang sakit aka bengkak tu naik merah macam apa jer, panas plak tu..sob sob sob...

So akak keep on antibiotic jela sebab otak tak mampu nak piker badan plak masha Allah sakitnya Allah jer tau. tapi rawatan yang paling berkesan ialah mandi utk turunkan suhu badan dan Cik b yang sakit. benarlah air itu penawar. Kendian tuam dan rajinlah urut. Urutan manja mampu melegakan gitu...ngehngeh...


ok la masa dah time.. nntila sambung lg ehh

No comments:

Post a Comment