Wednesday 31 December 2014

KOLAGEN-SHAKLEE COLLAGEN POWDER



Badan kita memerlukan kolagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa kolagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan collagen. Kehilangan kolagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang dipanggil "arthritis" clan kecederaan " muscolo- skeletal" .

Kolagen berfungsi sebagai ejen "chondroprotective", dimana ia melindungi "cartilage" daripada berkurangan. Kolagen merupakan bahan yang digunakan untuk pembentukan dan pembaikan 'cartilage'. Ia juga boleh mengurangkan kerosakan kepada sendi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan sendi dan bengkak.


APA ITU KOLAGEN?
  • Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia.
  • Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan..
  • Kolagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan..
  • Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga).
  • Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
  • Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Mengapa kita perlu menggantikan collagen?

Sekiranya pengeluaran kolagen berkurangan, badan kita terutamanya kulit akan menjadi kering. Kekurangan ini jelas kelihatan di permukaan kulit dengan kedutan atau kulit yang nampak kering. Masalah ini sebenamya berpunca dilapisan kedua kulit (dermis) dimana terdapatnya kolagen, “elastin” dan kelembapan. Dermis di dalam muka terdiri daripada kebanyakannya kolagen. Apabila koagen berkurangan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Pengambilan kogen seperti dalam bentuk minuman membantu badan untuk menambah dan memperbaiki kolagen yang didapati di bahagian-bahagian seperti kulit dan juga berfaedah kepada ligamen, tulang, sendi, 'muscle', 'tendon', gusi, gigi, mata, saluran darah, kuku dan rambut.


Kebaikan Shaklee collagen powder


Pengambilan kolagen tambahan membantu pembentukan semula tisu-tisu penghubung. Ini telah dibuktikan sebagai satu kaedah anti penuaan. Kolagen boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. Dengan pengambilan kolagen secara berterusan, anda akan dapat menikmati kehidupan dengan wajah jelita dan muda.

Bilakah masa yang sesuai menggunakan collagen?


Untuk mencapai keberkesanan terbaik, kolagen harus diambil pada waktu malam sebelum tidur kenana masa puncak untuk pembaikan dan pembentukan semula sel adalah selepas 2 jam tidur atau dikenali sebagai "alpha cycle". kolagen jaga digalakkan diambil diwaktu pagi. Bagaimanapun kolagen boleh diambil pada bila-bila masa kerana ianya adalah sejenis protein.


Kolagen Powder Shaklee dicipta dalam bentuk serbuk dan larut dengan cepat dalam air sejuk, suam atau didalam apa- apa minuman seperti jus. 


Saturday 13 December 2014

Selamat dan Berkesan untuk Payudara Yang Sihat


 
Assalamualaikum wbt
 
 
 
Haa topic yang agak sensitive dan tidak boleh nak canang dalam facebook hokay. So kalau baca ni silalah percaya kalau anda masalah Miss B yg comel jer tuh boleh cuba produk di bawah untuk memunglkan dia..errkk, malu malu malu...

SR Vita-C Plus. Vitamin ini bukan sahaja membantu dalam kesihatan menyeluruh, tetapi ia juga dapat membantu dalam menghasilkan kolagen. Kolagen adalah salah satu elemen yang meningkatkan saiz payudara.
Vita-E Complex. Sekali lagi , bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan tubuh dan ianya sangat baik untuk payudara kerana ia boleh memastikan payudara kekal tegang dan mengekalkan kulit yang sihat. Seperti juga vitamin A, vitamin ini tidak berkait secara langsung dengan pembesaran saiz payudara , tetapi ia membantu dalam kesihatan payudara, menjadikan kulit lebih anjal dalam persiapan untuk pertumbuhan payudara.
Collagen Powder. Seperti yang diberitahu tadi, kolagen adalah salah satu elemen terpenting dalam meningkatkan saiz payudara. Jadi dah tentu pengambilan kolagen secara terus atau dalam bentuk suplemen sangat membantu 
CarotoMax (Vitamin A). Vitamin ini membantu  kulit dan dapat membantu memelihara kulit payudara untuk kekal lembut. Vitamin ini tidaklah membesarkan payudara secara langsung tetapi membenarkan kulit untuk berkembang atau ‘expand’ ketika proses pembesaran payudara dan masih mengekalkan kelembutan dan ketegangan kulit tersebut. ia juga penting dalam meningkatkan imunisasi, mengelakkan payudara kendur dan kesan ‘stretchmark’ atau regangan sewaktu proses tumbesaran.
Kesan vitamin ni pastinya bukanlah seperti ubat. Tidak secara mendadak, tetapi dengan pengambilan yang berterusan anda akan dapat size yang anda ingini. Kena sabar tapi berbaloi kerana ini adalah cara yang selamat dan natural. Keberkesanan juga berbeza terhadap individu. Ada yang berkesan, ada yang memerlukan lebih dari sekadar vitamin contohnya senaman, herba dan sebagainya. Apa pun ini juga salah satu usaha kan?
Selain daripada produk di atas, saya selalu mengesyorkan produk popular ini kepada pelanggan saya yang menghadapi masalah di atas. Produk popular tersebut ialah ESP.

Kalau anda mahu produk yang disebutkan di atas mohon pm chegu ya  012.664.2332

Wednesday 3 December 2014

Promosi Shaklee Disember 2014-Persediaan Menghadapi Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik- Siri 3

Assalamualaikum wbt...

Haaa tudiaa promosi berganda tau bulan November nih. Rugi uols tak grab promosi nih. Agaknya sebab Shaklee tahu kot ramai yang nak p interview PTD. Haa apa kaitan promosi dengan interview. Hahaha. Tudiaa, jangan xtau, semua orang dah buat persediaan dari aspek soalan-soalan, nak jawab esei semua tuh. Tapi jangan lupa konsep dari mata turun ke hati. Panel temu duga tu pun manusia. tentula nak cari yang sedap mata memandang. maka.. kecantikan dari dalam itu penting. So amek la Vitamin E, Serius cepat dan berkesan. Ni pengalaman saya sendir, lima hari jer tau!!

Apa kaitan pulak Vitamin C dengan interview. haa uols, Vitamin C ni sesuai untuk meningkat system pertahanan tubuh badan. So, mencegah tu lebih baik dari merawat. jadi korang kalau demam ke macam mana. tak payah nak kata demam, selsema pun dh cukup. Srooott sreetttt dok sedut hingus tu karang. eeeuuuuwww. Psttt...Vitamin C cepat melegakan selsema tau.

Ishh Shaklee nih cam tau2 je kan ramai yang semangat nak p interview. haa apa kata meh beli meh.

Pm saya 012 6642332. Panduan persediaan menghadapi temu duga turut disertakan dengan pembelian Vitamin C dan Vitamin E berserta penyertaan keahlian. Apa lagi jom!!!





Persediaan Menghadapi Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik-Siri 2 : Panduan Menghadapi Temu Duga

Assalamualaikum wbt...

Acapkali Chegu ditanya bagaimana untuk Berjaya dalam temu duga Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Fuhh susah bangat soalan ni deqnon oihhh... Haa terlalu subjektif tau uols.

Ni je jer tips chegu nak bagi.

  1. Be Like PTD- Haa cara cakap, cara berkomunikasi, berjalan, pakai baju semua macam PTD lah. Setakat ini, insaja tips chegu kepada tiga orang kawan chegu yang mintak petua dari chegu dan depa ketiga-tiga berjaya temuduga. Siap yang sorang tu dah jadi diplomat kat Korea okay.
  2. Kekemasan- Ok sila la buat potongan rambut ala2 PTD. kemas bukan fancy2 gitu. kalu pakai tudung janganlah nak belit sana belit sini bubuh kerongsang goyang sana sini tuh. Pernah masa aku jadi interviewer bukan dengar jawapan dia asek tengok kerongsang goyang sana sini tu ajerr..haha
  3. Pakaian-Kemas, segak, bergaya. Yang perempuan pakai jer baju kurung tak pun pakai jer suit. Takmo ketat2 n seksi gitu. Pilih corak yang sesuai. Janganla serabut mengalahkan mak nenek. Yang lelaki pakai suit jer. kemeja cerah. Kasut kilat.
.........nanti chegu sambung lagi ehhh..

Persediaan Menghadapi Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik- Siri 2

BIDANG TUGAS PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK
Ok la memandangkan Chegu Teepah nih seorang PTD, maka kenala chegu habaq yang PTD ni ada 8 bidang utama. Tudiaaa, nama jer 8, dah tu perlu ke master dalam kesemua 8 bidang? Pastu pulak, ramai yang bila ditanya semua paling suka dan aim bidang tugas nombor 8. Semua nak jadi Diplomat la kata. Ala Chegu Teepah pun begitula dulu. kihkihkih
 
Selama 6 tahun bekerja ni, Chegu Teepah pernah bertugas dalam bidang Pengurusan Sumber Manusai dan Pembangunan Organisasi dan yang tekini merujuk bidang yang keenam iaitu Pentadbiran dan Pembangunan.

 1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
 
Ada masa nati Chegu elaborate kan bidang yang berkenaan dengan skop tugas dan kementerian berkaitan.
 
Tapi nak jadi PTD kalau nak p interview kenalah cun dan cantek sikit. So kalau nak bagi efek glowing kulit gebuss gedebuss silah cuba Set kecantikan Shaklee yang ada Vitamin E, Vitamin C dan Collagen Powder. Sure efek dia segera dan berkesan uols..kihkihkih
 
Telefon jer kalau nak bimbingan percuma menghadapi temuduga dengan setiap pembelian set berkenaan. hihihi

 

Persediaan Menghadapi Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik- Siri 1

Assalamualaikum w.b.t



Haa uolss tetibe tengah hari nih nak cerita pasal kerjaya sebenar Chegu Teepah. Iyelah Chegu Teepah nih bukanlah cikgu sebenar. Cikgu ni sebenarnya seorang PTD, haa apa PTD tu? Pegawai Tidur Duduk? Pegawai Tak Duduk? ata Pegawai Takde Duit. Yelah pegawai takde duit lah agaknya sebab juai Shaklee nak tambah pendapatan kan. Gitew..hahaha

Hurmm mulalah nak mengarut kan. Ok sebenarnya di dalam kesyahduan meeting yang terpaksa ganti kawan yang sepatutnya beliau ganti bos tetapi kete beliau buat hal dan ditambah xsempat bekpes, terkocoh-kocoh pergi meeting. Selepas meeting ada pegawai berstatus kontrak dating berjumpa chegu Teepah macam mana nak Berjaya temu duga interview.

Yang bestnya suspen jer beliau dating tadi. Mahera, cemana I nak hilangkan 11 kilo dalam masa 11 hari? OMG, sapa bagitau dia I ni pakar slimming set kurus Shaklee..hahaha. Oh rupa-rupanya beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk temuduga jawatan PTD. dan kali ini, disyaratkan pemeriksaan BMI. Haa korang tau tak BMI tu apa. BMI tu adalah Body Mass Index. Cara untuk mengira berat badan unggul. Haa nak test korang punya tengok jer sebelah ini, chegu dah tepek satu. So masukkan jelah berat ngan ketinggian korang yer. Kalau agak berat sangat sila hubungi Chegu untuk slimming set yer. akan chegu advise sekali macam mana nak amek dengan kesan optimum.

Eh jap, korang tau x apa itu PTD. Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini ialah salah satu skim perkhidmatan dalam perkhidmatan awam. Pegawai yang dikatakan terbaik antara yang terbaik. Katanya lah. Tetapi manusia itu tidak sempurna kan. Ada juga yang menjadi nila perosak susu sebelanga. Gitew.

SEJARAH PERKHIDMATAN tADBIR DAN DIPLOMATIK


Haa ini adalah serba sedikit latar belakang sejarah PTD


Dengar Artikel Ini
Latar Belakang
Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran. Sehubungan itu juga, keberkesanan perkhidmatan awam merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negara bagi membolehkan Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dan dihormati di persada dunia.
Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.
Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS.
Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan. Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.


 
Selain itu, korang juga perlu tahu berkenaan dengan maklumat asas skim perkhidmatan tadbir dan Diplomatik ini ye.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
 
 
 
 
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
 
 
 
 
 
Jadual Gaji:
 
 
 
 
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,253.00 RM8,731.00 RM225.00
 
 
 
 
 
Syarat Lantikan:
 
 
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
 
 
 
 
Deskripsi Tugas:
 
 
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Ok, setakat ini lah dulu untuk cerita nak menghadapi temudugatu. Baca dan hadamkan dulu ye.

Tuesday 2 December 2014

Tip-tip mengelakkan dari pembentukan jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan adalah seperti:
  • Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
  • Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
  • Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
  • Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
  • Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
  • Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.
  • Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.
sumber: wikipedia