Friday 28 March 2014

Pengalaman di Hospital Putrajaya

Entri ni dimasukkan sebab dua sahabat kat opis lama dulu suh cerita. kalau ikut memang malas je nak cerita kesah yang menyakitkan hati ni uols. Haih... Tapi depa kata ni sebagai pengajaran kat orang lain. Supaya perkara yang sama tak berlaku. Dan mungkin ada perkara yang lebih serius lagi berlaku tetapi takdak orang berani ambil tindakan yang sewajarnya. Kepada Nurul dan Nafisah yang beria suruh masukkan cerita ni kat blog ambe ni lepas antaq Arin balik opis, sila senyum panjang-panjang hokay. Ni la kesahnya.

Alkesahnya bermula apabila adik CYM iaitu Cik Ayes (Arif) nak melangsungkan pertunangan tanggal 31 Januari lalu. Maka berbondonglah kami adik beradik ni balik ke kampong. Lima hari jugak kami cuti sebab sambung Hari Wilayah bersamaan 1 Februari pastu hari yang sama Raya Cina pulak kan..hmm.

Nak ditambah pulak panas sungguh la cuca di sana. Jenuh CYM minum ayaq air banyak-banyak. Almaklumlah karang kering lak susu. Sbb baby aneesa ni dia xmo la kalau xkena susu segar dari ladang memilih hokay. Dalam kerancakan nak pergi bertunang tu, suasana panas, tanpa disedari badan si aneesa ni dah dedor2, org kampong cheq kata suam2 gitu. Nak demam la tu. Selepas selamat pertunamgam pada hari Sabtu, baby Aneesa ni pun demam. Selsema, n bawah dagu naik merah2. Manakala yang abang lak cakap sakit kaki tak boleh jalan. Hoihhh susahnya hati la kan dah si Daniel cakap tak boleh jalan. Lepas tu, dek kerana susah hati anak-anak demam, kami pun bawak la anak-anak kami ni ke klinik. Klinik Adnan Jejawi.

Selepas pemeriksaan, baby Aneesa confirm demam, bawah dagu eczema sebab panas. Doktor bagi ubat selsema sekali demam, krim and antibiotic. Owh tak suka antibiotic. Mak memang anti tau. Yang abangnya ni doctor cakap kaki dia tu sebab growing pain. Hmmm...ala kalau org kampong I cakap lenguh la tu,. Ye tak main lari sana sini..balik kampong la kata. Hmmm...

Selepas balik ke Putrajaya baby ni terus demam dan bila hari Selasa xbaik lagi, kami pun bawak la ke Klinik Kesihatan Presint 9. Sampai sana jam 6.00 petang lebih kurang. Standard prosedur bila demam lebih tiga hari kenalah buat ujian darah. Dua tiga kali cucuk tak dapat. Bila dapat darah tu clot  sebab baby meronta-ronta. Panggil MA mai pun tak dapat. So doctor suruh bawak ke Emergency Hospital Putrajaya (HPJ) sebab dekat sana ada Pakar Kanak-Kanak.

Kira-kira jam 7 ke 8 mlm lebih kurang, sampailah kami ke HPJ. Masa tu kat triage, suhu badan baby neesa dh 40.3'c. tekejut CYM tau, dan tentulah diberi tag kuning ke Yellow Zone. Lepas tu nurse pun escort la kami ke Zone Kuning, dan diberikan satu katil. Nak tau x apa kata doctor yang sambut kami.. "bla bla bla...lah bosannya" LAH BOSANNYA, amboih kau ingat kalau orang tu dah nak mati baru seronok ka..adehh..sampai hati kau wahai doctor yang bijaksana bijaksini.

Tahap didih CYM masa tu dh mula naik kan. Pastu diarahnya pulak CYM sponging badan anak. Dibasahkan tuala dengan air sejuk. CYM dah naik marah, hoihh mana boleh pakai sejuk ngok. Lagi panas badan tu karang. Patut bagi air suam dh dalam aircond. Musti korang Tanya napa dgn air suam kan. nanti la CYM jelaskan entri lain eh. Tapi takpa la sebab lepastu came a nurse dgn air suam sebesen. CYM Tanya, nurse air apa ni. AIR SUAM jawab nurse.. Tgk nurse tu memang pandai kan, paham dan boleh baca apa CYM nk kot, ahaks.

CYM pun sponging la baby neesa, senang cerita siap lumur air satu badan la celah ketiak celah pelipat semua. Pastu datangla doctor tu Tanya, eh dah lap ke, Nurse amek suhu. Terpinga-pinga CYM bila dia kata okey dah tak demam ni suhu 37.3'c..Oh mannnn...amboih lepas lap suh turun la chek oii. CYM pun whatsapp la kat hubby kata doc kata tak demam dia kata boleh balik. Asben CYM Tanya eh result darah? oh ye baru CYM ingat aahla mana keluaq lagi.

Pastu CYM Tanya doctor tu balik, pastu dia kata tunggu jap. Pastu CYM pun mtk nak breastfeed baby. Lama gak tunggu samapi dia mai dia kata result darah ok. Haram la nak habaq platlet berapa, white cell counts berapa. Tak cerita pun berapa Full Blood Count (FBC). Sambil dok bf anak sambil la dok whatsapp hubby. Yang hbby ni dok suruh mintak FBC, just in case kalau nak bawak p KPJ tengah malam no need lah buat blood test lagi. Pastu CYM teringat nak suruh nurse cek suhu anak, terkejut tak CYM suhu baby neesa naik 38.7'c. Padahal tadi kata dah boleh balik sebab dah tak demam.
Adesss...

CYM pun counter la balik doctor tu....dia kata baby ok sebab boleh bf semua so xde apela, CYM kata dah sponging then bagi ubat bontot kenapa masih panas and tak perlu monitor ke dh blh balik..oh man....fenin betoi. Pastu bila mtk FBC, ada ka patut dia men conteng saja..(tulisan mmgla dh sedia tak cantik kan). Ni tak ketahuan apa. Pastu CYM sound la dia, doc tak boleh ka cop sign ka hapa sikit. Ini Nampak mcm budak sekolah ja. Tu dia, mak dah hangin la tu...hihi

Pastu bila CYM keluaq dr emergency, hubby CYM pun lagi hangin tengok report la sangat tu..haha. Dia terus p mintak masuk n jumpa doctor tu. Pastu tengok ada la security yang masuk lepas tu, hmm CYM kata sudah dah dia ni... Dipendekkan cerita sudahnya doctor tu boleh kata MACAM NI PUNYA ORANG pun ada..Oii lagi marah weolls, pastu weols tulih komplen kepada YBHG KSN. Nak tau kenapa? Sebab semua ubat yang dia bagi tu salah, kerana esoknya bila kami ke KPJ Kajang, ubat selsema yang diberikan tu untuk sesak nafas, yang antibiotic pun tak betoi sebab tak merawat apa sepatutnya, dan yang paling best anak kami demam sbb infection pada gigitan serangga kat perut tu. oh mannn..bahayanya dah bagi ubat salah tak merawat punca...




Friday 14 March 2014

Dengan IzinNya...Nutriferon Shaklee

Tatkala usaha mencari dan menyelamat yang kini masih diteruskan melewati hari ketujuh kehilangan pesawat MH370, jerebu makin teruk.

Indeks Pencemaran Udara di Lembah Klang sahaja mencecah 339. Bacaan yang tidak sihat. Sudah tentu bagi mereka yang ada sakit asma, lelah, keadaan ini sangatlah tidak sihat.

Anak-anak yang dihantar ke rumah pengasuh dan taska lagi kesian. Anak orang sakit berjangkit pulak kepada anak kita. Anak-anak CYM ni dh la jenis low imun. Kalau anak orang selsema anak CYM boleh jadi demam. Tapi sejak mengamalkan pemberian MEALSHAKE Shaklee dalam susu Daniel, kalau kena selsema cepat selsema dia hilang. Dan kalau kena selsema cepat-cepat CYM bagi NUTRIFERON. Mulanya rasa aduh mahalnya, demi anak pejam mata jela.

Sebenarnya lebih berbaloi, sebab setiap kali depa ni sakit, tak sah kalau tak pi KPJ Kajang Specialist Centre. Kena cop mohor kat Dr Asmunni, pakar kanak-kanak sana barula lega. Pi hari ni besok baik. Serasi betoi. Bayaran dia lebih kurang 120-200 bergantung kepada ubat dan prosedur yang dikenakan. Bayangkan kalau dua anak sakit serentak, berpanjangan dan kena p cop mohor dulu, aduyaaiii.

Kalau bagi Mealshake dan Nutriferon baru berapa belanja dia kan. Pastu tahan sebulan ke dua bulan. Ikut penggunaan la kan. Selalu CYM kata kat customer, kalau tak guna lagi tahan lama. Tetapi tentula tak berkesan. Pastu satgi dakwa-dakwi kata produk Shaklee xde pekdah,,Haihhh

Kajian selama 40 tahun bagi menghasilkan produk ini tau, bukan main tangkap muat buat je pastu claim kata bagus. Dikenali juga sebagai penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Membantu untuk:
  • Meningkatkan system tubuh badan
  • Menguatkan tindak balas daya imun
  • Membantu meningkatkan interferon dalam badan
Apakah isi kandungan Nutriferon...hmmm...sila semak!!!
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata)- mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica)-mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida-mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica)- popular dalam perubatan Asia.
Pengalaman CYM:

  • Kalau baby batuk atau selsema, CYM akan campurkan dalam minuman CYM sebab masih breastfeeding. membantu selsema semakin baik dengan cepat. Daya tahan tubuh CYM dan baby bertambah baik. Uols bayangkanla end of December samapai awal Februari bermula dari husband admitted sampai masuk ICU, anak-anak main pas baton demam selang seminggu. Alhamdulillah ni je yang CYM amalkan.
  • Anak-anak main pas baton. Sorang demam sorang baik dan begitulah sampai digital thermometer tu pi shopping pun bawak. So klu tgk suhu dah naik cepat-cepat CYM masuk dalam minuman atau bagi dalam susu abang.
  • Abang iaitu Encik Danile Harith yang kini 5tahun++ sampai tak payah campur dalam susu dia, letak dalam air masak pun dia telan. Guna pendekatan psikologi, cakap kat dia ubat pandai...hehe..bukan bohong sunat tau. Pendekatan Psikologi namanya..hihi

Ish panjang lebar berjela..hmm okla sambung entri lain pasal Mealshake ye.. Dan ingatlah bahawa ini semua adalah sebagai usaha dan bukanlah makan la sat lagi dua jam sehat hingus tak meleleh demam baik. Ikhtiar untuk kesihatan anda dan keluarga,
 
Sila hubungi, call atau whatsapp ye 012 6642332.. saya rajin melayan anda...
 
Jangan lupa pakai

Thursday 13 March 2014

Set Rawatan Kulit- SHAKLEE

Kulit anda BERJERAWAT, BERMINYAK, KUSAM TAK BERSERI, PORI-PORI TERBUKA...
Bangun pagi tak bersemangat sebab malu berjumpa dengan orang teman kuliah, teman opis, bos?

Bos anda tak pandang anda?
Kawan anda tak pandai buat kerja tapi bos suka??

Jangan biarkan semua ini berpanjangan, SHAKLEE boleh bantu anda!!!
 
 


Pandang kiri eh cantiknya kulit dia, pandang kiri owh lawanya dia...
Tengok cermin, adess tak sanggup weh.
Sukat minyak agaknya boleh gris kat kuali buat roti jala kan.

Jangan salahkan takdir, tetapi marilah kita berusaha. Jerawat banyak, kulit berminyak puncanya hormon. Jadi pakailah segala set facial cleanser, moisturizer segala bagai tapi kalau puncanya tak dirawat, tentulah xde kesannya kan.

Vitamin E
  • Kulit muda remaja, kesegaran terserlah
  • Melindungi dari ultra ungu yang jahat
  • Kulit sentiasa lembab
  • Menyahkan radikal bebas yang merosakkan sel
Vitamin C
  • Antioksidan bagi melindungi kulit daripada pencemaran
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan penghasilan kolagen kulit, kulit kenyal lagi halus
  • CERAH
 
B Complex
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
 
Vitamin E+Vitamin C+B Complex
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Apa lagi yang anda tunggu, rawatlah kulit anda dari dalam...
Harga kengkawan, adik beradik...
 
Buatlah pilihan bijak..
 
 
 Memandangkan Mac ada promo ESP, boleh tambah ESP juga!!!
 
Kalau ada bajet lebih boleh melabur dengan ESP, sebab pengalaman saya ESP ni memang membantu mengurangkan masalah muka berminyak. Cepat jangan lepaskan peluang!!
ESP juga membantu memulih dan memelihara sel.


 

Tuesday 11 March 2014

E Filing...anda sudah???

Minggu lepaih CYM balik kampong. Mak CYM dok hingaq pesan suh buat E Filing...advance kan mak CYM nih. Dia dok gebang la ada rebate RM2000 bagi pendapatan tahunan below RM96000...
CYM tak amek pot pun.hihihi..pastu dia siap ofer nk buat utk CYM n asben CYM, CYM n asben tak print EC Statement tu lak. hmmmm, dah org ofer xmo buat lak kan, ape daaa

Tadi after lunch CYM pun gigih la dok buat..alahai senang ja, maklumat pendapatan, potongan semua dah hado. Very easy btoila e Filing nih, klik sana, klik sini, klik sinun, dah siap..Alhamdulillah. memang dapat rebate tu. Dan yang penting semua PCB 2013, CYM dapat balik sebab dapat pelepasan perubatan diri, tanggungan anak dan insurans.. tang ni la yang untung ada insurans nyawa dan perubatan tu. So dapat balik duit tu jangan lupa bayar zakat pendapatan pulak ye kengkawan.

Kalau xreti tgk je kat sini https://spsd.hasil.gov.my/PKI/panduan.html
Kalau lupa password pastikan korang ingat emel yg first korang register dlu
Kalau yg first time lagi senang, follow je instruction tu.
Cuma korang kenala ingat emel mana yang korang letak ehh, nanti kalau pakat lupas password sng LHDN hantaq balik p ke emel tu upon ur request.

Sila cepat2 bayaq cukai uols, walaupun pakat bising kna cukai, tp mak CYM kata kita ni xdapat BRIM tapi gomen bagi rebet 2000 tu kira ok la...peace....Jangan lambat2, nanti bila dah ramai pakat buat last menet, system lak down, haa kan susah gitu...

Jangan lupa minum ESP uols..hihi...
Nak cantik, nak gebu nak sehat, bulan ni promo ESP...
mai sechawannnn

Jangan lupa call, sms atau whatsapp ye 012 6642332

ESP owh ESP... Khasiat ESP terutama ibu mengandung

Kepada yang profesionnya Jurutera Domestik aka housewife, apa hidangan uols tengah hari ni, yang bekerja pula, makan bekal ke tuju ke kedai. CYM n the geng p tapau je..huhu

Seperti yang CYM janji tadi kan nak cerita pasai ESP..Produk pertama yang menyebabkan CYM terjebak dengan Shaklee..jeng jeng jeng...
Pasaipa pulak dok jatuh hati ngan ESP ni..huhu banyak sebabnya..Dah setahun guna, maka berkepitlah kami nan tiada berpisah..hihi

Nak pulak promo Shaklee bulan ni buy 6 free 1..haha kau hado?
ESP ni adalah produk daripada soya jenama Shaklee. ESP ni best sangat pasai  sumber protein soya terbaik. Maka sebab tu la  membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol. Mengandungi 5 vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.

Kalau uols nak tau soya yang digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO). Tudiaaa aih.. Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),jeng jeng jeng.. macam mana tu kan..
Proses ini berlaku di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. Please take note dipantau dari tanam hokayy.. Sebab apa depa pantau dari tanaman lagi sebab nak  memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sampai la peringkat penyimpanannya.




Mesti pakat nak tau pasai pa perlunya soya Shaklee yang Non-GMO ni? Pasaipa tak pilih GMO produk je kan.. Kalau nak tau, produk-produk GMO boleh menyebabkan allergy, toxic, dan berpotensi menyebabkan kanser.

Ada pulak yang dok kata soya boleh sebabkan kanser? Betoi ka soya  boleh menyebabkan kanser..hmm...boleh cek kat sini okay..http://drzubaidi.com/blog/?p=2841...

 Saya berkenalan dengan ESP masa mengandung kepada anak kedua saya. Sebabnya saya nak control berat badan. Ish dah mengandung memangla berat naik kan, xkanla nak selim melim pulak. Tapi masalahnya nanti saya dapat darah tinggi macam first pregnancy hari tu...huhu..Akibatnya kenalah p cek tekanan darah every two days..xkuasa mak tau..huhu..Semasa mengandung kali kedua ni, Alhamdulillah dah takde masalah PIH (Pregmancy in Hypertension). Dengan izin Allah ye kawan-kawan. Sebab pengambilan ESP secara konsisten boleh mengawal berat badan anda. Pengalaman saya, ianya menjadikan saya kurang untuk mengunyah cekedis, keropok, biskut dan sebagainya.

 Selain itu kaan,. ESP juga memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan sihat, kurang letih especially masa mengandung. Dulu kat opis lama, memang tidak dapat tidak pukul 7 la baru blh keluar opis, pehtu balik nak masak segala bagai. jadi kenala pastikan kekal bertenaga gitu kannn...

 Macam mana nak telan ESP ni... Hmmm senang je, utk beginner cubala satu sudu ke dalam air milo ke apa ke. Sehari tidak lebih tiga skop. kalau rajin amek la sehari tiga kali. Macam CYM, bantai je buh tiga skop dlm air sejuk atau suam2 kuku..pastu yummeh..sodap..

apa lagi cepat2 la call, sms atau whatsapp saya 012 6642332

Rutin

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari keempat misteri kehilangan MH370. Yang pasti kehilangan pesawat ini memberi impak dari pelbagai sudut politik, ekonomi mahupun social...
Tetapi bukan yang itu CYM nak highlight hari ni.

Hari ni nak cerita pasal rutin. Pukul 5 bangun pagi, basuh botol susu anak, iron baju suami, baju kerja sendiri, baju sekolah anak. Masukkan barang dalam beg sekolah anak, fikir ada lagi yang tertinggal, bersiap pergi kerja. Hantar pergi rumah pengasuh, sampai anak tantrum. Dan banyak lagi la perbuatan lain tu. Dan yang best sambil buat sambil tengok jam..Aduhaiiiiiiii...

Setiap hari kalau boleh nak duduk rumah, jaga anak. Dalam kepala ni fikir kan ke bagus anak sendiri jaga. Dalam zaman dunia tanpa sempadan ni sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan dari rumah. Tapai sayang pulak kan nak tinggalkan kerjaya.. Selalu berada di hujung persimpangan, kerjaya atau keluarga...Huwaaa

Cerita bab rutin ni, hari-hari mengadap rutin yang sama tentu bosan kan.. Bagi yang berkerjaya hatta suri rumah pun sama, cuma isunya bagaimana kita nak menjadikan rutin kita supaya lebih menarik...Macam CYM, hari2 datang kerja, mengadap projek-projek di tempat CYM kerja. Hari-hari kena cerdas fikir dan tindakan yang pantas.. Huu mana boleh nak peram-peram dah la ni. Kalau meletup je mau tukar doplohpatjam. Orang kat luar sana pandai poiting fingers je..huhu

Cer tengok rutin tetap CYM jap...

5.30-8.30 pagi Uruskan rumah sebelum he pejabat. Bersihkan dapur, sidai kain. Simapn beg anak.  hantar anak ke pengasuh. Hantar anak ke sekolah

6.00-8.00 ptg balik kerja, ambil anak2, masak (huhu), basuh baju, menyusu anak

8.00-10.00 mlm dinner, lipat kain, menyusu, mengajar anak sulung

10.00- 5.30 pagi lena, menyusu, kejut anak bangun gi toilet

Tetapi kalau nak rutin korang best, janganla buat semua kerja tu setiap hari kecuali yang rutin tetap tu lah tak boleh elak kan. Sekali sekala pun bolehla makan kat luar ke kan..hihi, ada je nak cari alasan.

Rutin ni sebenarnya membantu kita tetapi membosankan.
So pandai2 la ye mewarnai rutin korang ehh,.
Di sebalik rutin tu CYM sempat jual dan promote Shaklee. Boleh tahan jugak la walaupun tak serius mana. Asalkan rajin ada je order masuk.. nanti CYM nak cerita pasal promo bulan ni iaitu ESP. jadi tunggu ye lunch time nanti..eheksss



Selamat berkerja uolss




Monday 10 March 2014

Kenapa Pilih Shaklee sebagai side income??

Sejarah CYM guna SHAKLEE ni masa pregnant anak kedua. Masa tu diperknalkan bff CYM, Najah Salwa. Rupanya Najah masa tu dah join Shaklee. Produk pertama yang diperkenalkan ialah Energizing Soy Protein aka ESP. Ketika CYM mencari-cari produk yang boleh membantu mengekalkan berat badan semasa hamil. Aihh dah mengandung memangla berat naik kan. Tapi xboleh berlebihan hokayy. Pertambahan berat badan normal ialah sebanyak 12-15kg sahaja sepanjang tempoh kehamilan. Ok entri kali ni bukan nak cerita isu berat masa hamil, yang itu lain kali ehh.

CYM ada history darah tinggi masa kandungan pertama, dats y nak berjaga-jaga. So Alhamdulillah bila guna ESP, berat badan terkawal. Kemudian pulak disahkan TIDAK MENGHIDAP darah tinggi masa kandungan kedua ni.

Lepas tu masa berpantang CYM tak tahu ada set berpantang SHAKLEE, masa abes pantang baru mulakan alfafa n lecithin. Yela, CYM concern jugakla sebab anak sulung si NENEL tu dok kata mama lepas bersalin nanti mama kne kurus tau, hahaha, ngalahkan bapaknye la kan.

So dah lebih kurang dua kali beli lecithin n ESP after pantang Nampak kesannya, Alhamdulillah n pple start asking me. So why not pengalaman ini dijadikan perniagaan. Dan yang paling penting jenama SHAKLEE ni mmg dah established n dikenali. Jadi sebaba YAKIN DAN PERCAYA, sebab tu saya pilih untuk mulakan perniagaan ini.

Maka alang-alang mencelup perkasam biar goreng sampai habis. Nak pula group yang CYM join ni memang mantop, supportive n very motivated. So sesiapa yang nak join janganlah bertangguh. Bimbingan disediakan, secara maya lagi tu.

Sesiapa berminat nak mencuba produk ni call la CYM ye



Kalau Aku Kaya

Huhu...

Sapa la tanak kaya kan..even abg nenel(my son Daniel Harith) pun dok nyanyi lagu ni every day..
Kalau tanya awat abg nak jadi kaya, for sure jawapan dia abang nk p men salji. Nanti mama n papa kumpul duit dlu, kita p Mekah baru p men salji ye nel...

So dalam kehidupan ni, banyak la RM yang dihabiskan atas nama keperluan, atas nama kehendak...hmm...
Tapi yang dok bwk keluaq tu kenala tambah masuk juga barulah masyukkk kan..
tak aci la perabis ja...tokey balak pun juai lori, tu mak la selalu dok kata, hehe..

CYM ni memang minat meniaga dari kecik lagi. The first perniagaan yang CYM buat ialah juai biskut meri..haha.. percaya dak. modai lima kupang ja uols, tapi CYM dapat RM4.
Masa tu umoq CYM baru 10 tahun aka darjah 4..
CYM juai kat kawan2..hmm apa yang menariknya biskut meri CYM tu, heehee
Sebabnya biskut tu kecik juai timbang kati. Selalunya kawan2 CYM dok beli dlm pek n banyak. Yang CYM juai ni 4keping RM0.10..
So masa rehat depa nk munch, ala budak darjah 4, xkan nk bwk satu pek, jadi bila juai 4 keeping sekupang mmg laku la hoho..

Mulanya modai CYM lima kupang je, bila beranak jadi RM4, hoiih sonok la..pastu berkembang la bisnes CYM, ala yg modai kecik je, tp sonok.

Minat meniaga tu masih ada. Sampai ke la ni. Tapi la ni CYM buat Shaklee..hmm
Sebulan juga nak buat keputusan. Tu yang menyesal sbb lama sangat. Orang lain dh maju ke depan.
Tapi yela ingat sng ke nk buat keputusan. Pikiaq punya pikiaq, aihh xleh jadi nih, bila nak masyuk kalau asek postpone je kan..makanya CYM tak menoleh ke belakang lagi.

Seronok sebenaqnya...nak tau apa yang seronok?? Tunggula next entri.
Ok cukupla melalut sat, amek masa menulis lima menet jap sbb lunch hour tadi meeting dari pukoi 9 uols, huhuBalik ke opis berpinau mate I hokeh..sebab hangat sungguh la ni.

Mudah-mudahan allah turunkan hujan sekerapnya dengan segera. naik kering tengok pokok kat tepi jalan nun.

Boleh call, sms or whatsapp ke 012 6643332

Salam Perkenalan...

Assalamualakum wbt...

Pertama sekali dipanjatkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan umur pada hari ini.
Kepada semua yang sudi baca blog CYM, terima kasih dan saya menghargai masa anda semua.
Tujuan CYM wujudkan blog ini ialah untuk mengembangkan bakat menulis yang dah lama menguncup di samping cuba untuk menjana pendapatan buat masa depan anak2 dan keluarga.

Pagi ini merupakan hari ketiga kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri, tanda Tanya serta menyebabkan ramai yang gundah dan buntu.
Namun CYM percaya, keadaan ini terjadi atas kehendakNYA dan Dialah juga yang Maha Mengetahui. Rasa empati kepada keluarga mangsa jika kita diletakkan di tempat mereka pastilah rasa yang sama juga seperti apa yang mereka rasa.

Setakat ini dulu coretan CYM, mari mulakan ISNI anda dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Entri pertama

Salam perkenalan...

Haihh terasa nebes lak nak berblog nih..
dah lama gatai tangan nak menulih, nk letak kt fb takut ramai yang muntah hijo sbb banyak la rasa CYM ni nak membebel.. atas berkat semangat kawan2 CYM, apalah salah dicuba kan. kalau dulu kat opis lama memang CYM ada satu kolum untuk majalah opis, since dh pindah opis baru, dok ke hulu hiliaq melawat projek gomen, skil tu hilang gitu ja. hmm ni sambil tunggu asben mai amek ni dok buat first entri, xdan nk bebel panjang sebabnya dia bgtau nak sampai dah...hmm kalau gitu sambung next entri la yeah...daaa

lagipun nak prepare barang zasss nak blk kampong malam ni... babai putrajaya...perlis here we come.....