Wednesday 12 August 2015

Bajet Katering Putrajaya- Masak Dari Hati

 
Assalamualaikum wbt
 
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan kudrat serta idea yang tak pernah putus. Atas sebab itulah, lebih kurang tengah malam Ahad yang lalu, maka timbillah idea nak bukak satu fanpage kononnya. Fanpage pasal Bajet Catering yang dalam lama CYM usahakan. Tapi menunya sama dan yang ordernya orang yang sama je kan.
 
Tapi entah dari mana dating idea nak boom pasaran hingga menerobos ke beberapa buah jabatan kerajaan. Bermula dari testimony seorang kawan yang oder dan mendapat sambutan hangat di pejabat beliau. Siap repeat oder bagai. Maka bermulalah kefemesan RJCT iaitu Roti jala Chegu Teepah.
 
Dengan konsep masak dari hati dan harga yang lebih mesra pelangga- Everyone can afford to get catered... gittew..makanya selama setiap hari boleh dikatakan dalam bulan syawal nih memang tak pernah tangan. pernah sehari tu kena menjala 5Kg roti jala uols. Juz imagine penat ke x. Tu tak termasuk oder lain eh dalam hari yang sama...jeng jeng jeng... apa pun syukur pada Allah kerana memberi kekuatan beraksi di dapur.
 
 
 
Ni la Signature Dish kami, Roti Jala Chegu Teepah. Bukan sahaja lembut, gebu tetapi juga cinonet...nyumsss
 
 
Ni plak mee cendawan ala sizzling yang sentiasa mendapat perhatian ramai.
 

Ni kalau ada family day ke apa boleh order packed food ya.

 
Ni nasi minyak. Nasi hujan panas pon hakak leh buat na..


So sapa yang nak menempah bolehlah hubungi 012.664.2332..Sekian.

Thursday 23 July 2015

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum
Salam lebaran
Salam Aidilfitri

Dah nak masuk raya kelapan pun uols. Almaklumla dengan tema yaribba nak blk kg sendiri nun di negeri Perlis...bumi persis si dara...ewahh, best plak buh tagline nih..hehe. Apa taknya ye, melihat panorama negeri yang masih belum diperkosa dek pembangunan..ewaahh ayat tak menahan owh. Ok fine, kali ni bukan nk cerita psl keindahan panorama negeri Perlis, tp coret bab kenangan manis, haru biru di hari raya.

Dalam sebok dok berangan nk balik lg tanggal empat hari sebelum raya iaitu pada hari Isnin sbb raya pada Jumaat, ticer taska si neesa sms maklumkan neesa nk dikuarantinkan sebab badan beliau mula naik CHICKENPOX!!! Kelam,pitam, fengsannnnn...

Cis, anak sapa nih yg kena CP tp parents hantaq jugak? Tak guna marah nasi dh jadi bubur lambuk. Sihat atau sakit tu datang dr izinNYA kan? Nak salahkan takdir? Nak raya oiiii!!!!

So kami pon beraya mcm xberaya jelah sebab sehari sebelum raya dan pada 1 Syawal tu memang rancak incik cikenpox menjelajah badan neesa nih dan dia amatlah xselesa. End up mama pun xpakai baju raya..hoho.

Tp nasib jua dua hr sebelum raya sy dan encik suami gigih buat sate tau. Empat ekoq ayam dan tiga kg daging yang kami berdua je proses.

Sate nih mula dr 11 pagi keluar cr barang. Blk siapkan ayam/potong dgg buat rempah finally siap pkl 9mlm lepas berbuka. Nsb sesi mlm adik ipaq ringan tangan mai tolong cucuk sekali.

 Lain-lain tu xda apa sangatla yg menarik. Tp hikmah neesa kena cikenpox, atleast time mama cuti panjang walaupun xdela raya mana, tp bahagia itu pilihan. Keseronokan kita yang cipta, ye dak, ye dak?

Sekian, selamat malam...








Adala rupanya sate nye ye dok






Thursday 25 June 2015

RESIPI MANGO CASABLANCA

Mango casablanca
Assalamualaikum wbt..

Jeng jeng jeng. gambar ni ori tau, buat sendiri. bukannya google n edit..hahaha. Tekak ni teringin nak makan sumthing sweet n cheesy tapi nyaman. wow.. belek punya belek, google punya google kan, jumpa la resipi ni dekat Little Amie's kitchen. salamisimon1.blogspot.com

Tengok pun senang jer nak buat kan..hihi..Resipi tu korangtengok la kat empunya page tu yer.. Tapi saya rasa kalau ganti kan biskut kering/biskut empat segi dengan biskut meri lagi lemak berkrim dan sesuai menternak lemak...hihi

Cara buatnya pun mudah sangat uols.. memamng makan dia pon mudah sangat. Nyaman berkeju giteww..hihi.Oh tapi kan, kali ni saya xpakai buah manga sebab malas nak kopek, boleh? hahah. Saya gantikan dengan buah peach dalam in ..yummehh jugak.

Mengikut tekak ambe, cheese kan dah masam jadi letak la peach ala segar bugar manis begitu. Uols cubalah ye



KAHWIN MUDA



Wah wah...nak sok sek sok sek bab menarik sket hari ni...haa jeng jeng isu KAHWIN MUDA... wah sapa tanak kawen sila angkat tangan? Eh jangan taktau ada jugak orang yang fobia nak kawen. Ada pon fobia nak kawen ini dikenalai sebagai GAMOFOBIA tau. Golongan ini biasanya mempunyai ketakutan atau rasa yang tidak rasional terhadap perkahwinan.

Ada pun entri kali ini tidaklah ingin menyentuh aspek gamofobia itu...ianya berkaitan isu Kahwin Muda...yeehaaa.. Sebenarnya pada usi berapa yang dikatakan sesuai untuk mendirikan rumahtangga seterusnya bergelar sebagai sang suami dan sang isteri dan kemudian naik pangkat menjadi seorang ibu atau bapa. Tudiaa sikit punya meriah ke kan kalau berkahwin. Namun ianya pula berkait rapat dengan jodoh. Ada jodoh maka dapatlah berkahwin. Takkan nak kawen sensorang bersanding sorang diri ye tak.

Pada saya tak kiralah umur berapa pun, aslkan sesorang itu mempunyai pasangan untuk dinikahi dan sanggup memikul tanggungjawab dari segi fizikal dan mental, zahir dan batin maka seseorang itulah bolehlah dianggap ready nak kahwin. Saya sendiri melihat beberapa pasangan rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga ketika di university lagi. Di university dik bukan lepas SPM. Nak kawen ni pon tak boleh semata-mata alas an nak jaga nafsu semata-mata, kalau tak tahan sangat tapi duit tak cukup jangan pulak nak bawak lari anak dara orang. Kehidupan selepas berkahwin tak sama dengan hidup bujang bercintan-cintun tuh dik.

Saya bertemu jodoh dan berkahwin pada lewat usia 23 tahun dan melahirkan anak pada usia 24 tahun. Ketika itu baru sahaja selesai peperiksaan tahun akhir jurusan undang-undang. Suami ketika itu pula telah bekerja dan mampu menyewa sebuah rumah serta menyara saya. Empat hari sebelum hari perkahwinan saya pula telah ditawarkan bekerja secara kontrak Pegawai Undang-Undang kerajaan dan memasuki bulan kedua mendapat tawaran tetap pekerjaan sekarang ini sebagai seorang PTD. Saya bersyukur kerana semuanya dimudahkan kerana pada saat itu saya melihat rakan-rakan yang sama-sama menamatkan pengajian sedang sibuk membuat chambering, mencari pekerjaan dan menyewa rumah dengan kawan-kawan. tetapi saya pula ada orang menjaga.. wahh kerlasss ko cheguteepah.  syukurrrr

Oleh yang demikian melewati usia saya 31 tahun, anak saya telah pun memasuki Tahun 1. Alhamdulillah. manakala ramai rakan saya baru sibuk upate nak bersalin anak pertama. rezeki masing-masing berbeza. Tak sama. Jangan risau kalau anda belum bertemu jodoh sebab ada hikmahnya.

Ramai orang menganggap saya berkahwin di usia yang muda dan kemudian mempunyai anak juga di usia yang muda. Alhamdulillah itu adlah sebahagian dari rancangan saya. Sebab saya taknak pencen nanti anak sulung tak lepas university lagi.

Namun, kahwin  muda ni banyak pengorbannya. Sebabnya ketika mula membina rumah tangga, saya juga dalam masa yang sama sedang membina kerjaya. Pada ketika itu ada juga merasa peritnya kerana dibeza-bezakan kemampuan pegawai yang berumahtangga dengan yang bujang. Banyak juga saya bekecil hati dahulu bila peluang yang saya dapat tak sama dengan kawan saya yang bujang. pada suami tempat saya merengek mengadu setiap hari. Hahaha, nasib punya suami ye dak??

Di saat orang nak berkursus sana-sini kita pula nak fikir anak nak tinggal mana. Namun, rahmat Allah itu sangatlah besar dan saya kira saya amat beruntung kerana dikurniakan suami yang sentiasa menyokong setiap aktiviti saya dan keluarga yang selalu ringan tangan membantu.


Hari ini apabila menoleh ke belakang saya yakin keputusan saya berkahwin awal tidak salah. Selain saya membina keluarga saya juga lebih kreatif dalam menyeimbangkan tuntutan keluarga dan kerjaya. jika ditanya apakah formula untuk Berjaya dalam kerjaya dan keluarga pada saya bila keluarga anda memerlukan anda, berikanlah sepenuh perhatian pada mereka. Bila kerjaya anda memerlukan anda, bersedialah untuk mencurahkan bakti dan tanggungjawab anda.

Ingatlah perkahwinan bukanlah suatu permainan yang mana bila kita rasa give up kita boleh mengalah dan menarik diri. Sebab tu motivasi kena sentiasa dipupuk dan dibaja dalam sesebuah perkahwinan.


Sekian...dr luv anda buat coretan kali ini.

Tuesday 23 June 2015

BENGKAK SUSU

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua...
Banyak betul dugaan nak mencuci sawang blog I nih. Ingat last entri betapa berkobarnya saya? Siap nak cerita pengalaman bawak anak pergi menonton Jurassic World iaitu first movie untuk si kecik aneesa yang bakal turns 2 this 28th june? ahaaa

Pengalaman tengok wayang nanti saya cerita entri lain. Masa menonton wayang tu, badan saya dah bagi warning seperti ada satu ketidakselesaan. Nak kata period haruslah tidak. Kenapa pulak tidak?? ahaa... Duduk macam rasa kena tak kena jer. Tapi masih boleh layan  segala trex bagai tu sambil meratah ayam goreng kepciii yang diseludup masuk...haaaa

Keluar dr movie tu berangin satu badan. hurmm mungkin salah makan sbb ptg makan mee cendawan dengan perut kosong. Perut saya memang pantang kalau kosong makan mee. hurmmm. balik rumah rasa nak marah2..ingat sebab pembawakan...hehe..tp bkn sbb rasa mcm body ache satu badan. tp layankan jer mata dan mula sedar badan makin panas. encik hubby yang pantang badan panas telah mengesahkan suhu badan panas.

Esok pagi bila bangun, mak aihhh uols, xboleh celik mata, tangan dah tak boleh angkat sebelah. Apa lagi, kelam kabut suami siapkan anak2. Selepas dia uruskan anak dan ke tempat kerja, saya terus terbaring xboleh bangun langsung, rasa badan melekap kat katil. haa melampau kau...hahaha. Semua wassap dan call aku tak endah. punya la sakit. Sambil dok pikiaq xkan teerkejut tgk Trex mlm tadi tersampuk ke apa. Aircond kat GSC IOI pon bukanlah sejuk sampai nak demam.

Tepat jam 1 petang Encik Hubby bawak nasi kukus paling sedap di Bangi. Siap bawak naik tingkat atas. Tapi Ya allah xlalunya nak bangun. Sakit giler badan dan tangan kanan xboleh angkat menangkap ke belikat belakang. Dalam hati teruknya demam urat kali nih. Ok fine, nk makan plak xboleh, suami tolong suapkan siap. Dalam hati buruk2 suami aku nih, bila aku sakit dia jaga, dia siap amek half day. Pastu mkn dua tiga suap nk siap2 p klinik.

First thing nak kena mandi kan? Mak aihh kena jer air kat badan menjerit terpekik. Suami panaskan air dan tolong mandikan. Sekali lagi bersyukur. Kendian kami pon ke klinik yang mana secara kebetulan nak cucuk montot Aneesa setelah tangguh dari umur beliau 18 bulan. Kami ke klinik kesihatan putrajaya jer. Hubby pon tinggalkan saya di klinik A, manakala dia ke Klinik C untuk Ibu dan Anak. Masa dia tinggalkan saya tu, xtaulah mcm mana rupa akak nih, petugas klinik empat lima kali Tanya akak ok ke...akak ke? hai baiknyela haihh...Pastu sampai giliran dapat doctor lelaki, sakit punya pasai tak ingat nk request dic pompuan. Yela, nak cakap pon gigil.

Selepas tu, doc pindahkan kepada doc perempuan, hurmmm. Setelah beliau periksa katanya ini MASTITIS

Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.





terus doc cakap awak tak boleh puasa besok, on antibitik 10 days...waaa meraung dalam hati. Sebab apa baru nk score puasa full ini tahun. nampaknya berjumpa tak bertemu Ramadhan.  Korang nak tau azab giler rupanya bengkak susu ni. Breast yang sakit aka bengkak tu naik merah macam apa jer, panas plak tu..sob sob sob...

So akak keep on antibiotic jela sebab otak tak mampu nak piker badan plak masha Allah sakitnya Allah jer tau. tapi rawatan yang paling berkesan ialah mandi utk turunkan suhu badan dan Cik b yang sakit. benarlah air itu penawar. Kendian tuam dan rajinlah urut. Urutan manja mampu melegakan gitu...ngehngeh...


ok la masa dah time.. nntila sambung lg ehh

Tuesday 16 June 2015

Mana Cikgu Teepah hilang??



Cewah cewah.....ke manakah Cikgu Teepah hilang...haa pergi gurun, sahara, padang pasirun?? Oh no, memang dah lama sangat bersawang. Adapun macam mana nak buat, tewas pada tuntutan kerja hakiki. Pastu plak bukak kelas tusyen di malam hari? Anak murid bukan ramai pun. Nel ngan neesa jer.

Tapi dalam masa yg sama bisnes still go offline. Memang xde langsung usaha nak tingkat gandakan usaha sebab hari-hri balik lewat. Sampai umah nak masak, sudah masak nk makan. Lepas tu ada yg nak nenen, nak mengajar lagi. Tapi Alhamdulillah, kesan kelas tusyen tu bolehlah Nampak lepas peperiksaan pertengahan tahun. Alhamdulillah atas keizinanMu Ya Allah.

Sebenarnya dalam masa menghilang ni asek teringat nk cuci sawang kat blog. Mengenangkan kembali apa tujuan nk buat blog nih n why motivasi hilang haaa there it goes. Sebab nk promo Shaklee. Then bila slow juai Shaklee mulalah hilang arah kan? Then I found the ultimate reason, I like to corat coret here n there. So why kalau rasa nk slow juai Shaklee sbb xdaya dengan kerja hakiki dh boleh tulih blog kan. Because ramai yg pm bukan nak puji diri tau yg theolss inspired ngan some corat coret cikgu teepah... haa gitu. See how I can establish jenama cikgu teepah kan so why I stop at the top without touch the sky n drop. Definitely xmo drop lah...wakakaka. Deng!!

Ok entri kali ni just mencari kekuatan dan motivasi mencari semula jiwa yang hilang. Oleh itu marilah bersiap sedia untuk tengok cerita Jurassic World dan berazam nak update pasai pengalaman bawak neesa tengok wayang besok ye.. miahaha.. Ok we look n see yeah!!

Wednesday 31 December 2014

KOLAGEN-SHAKLEE COLLAGEN POWDER



Badan kita memerlukan kolagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa kolagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan collagen. Kehilangan kolagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang dipanggil "arthritis" clan kecederaan " muscolo- skeletal" .

Kolagen berfungsi sebagai ejen "chondroprotective", dimana ia melindungi "cartilage" daripada berkurangan. Kolagen merupakan bahan yang digunakan untuk pembentukan dan pembaikan 'cartilage'. Ia juga boleh mengurangkan kerosakan kepada sendi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan sendi dan bengkak.


APA ITU KOLAGEN?
  • Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia.
  • Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan..
  • Kolagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan..
  • Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga).
  • Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
  • Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Mengapa kita perlu menggantikan collagen?

Sekiranya pengeluaran kolagen berkurangan, badan kita terutamanya kulit akan menjadi kering. Kekurangan ini jelas kelihatan di permukaan kulit dengan kedutan atau kulit yang nampak kering. Masalah ini sebenamya berpunca dilapisan kedua kulit (dermis) dimana terdapatnya kolagen, “elastin” dan kelembapan. Dermis di dalam muka terdiri daripada kebanyakannya kolagen. Apabila koagen berkurangan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Pengambilan kogen seperti dalam bentuk minuman membantu badan untuk menambah dan memperbaiki kolagen yang didapati di bahagian-bahagian seperti kulit dan juga berfaedah kepada ligamen, tulang, sendi, 'muscle', 'tendon', gusi, gigi, mata, saluran darah, kuku dan rambut.


Kebaikan Shaklee collagen powder


Pengambilan kolagen tambahan membantu pembentukan semula tisu-tisu penghubung. Ini telah dibuktikan sebagai satu kaedah anti penuaan. Kolagen boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. Dengan pengambilan kolagen secara berterusan, anda akan dapat menikmati kehidupan dengan wajah jelita dan muda.

Bilakah masa yang sesuai menggunakan collagen?


Untuk mencapai keberkesanan terbaik, kolagen harus diambil pada waktu malam sebelum tidur kenana masa puncak untuk pembaikan dan pembentukan semula sel adalah selepas 2 jam tidur atau dikenali sebagai "alpha cycle". kolagen jaga digalakkan diambil diwaktu pagi. Bagaimanapun kolagen boleh diambil pada bila-bila masa kerana ianya adalah sejenis protein.


Kolagen Powder Shaklee dicipta dalam bentuk serbuk dan larut dengan cepat dalam air sejuk, suam atau didalam apa- apa minuman seperti jus.