Thursday 23 July 2015

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum
Salam lebaran
Salam Aidilfitri

Dah nak masuk raya kelapan pun uols. Almaklumla dengan tema yaribba nak blk kg sendiri nun di negeri Perlis...bumi persis si dara...ewahh, best plak buh tagline nih..hehe. Apa taknya ye, melihat panorama negeri yang masih belum diperkosa dek pembangunan..ewaahh ayat tak menahan owh. Ok fine, kali ni bukan nk cerita psl keindahan panorama negeri Perlis, tp coret bab kenangan manis, haru biru di hari raya.

Dalam sebok dok berangan nk balik lg tanggal empat hari sebelum raya iaitu pada hari Isnin sbb raya pada Jumaat, ticer taska si neesa sms maklumkan neesa nk dikuarantinkan sebab badan beliau mula naik CHICKENPOX!!! Kelam,pitam, fengsannnnn...

Cis, anak sapa nih yg kena CP tp parents hantaq jugak? Tak guna marah nasi dh jadi bubur lambuk. Sihat atau sakit tu datang dr izinNYA kan? Nak salahkan takdir? Nak raya oiiii!!!!

So kami pon beraya mcm xberaya jelah sebab sehari sebelum raya dan pada 1 Syawal tu memang rancak incik cikenpox menjelajah badan neesa nih dan dia amatlah xselesa. End up mama pun xpakai baju raya..hoho.

Tp nasib jua dua hr sebelum raya sy dan encik suami gigih buat sate tau. Empat ekoq ayam dan tiga kg daging yang kami berdua je proses.

Sate nih mula dr 11 pagi keluar cr barang. Blk siapkan ayam/potong dgg buat rempah finally siap pkl 9mlm lepas berbuka. Nsb sesi mlm adik ipaq ringan tangan mai tolong cucuk sekali.

 Lain-lain tu xda apa sangatla yg menarik. Tp hikmah neesa kena cikenpox, atleast time mama cuti panjang walaupun xdela raya mana, tp bahagia itu pilihan. Keseronokan kita yang cipta, ye dak, ye dak?

Sekian, selamat malam...








Adala rupanya sate nye ye dok