Wednesday, 8 October 2014

Apa itu "Glycemic Index"?


Apa itu Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I)?
Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).

Adakah G.I juga terdapat kelasnya yang tersendiri?
Makanan berkarbohidrat secara umum dibahagikan kepada 3 kelompok, iaitu G.I Tinggi (melebihi paras 70), G.I Sederhana (antara 55 – 70), dan G.I rendah (di bawah paras 55).

Bagaimana nilai G.I dalam sesebuah makanan ini ditentukan?
Untuk menentukan nilai G.I dalam sesebuah makanan (sebagai contoh makanan A), makanan A akan diberikan kepada beberapa orang sukarelawan (untuk mendapatkan keputusan yang purata). Sukarelawan ini akan memberikan sampel darah mereka dalam julat waktu yang berbeza, dalam tempoh 2 jam, untuk diuji paras glukosa dalam darah mereka. Nilai tersebut kemudiannya diplotkan pada sebuah graf dan nilai G.I kemudiannya ditentukan menggunakan rumus kamiran (Integration) menggunakan komputer.

Mengapa pentingnya untuk memahami konsep G.I?
Semakin tinggi nilai G.I sesebuah karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan dek kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. Ini menjurus kepada terjadinya fenomena yang dikenali sebagai “Insulin Spike”. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel.
Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan, sekaligus mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak. Sekarang anda faham mengapa anda tidak pernah berasa puas atau kenyang setelah mengambil minuman/makanan yang manis?

Apa yang saya perlu tahu lagi tentang “insulin spike”?
Umum sedia maklum fungsi hormon insulin, iaitu sebagai hormon yang bertanggungjawab untuk 4 perkara berikut (disusun mengikut turutan):
1 – membawa glukosa ke dalam sel
2 – menukarkan glukosa kepada glycogen di dalam sel
3 – membawa glycogen yang berlebihan di sel untuk disimpan sementara di hati
4 – menukarkan glycogen yang berlebihan di hati kepada LEMAK
Memandangkan insulin adalah hormon yang bertanggungjawab kepada 4 proses biokimia di atas, maka secara teorinya, jika kita berjaya mengurangkan kadar rembesen insulin, secara tidak langsung kita sebenarnya berjaya mengurangkan risiko untuk karbohidrat yang diambil ditukarkan kepada lemak badan.

Maksudnya, untuk mengurangkan kebarangkalian terjadinya “insulin Spike”, kita haruslah memilih makanan ber G.I rendah, tak kah begitu Susu Sejat?
Benar.

Kalau begitu, beritahulah saya nilai G.I dalam sesebuah karbohidrat, agar saya lebih berjaga-jaga kelak.Jadual berikut boleh dijadikan sebagai panduan. Merah membawa maksud tinggi G.I, kuning membawa maksud G.I yang sederhana, manakala hijau membawa maksud rendah G.I.

 
 
 
haa kecik sangat yer, sila terpong eh..hihi
 
 

CIRI-CIRI KACANG SOYA YANG PATUT DIELAKKAN


Ciri-ciri kacang soya yang sepatutnya DIELAKKAN:-

  • KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) - mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!
  • KACANG SOYA GMO - lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!
  • 9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.
  • KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL - mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.
  • BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN - menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.
  • KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!
  • KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) - menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula
Haa sebab tu la korang kene pilih ESP

Boleh cek kat sini http://cahayayangmaher.blogspot.com/2014/09/energizing-soy-protein-manfaat-dan.html

So kalau nak ESP untuk promosi ni bolehla pm akak ye 0126642332 atau order je klik kat sini https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=247e7efbde76a5bdf2dadbbacce18e7f

FAEDAH ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama

Memandangkan Tragedi Oktober ni kan, ade promo ESP, haa meh la grab uolsss. Bukan senang tau Shaklee nak bermurah hati begini. Rugi x rebut tau



1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Apakah Protein?Protein adalah bahan utama dalam pembentukkan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ.


Call je ye kalau nak, atau click jer link kat bawah nih ehh
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=247e7efbde76a5bdf2dadbbacce18e7f

KEPENTINGAN ENERGIZING SOY PROTEIN


Assalamualaikum. Haa, siapa yang perlukan ESP? Siapa yang mahu ESP
Cer baca tengok, kalau perlu apa lagi call la akak yer
  1. Sesuai untuk semua
  2. Individu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
  3. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.. no more heavy breakfast.
  4. Ibu-ibu yang menyusu: Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
  5. Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  6. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Keanjalan kulit, juga payudara. Awet muda (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
  7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.
  8. Kaum lelaki: Untuk kesihatan optimum, tenaga berpanjangan, serta membantu melindungi drpd sakit jantung, tekanan darah tggi dan kanser prostat
  9. Pelajar dan pekerja atau individu dewasa: As energy booster (kalau minum pagi2 tu terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight
  10. Individu yg baru lepas pembedahan/ bersalin/ kemalangan: ESP membantu dlm memulihkan sel2 badan serta membantu mengatasi masalah hb low dan mempercepatkan penyembuhan luka
  11. Pasangan yg inginkan anak: ESP memulihara kesihatan dalaman serta menyediakan diri dgn tenaga dan kesihatan optimum. Membaikpulih sel2 tubuh untuk membantu memperbaiki kesuburan. Apepon, semua dgn izin Allah ye, supplemen hanya cara dan usaha.
  12. Wanita yg ingin Meringankan senggugut/ gejala PMS: Membantu wanita yg selalu mengalami masalah ini agar lebih sihat dan selesa. juga memberi tenaga kerana badan agak lemah ketika ini.
  13.  Individu yg mahu Optimumkan imunisasi: Membantu menyihatkan tubuh drpd tahap sel, maka secara tak langsung, ia membaiki pertahanan tubuh kita.
  14. Pesakit gastrik / Migrain: ESP membantu meringankan simptom ini.
  15. Lelaki : melindungi dari any disease (heart, cancer etc)
  16. ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
  17. Orang yang ingin mengurangkan berat badan
  18. Orang yang sentiasa inginkan kulit yang cantik
  19. Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
  20. Orang yang inginkan kesihatan optimum
  21. Orang yang ada masalah kesuburan
  22. Sesiapa sahaja yang menginginkan taraf kesihatan yang lebih baik

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Kalau nak boleh call saya 0126642332
kalau segan nak call, klik jer link kat bawah dan buat order anda ye

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=247e7efbde76a5bdf2dadbbacce18e7f

Tuesday, 30 September 2014

BELASUNGKAWA: Adik Nur Imna Khalisa...lagi peristiwa kemalangan bayi di taska Putrajaya

Assalamualaikum wbt...

Ya Allah, bagaimana untuk aku mulakan. Sesungguhnya, akak masih terkejut..masih menggigil dengan pemergian anak sahabat adik Nur Imna Khalisa. Rasanya baru empat bulan dah dipanggil mengadap penciptaNya. Anak sahabat kami puan Nafisah dan Encik Zamri ini meninggal semasa ibunya menjemput dari taska. Hanya Allah sahaja yang mengetahu perasaan ibu hebat ini. bagaimana beliau berjuang dengan perasaan itu hanya Allah yang tahu.

Kami sebagai sahabat hanya mampu minta Fisah dan keluarga bersabar. Tetapi untuk melupakan peristiwa itu semestinya tidak mudah. Boleh baying tak anak yang sihat dan semasa dihantar masih senyum kepada ibu hebat ini tetapi masi dijemput dah biru, dah keras dan dah tak bernyawa. Allah..Allah...Allah.

Kepada Nafisah dan suami, kalian insan yang hebat. Allah pilih kalian untuk ujian berat ini. Kami doakan semoga kalian dapat melalui hari ini dan mendatang dengan penuh iman dan takwa. Sesungguhnya ada saham besar buat kalian. Imna menanti kalian di sana.

Relatifnya, bagaimana dengan servis taska? Terutamanya di Putrajaya. Saban hari banyak kes seperti ini berlaku. Dengan tidak menafikan bahawa ajal itu di mana-mana, apakah salah jika menyatakan bahawa perkara sebegini sebenarnya boleh dielakkan. Bukan mengelak ajal, kiranya sudah tertulis ianya tetap berlaku tanpa kelewatan atau dipercepatkan.

Kerisauan kami ibu yang bekerja ini sangat tinggi terutamanya bila melahirkan anak. Dilema nak hantar anak ke mana tu toksah cakaplah. Apa pun biarlah keputusan post mortem yang memberi hujah nanti. Pagi ini jam 9.00 barulah ujian forensic dijalankan. Kami doakan agar jawapan yang ditemui di sebalik semua ini.

Semoga ada tindakan setimpal diambil. Semoga penguatkuasaan juga dibuat. rata-rata kami membayar RM300-400 sebulan bagi bayaran taska di Putrajaya. Tidak termasuk lagi bayaran deposit permulaan. ada yang mencecah RM1000.00. kami tidak dambakan servis emas dan intan, cukuplah menghargai nyawa anak kami. Proses mengandungbukanlah mudah bagi semua orang. begitu juga Fisah yang menjadi penghuni wad hampir dua bulan sebelum kelahiran.

Ya Allah, semoga ada ganti yang lebiha baik buat keluarga ini.
Damaikanlah adik Imna di sana.
Kami juga akan menyusul tetapi hanya Engkau yang tahu bila
Mudahkanlah urusan Fisah dan keluarga

regards,
cahayayangmaher

Thursday, 25 September 2014

DEMAM DENGGI: BAHAGIAN SATU

KECIK TAPI BISA MEMBUNUH

 

Assalamualaikum wbt
 
Sebelum mula bekerja, akak sempat google pasal wabak denggi.  Klik sini untuk baca. Kalau tanak baca link tu, tengok ajer bawah ni.
Minggu ni dua orang kawan disahkan denggi. Dua-dua satu batch lantikan. Huhuhu. Fobia sangat. Sebab awal tahun ni en somi dah kena, diikuti dengan adik nombor tiga, kemudian abah dan adik bongsu. Empat ok ahli keluarga akak yang kena. Ok, pagi ni tanak cerita dulu pasal cara mencegah. kita kenali apa itu denggi.

Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

sumber: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia


Assalamualaikum wbt..

Pejam celik pejam celik, dah sampai hari Khamis. Betapa sungguh berharganya masa, tak pernah ke belakang, ke depan sahaja putrannya, kecuali lah korang putar jam itu ke belakang kan. Tapi jam mati lah.

Pagi ni sempat jalan kaki sikit ke pejabat. Sikit jelah. Sebabnya nak ambil duit, nak bayar dekat pegawai bank untuk perjanjian buat hutang. Maklumlah, nak buat asset beli cash tak mampu. Pastu ada hati nak tambah hutang baru. Yang bestnya bank ni kata pembiayaan Islamic. Tapi melalui kaedah islamik nih, perjanjian pun kena bayar. Kos agreement RM352. Perghhh. Stamping baru RM 10 kan. Takkan copy n paste dokumen pun mahal giler. Dah tu kalau konvensional macam mana? Interest lebih tinggi, tapi tak payah bayar kos agreement sebab dah absorb dalam loan. Tapi Islamic loan, tak absorb kos agreement. Wadehel betullah... Apakan daya, nak beli sebijik AXIA je pun.

Mula dulu berkira-kira jugak nak beli kereta baru, tambah hutang, padahal pakai Mr Ferrari dulu senang ajer kan. tapi sampai bila? Kereta pun dah 17 tahun. Hurmmm..ade je la alas an kalau nak melunaskan hajat tu. Ehh nasib AXIA kalau termbik JAZZ macam mana. hihihi.. Niat nak beli AXIA ni sebab nak memudahkan pergerakan. So, kenalah jual SHAKLEE laju2 lagi lepas nih..hihihi

So, apa pun, harusla kita kekal positif. Easier said than done. begitulah selalunya kan. Hurmmm lagi. Sebenarnya senang jer nak kekal positif. Ini cara akak untuk kekal positif:

  1. Sentiasa senyum
  2. Jangan menyulitkan keadaan
  3. Mudahkan apa yang susah
  4. Bertenang is a key to success
  5. Percaya kebolehan diri
  6. Sentiasa mengalah
  7. Sempurnakan kecacatan
  8. Sentiasa ingat kelemahan diri
  9. Sentiasa ingat bahawa masalah adalah cabaran
  10. Sekiranya kita dalam situasi susah, ada lagi yang lebih susah
  11. Amalkan bacaan ayat Qursi setiap kali lepas solat
  12. Kalau dilanda musibah, banyakkan bacaan mathurat
Ok, sekian sahaja coretan pagi ini. mau makan dulu yuk!! Maklumlah waktu kerja 8.30 pagi, so its my me time!!